Friday, November 15, 2013

dil



Ketika ini anak makcik dalam operation theater sebab sinus. Bahaya juga benda ini kan. Ini kali kedua dia jalani pembedahan.makcik harap dan berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar. takda benda lain yang makcik harapkan ketika ini
 


Wednesday, October 23, 2013

BINGKA DURIAN PANDAN

sebenar nya banyak yang makcik nak luah kan kat sini hari ini tapi macam tak sesuai jer makcik rasa. apa apa pun makcik bersyukur makcik masih lagi bernafas, masih lagi bertahan despite apa yang orang fikirkan tentang makcik dan keluarga makcik. alhamdulilah masih ada yang nak bertanya kabar ~ samada ikhlas atau sebalik nya..terima kasih ALLAH
 photo 20131020_174900_zps6030ff66.jpg
my stock untuk bulan ini..pokok lemon sedang mengeluarkan hasil. syukur alhamdulilah, tak membeli lemon lah untuk sebulan ini.  yes kalau kat rumah makcik consume lemon 4-6 biji sehari untuk juicing.

 photo 20131023_181739_zpsbae598ec.jpg
sharing my juicing malam ini..2 lemon, 6 garlic, 1 inch ginger and 4 stalk celery..pengsan nak menghabiskan
nya, terlebih garlic tapi sayang nak buang, at last dapat juga makcik habiskan nya.  minum dengan mata tertutup rapat. aisehhh...berbau bawang putih lah makcik malam ini.

Agak lama juga lah makcik tak makan bingka hatta membuat nya.  jadi misi terlebih rajin hari ini adalah membuat bingka durian benda yang paling senang nak buat ketika sedang mengemas kini dan ketika misi throwing in the dustbin sebelum encik somi balik rumah. (tips: pastikan dapur dan peti sejuk didalam keadaan kemas dan bersih sebelum our roomate balik dari travelling)
Jumpa akak durian didalam freezer, ada banyak epal dan juga carrot didalam peti sejuk. nampak nya minggu ini makcik kena buat sesuatu dengan cik epal dan cik carrot kita tu,

oh ya..this weekend I'm sending my father ke kuching for his birthday pressie, sponsor tiket untuk dia sekali dengan mak & syafiq sempena perlawanan bola antara pahang dan sarawak. I think this is the first time my father tengok bola secara live kat stadium. Harijadi yang ke 66 ~ yeah untuk mu bapa..tak apa lah..He demand for kek bertingkat tingkat sempena harijadi yang ke 66..pengsan makcik nak mengadakan kek bertingkat tingkat itu so sending him to kuching for the match~ pilihan yang terbaik.. hehehe.
3 orang akan menyambut birthday weekend ini. my father, my sister and anak buah...3 kek..3 hadiah..waduh..peninnnnnn

next week plak makcik akan melawat kawasan. nak balik kuching sekejap before heading kl untuk bercuti . Banyak wedding invitation untuk bulan duabelas ini. November dan December will be bulan terlebih baget lagi nampak nya. Waduh waduh. frens are having holiday oversea, makcik dok in the country jer.
another thing, dillah have to see pakar ENT lagi, makcik harap anak bujang makcik sorang ini dapat jaga kesihatan dia dengan baik. Hati makcik rasa sedih bila tengok muka dia tido. dengan pernafasan yang tak lancar itu its really broke my heart. sob..sob..sob..:(
Let not talk abt it.. mari kita bercerita tentang bingka..kuih muih orang dahulu kala.makcik suka bingka labu, bingka timun is also not bad. wangi jer bau timun tu..bingka ubi kayu pun my faveret..alalallalala..asal sebut makan jer semua suka kan..no wonder lah makcik nih..tak reti nak kurus.
makcik suka bingka yang lembik lembik gitu..this is the perfect combination pandan dan rasa durian.
 photo 20131023_201146_zps264e4457.jpg
Bingka durian ~ menghabiskan stock durian didalam peti sejuk
ini lah resipi nya..sangat mudah
Bingka Durian Pandan

