Saturday, May 1, 2010
Mousse Chocolate Cake
Puashati sungguh bila dapat membuat kek yang mempunyai texture yang kita kehendaki. Thanks to the person yang telah memberi kan resipi kek yang simple yet so delicious.
Saya panjangkan lagi pahala sesiapa saja yang empunya resipi. thanks so much
Mousse Chocolate cake [speedial] - Credit to Forum Cari
Bahan2
625 gm Cooking Chocolate --->> I used only 500 gm cooking choc
225 gm Marjerin/butter --->> I guna majerin jer
325 Tepung Naik sendiri --->> I guna tpg gandum jer + 1 sudu teh b/powder + 1/2 sudu teh soda bikarbonat
500 ml air sejuk --->> air ais dari peti sejuk
secubit garam
250 gm gula --->> I guna 150gm jer gula
3 biji telur.
Cara-caranya:-
Masak coklat bersama marjerin hingga cair masukkan air sejuk dan kacau sehingga rata. Biarkan ia sejuk.
Pukul telur dan gula hingga betul-betul kembang. Masukkan garam.
Selepas itu masukkan tepung naik sendiri dan coklat tadi berselang seli. --->>> Hak ni mula2 I blender jer telur dan gula sampai gula hancur, pastu masukkan tepung ngan choc cair tu, then blender lagi....dah siap.
Bakar pada suhu 150 - 170'C selama 1 jam or lebih/sehingga masak. --> suhu ni bergantung pada oven masing2 sbb takut kek merekah bila oven terlalu panas. Loyang plak I guna 9"x9" just nice takdelah tinggi sangat kek tu, rasanya kalu guna loyang 8"x8" mesti tinggi elok
untuk Topping nya
saya gunakan
300gm cooking coklat
100gm whipping cream
sedikit butter untuk melicinkan coklat
cooking coklat and whipping cream di microwave dalam 1 minute. keluarkan dan sebati kan adunan dan masukkan butter . gaul sehingga sebati dan adunan menjadi licin dan tidak berbintil. curahkan adunan ke atas kek.. biarkan untuk resting dan coklat mengeras.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment