Sunday, May 23, 2010

BUTTER CAKE



BUTTER CAKE

Bahan A

250 gram butter (guna butter golden churn untuk rasa yang sedap)
150 gram gula (gula castor)
210 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
50 gram tepung susu atau 100 gram susu manis
60 ml fresh milk (boleh omit jika tak ada)

Bahan B
5 biji telur

Cara-caranya

Tuang kesemua bahan A ke dalam mixer ( makcik guna kenwood untuk memutar) dan adun sebati. kalau guna mixer biasa biasa tu kena putar lama sikit

Selepas itu, masukkan bahan B perlahan-lahan. Putar selama 4 hingga ke 5 minit. Putar seehingga adunan lembut dan tidak berbintil-bintil. Tuang adunan dalam acuan 9 atau lebih senang guna paper cup untuk muffin itu. Jika hendak mengisi filling masukkan sedikit adunan dalam cuppie itu dan sudukan sedikit blueberry filling dan kemudian tutup kan dengan sedikit adunan kek itu . jgn mengisi terlalu penuh untuk membolehkan kek naik dengan cantik.

bakar 160'C selama 50 hingga 60 minit atau uji dengan lidi dengan mencucuk di bahagian tengah kek.

untuk mendapatkan kek butter yang cantik dan elok, jangan memutar adunan kek terlalu lama.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...