Bahan-bahan  (kalau tak ramai orang boleh jer buat setengah adunan)
  • 4 1/2    cawan tepung gandum (kalau nak keras sikit letak 5 cawan)
  • 6 cawan santan (santan kotak - 4 cawan  dicampur dengan  2 cawan air pandan yang di blend/tapis  atau kalau tak nak guna daun pandan guna jer air biasa
  • 250gm atau 2 cawan isi durian 
  • 3 sudu mentega
  • Garam secukup rasa
  • 1 1/2    cawan gula (kalau nak manis jadikan  letak jer 2 cawan)
  • 6 biji telur
  • nak letak pewarna hijau pun ok tapi makcik tak letak 
Cara-cara
Campurkan kesemua bahan. Kacau sebati kemudian ditapis. makcik masuk kan semuanya didalam blender. Griskan acuan dengan sedikit butter atau minyak .Masukkan adunan kedalam acuan.
Bakar selama 1 jam atau sehingga masak.  makcik suka bingka yang ada berkerak sikit.

 photo 20131023_201205_zpsd2a5f806.jpg
makcik suka sangat dengan texture nya..almaklumlah kan dah lama tak makan kuih camgini..

ini plak bingka tepung beras  yang makcik buat terjun jer..ala ala capai apa saja yang kat depan mata gitu
 photo 20131023_175549_zps8187ef53.jpg
BINGKA TEPUNG BERAS

Bahan-bahan:-
2 cawan tepung beras 
1 cawan tepung gandum (kalau tak nak letak tepung gandum - boleh jer letak 3 cawan tepung beras)
1 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
6 cawan santan
3 sudu makan mentega
2 biji telor

Cara-cara :
Kisar semua bahan didalam blender...sangat mudah kan..tekan suis jer pastu dah sebati masukkan kedalam loyang yang telah di gris kan. bakar didalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu. bakar sehingga masak. Sejukkan dan potong.
 photo 20131023_201545_zpsebed9deb.jpg
   

Friday, October 18, 2013

MACaroon

Assalamualaikum..Its  been a while. Last month makcik kehilangan seorang lagi teman . boy @ mohd faizal. at the age of 32 meninggal kerana paru paru di jangkiti kuman. balik dari kl makcik terus berkampung di hospital. setiap hari makcik menjenguk nya. Kuasa ALLAH dari sesak nafas terus tak sedar diri, bangun untuk satu hari memberi harapan kepada kami  tapi the next day dia tido lagi dan kemudian genap 7 hari dari dia koma dia  terus tidak bangun bangun. Kematian nya amat lah memberi kesan kepada makcik.
Dia memang seorang yang baik. teman teman dari kl dan kuching sanggup datang menjenguk dia.malahan ada yang sudi berkampung di hospital. aneh nya pihak hospital tidak berkata apa apa ketika ramai pelawant datang menjenguk dia. segalanya di permudahkan , dari urusan dan waktu melawat sudah tidak mengikut waktu lawatan sebenar. Dia sangat lah baik.. Dia ada ketika kami perlukan pertolongan , tidak pernah memberi alasan itu ini, sebaiknya sentiasa okay saja. the last trip ke jogjakarta dia belikan makcik telekung, makcik kata nak bayar, dia kata tak apa sebagai hadiah. Pagi hari raya 2013 makcik bertemu dia di perkuburan ketika dia sedang membaca tahlil untuk arwah makcik nya. kami sempat berlambai tangan , as usual dia akan tersenyum lebar. Makcik teringat tempat duduk nya ketika dia membaca yassin adalah tempat istirehat nya sekarang. Kuasa Allah.. semua nya berlaku di depan makcik. Makcik memohon agar ALLAH mengampuni dosa dosa arwah dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.

Setelah lama tidak mengupdate blog ini, kali ini makcik menjalan kan misi yang sangat mencabar buat makcik.
Mencabar diri dengan si comel mac. Cabaran besar sebenarnya. selepas misi mac yang pertama dulu which turned out sungguh hodoh makcik memang surrender until last week makcik set mind untuk buat macaroon. tak mungkin lah kan..gagal selamanya. ok lah sebab semangat mac tu buat makcik mencabar diri makcik. the mac whooahh..it turn out to be disaster lagi. kesian kan makcik berkilo kilo serbuk almond makcik guna.. every batch makcik buat 2 adunan sebab makcik sangat sangat confident dengan resipi , tips dan teknik yang makcik tengok kat google.

Ini resipi yang makcik gunakan :- resipi credit to owner..tak ingat kat mana makcik dapat nih

3 large egg white - 95 - 100gm aged overnight
1/4 tsp cream of tartar
50g sugar
pinch of salt
200g powdered sugar (icing sugar)
120g almond flour
1. sift the salt, powdered sugar and almond flour into a large container. discard any clumps in the sieve
2. Using a whisk attachment beat egg whites with cream of tar tar until foamy. add sugar in 3 batches . continue beating until stiff peaks form. add gel food coloring if desired whisk again
3. add 1/3 of the almond mixture into the egg whites, fold until incorporated ~ about 15-20 turns. then add another 1/3. fold again. repeat one last time. it will take about65 folds for the right consistency
4. pipe small circles onto a baking sheet/tray lined with baking mat or parchment paper,
5. let rest until a skin forms. it should no longer be sticky. 30 - 60 minutes. bake at 275 F for 17 minutes
let cool completely before attempting to peel them off

 photo PA130430_zpscea0e12d.jpg


 photo PA130437_zps9af5b224.jpg
disaster..kepanasan oven yang tak sekata.

keluar jer dari oven sungguh rasa kecewa tu sangat sangat ketara..rasa nak menangis pon ada tapi semangat nak membukti kan makcik can do it..so..buat lagi dan buat lagi dan lagi
 photo PA130459_zps8de5db89.jpg
dari tengahari sehingga ke malam hari..
 photo PA130467_zps9603a26a.jpg
eh..macam ada kaki...dah dekat lah nih..this is the one makcik guna serbuk bijan sebab serbuk almond dan abis sekilo untuk misi hari ini.
 photo PA130452_zpsdfd9e41e.jpg
ini batch yang kelima baru ada nampak kaki..sebetulnya tidak lah berkaki sangat..kira dah nak dekat ada kaki lah tu. selepas makcik kehabisan serbuk almond, makcik kisar kan jer serbuk bijan.. tak taw kat mana dapat idea tersebut , nih pon sebab geram kan..so batch ke lima ada lah dari serbuk bijan..resipi sama cuma makcik guna bijan.

 Untuk hari ini makcik guna Passionfruit curd, passionfruit sedang berbuah dengan lebat di rumah makcik jadi y not guna apa yang ada kan..
   photo PA130425_zps6ecfc4cc.jpg
Recipe adapted from Taste
Ingredients:
125 gms – ½ cup chilled butter, chopped
155 gms – ¾ cup caster sugar (I used 125 gms – ½ cup, as the tinned passion fruit was a bit sweet already)
180 ml – ¾ cup fresh passion fruit pulp (I used 170 ml – 2 tsp less of tinned passion fruit pulp + half a fresh passion fruit)
4 egg yolks


Put the butter, passion fruit, sugar and egg yolks in a pot and place it over low heat. Cook, stirring, for 10-15 minutes or until the mixture thickens (or, if you have a thermometer, until it reaches 75°C-170°F).
Transfer it to a sterilised jar and place it in fridge for at least 1 hour to cool down.

This curd will keep in the fridge for up to 10 days and I have also successfully frozen it.

malam nya makcik google lagi tips and teknik..kali ini makcik guna resipi ini  dari Chow.com untuk hari kedua, stress punya pasal kan sebab gagal buat kaki..tapi kali ini makcik mencabar diri dengan menggunakan biji kuaci lebihan projek hari raya dulu. malas dah nak guna almond lepas berkilo abis tuk misi yang gagal. frusttttttt

For the macarons:
  • 2 cups powdered sugar - (200 - 230gm sugar)
  • 1 cup almond flour or almond meal (170gm sunflower seed - biji kuaci)
  • 3 tablespoons natural unsweetened cocoa powder (30gm serbuk cocoa)
  • 1/4 teaspoon fine salt
  • 3 large egg whites, at room temperature (100gm )
  • Pinch cream of tartar
  • 3 tablespoons granulated sugar (65gm sugar)
 For the ganache filling:
  • 4 ounces bittersweet chocolate, finely chopped
  • 1/2 cup heavy cream
  • 2 tablespoons unsalted butter (1/4 stick), at room temperature and cut into cubes
INSTRUCTIONS
For the macarons:
1.   Line two baking sheets with parchment paper; set aside. Fit a large pastry bag with a 1/2-inch plain tip; set aside.
2.   Place the powdered sugar, almond flour, cocoa powder, and salt in a food processor fitted with a blade attachment and pulse several times to aerate. Process until fine and combined, about 30 seconds. Sift through a flour sifter into a large bowl; set aside.
3.   Make a meringue by placing the egg whites in the clean bowl of a stand mixer fitted with a whisk attachment. Beat on medium speed until opaque and foamy, about 30 seconds. Add the cream of tartar, increase the speed to medium high, and beat until the egg whites are white in color and hold the line of the whisk, about 1 minute. Continue to beat, slowly adding the granulated sugar, until the sugar is combined, the peaks are stiff, and the whites are shiny, about 1 minute more. (Do not overwhip.) Transfer the meringue to a large bowl.
4.   Using a rubber spatula, gently fold the dry mixture into the egg whites in four batches until the dry ingredients are just combined. (The meringue will deflate.) With the final addition, stop folding when there are no traces of egg whites, the mixture runs like slow-moving lava, and it looks like cake batter. (Do not overmix.) 

5.  Transfer the batter to the pastry bag. Pipe out 1-1/4-inch rounds about 1 inch apart onto the baking sheets, about 25 per sheet. Pick up the baking sheets and bang them against the work surface to help create the macaron base, or foot. Let the rounds sit at room temperature for 30 minutes to dry the tops and ensure even cooking. 
6.   Heat the oven to 350°F and arrange a rack in the middle. Bake the macarons one sheet at a time for 7 minutes. Rotate the sheet and cook for 7 minutes more. Transfer the sheet to a rack to cool completely.
For the ganache filling:
1.  Place the chopped chocolate in a large bowl.
2. Warm the cream in a small saucepan over medium heat until it just starts to boil. Stir it into the chocolate without creating bubbles. Let sit for 1 minute. Add the butter and stir until smooth. Chill in the refrigerator until thickened but still spreadable, about 30 minutes.
To assemble:Pair macarons of similar size. Remove the ganache from the refrigerator. If you choose to pipe the ganache, transfer it to a resealable plastic bag and snip about a 1/2 inch off a bottom corner. Squeeze or scoop the ganache to about the size of a cherry (about 1 teaspoon) onto the center of a macaron


DAY 2
 photo PA140469_zps8678a726.jpg
semangat untuk mencabar diri sendiri.. guna resipi di atas tapi dengan menambah apa yang makcik rasa perlu tambah. and yes kali ini makcik guna cara French  macaroon ~ credit to RIMA  tetapi menggunakan resipi dari chow.com

Ingredients
Swiss Meringue
80g egg white (at room temperature)
65g caster sugar

80g ground almond
140g icing sugar
1/2tsp lemon juice
orange yellow colouring powder (i did 2 batches.. used purple in the other batch)

Filling
Chocolate Ganache
100g dark chocolate (i used valrhona 64%)
50g whipping cream

Method
Swiss Meringue Macarons:
1. Line 3 to 4 baking trays with silicon sheet. (i used baking sheet)
2. Use a round cookies cutter, press it into some cocoa powder or flour.
3. Use the cookies cutter to make some round imprint on the silicon sheet and set aside.
4. Sift icing sugar and almond together and set aside.
5. Pour sugar and egg white into a heatproof pan and place it over a saucepan of simmering water.
6. Stir constantly until sugar has dissolved and the mixture is warm to the touch (about 50 to 55C).
7. Pour the egg white and lemon juice into the mixing bowl with the whisk attachment and beat on medium-high speed until soft peaks then add in the powder colouring. (this time i used purple and yellow - shud hv added more powder as it turned out to be pastel purple lol)
8. Continue to beat until the egg white has cooled down and it look smooth and shiny. (medium peak but not dry)
9. Fold in the sifted mixture in 4 portions into the meringue. Do not over fold batter until it turn watery, batter should be slightly thicker than cake batter.(I hv tried dumping the sifted mixture all at once.. it works too)
10.Spoon batter into a piping bag and pipe it within the round imprint which had made earlier on.
11.Let the macarons to rest for 30mins.
12.Preheat oven to 150C.
13.Bake a tray at a time for 20-25mins, depend on individual oven. (i baked mine for 12mins)
14.Remove macarons and cool on a wire rack. (if ur having difficulty removing shell, spray a little water (mist) under baking sheet.. let it sit for a few sec and peel it off)

Chocolate Ganache:
1. Heat up the whipping cream.
2. Pour it into the dark chocolate and stir until it melted and smooth.
3. Leave it aside to set. (Slightly thicken for piping.)

Assemble the macarons:
1.Pipe the chocolate ganache on the macaron.
2.Sandwich with another macaron together.
3.Keep in the fridge to let the filling firm.
 photo PA140471_zps789bc1de.jpg

 photo PA140472_zpsa1eb53d0.jpg

 photo PA140476_zps52929944.jpg
tersenyum lebar makcik macam dapat bonus 6 bulan gaji..rasa bahagia , rasa penat lelah dah berbalas..whoahh...hari ini nasib makcik sungguh baik
 photo PA140480_zps36bf7810.jpg
yahooooooooooooooooooooo...ada kaki.....
 photo PA140481_zps7d59260f.jpg
nak tunjuk lagii...hehehe
 photo PA140471_zps789bc1de.jpg  photo PA140482_zps3773930b.jpg
except yang ini ..tak taw kenapa makcik terlalai kejap..bukan kejap sebenarnya sebab masa projek nih at the same time makcik kena masak untuk raya aidil adha..esok orang nak datang ke rumah..
 photo PA140483_zps67b05227.jpg

 photo PA140488_zpsfa394f07.jpg  photo PA140497_zpsec25fa41.jpg

  FILLING :~ SALTED CARAMEL CREAM
   photo PA140502_zps75d5bf09.jpg
Salted Caramel Cream
100g caster sugar
1/2 cup (120 ml) cream
3g ground sea salt
100g butter, cut into chunks
  
Place sugar in a medium, heavy-based saucepan. Heat over medium heat, stirring, until sugar dissolves. Meanwhile, heat cream in the microwave for 30 seconds.
When sugar has melted, pour cream into the pot and stir until well combined.
 Remove from heat, stir in the salt, then leave to cool to about 45°C.
Add the butter, little by little, stirring continuously to combine completely. Once combined, allow to cool completely.
Beat the mixture until it becomes light and pale.
Pipe or spoon the mixture onto one half the the macaron shells, then sandwich with the other half. Allow macarons a day in the fridge to mature before serving.

BASIC CHOCOLATE GANACHE
INGREDIENTS
  • 8 ounces semisweet chocolate, coarsely chopped
  • 1 cup heavy cream
  • 1 tablespoon unsalted butter, at room temperature
INSTRUCTIONS
  1. Place chocolate in a medium heatproof bowl; set aside.
  2. Place cream in a small saucepan over medium heat and bring to a simmer. Pour over chocolate and let stand until chocolate has softened, about 5 minutes.
  3. Add butter and stir until smooth. Let cool slightly before using.
  photo PA140503_zps1a95939b.jpg

 photo PA140504_zps9d8c5022.jpg  photo PA150524_zpsec134ead.jpg

 photo PA150529_zpscdb92cdd.jpg 
Cukup lah selepas membukti kan makcik boleh buat...not my taste lah..sangat manis di tekak makcik..boleh jer kena penyakit kencing manis lepas nih.. i wonder kenapa lah orang suka makan macaroon..huh..

 

Saturday, September 7, 2013

sorang demi seorang ahli keluarga pergi menemui illahi. khamis lalu mok saufi pergi menemui pencipta kita dan malam tadi abang man pulang ke rahmahtullah..panggilan talipon dari ramlah awal pagi tadi benar benar mengejutkan makcik. melihat gambar keluarga hari raya tahun ini nampak sangat perbezaan dari segi badan nya' sgt susut dan nampak tak bermaya. kencing manis, darah tinggi, kolesterol n konon nya menghidap kanser. package yang sangat tidak baik. makcik berharap ada di miri sekarang, untuk melihat arwah buat kali terakhir, makcik sangat sedih sebab raya ini makcik telah berniat untuk melawat dia, melawat ibu azeez dan berziarah dengan kenalan di kawasan piasau tetapi tahun ini raya sangat memenatkan makcik sehingga masa untuk diri sendiri agak terhad. iyer makcik sangat terkilan. al fatihah buat mereka yang telah pergi meninggal kan kita. semoga roh mereka tenang di sana dan Allah mengampunkan dosa dosa mereka. Amin rabil alamin.

*feeling sad*

 

Monday, August 26, 2013

Jom makan

its nice to hear from someone u sayang. thanks adila for the call. harap umur panjang ahad ini kita berjumpa ok. excited sungguh nak hadir ke majlis perkahwinan ezyan tapi makcik tak boleh nak attend sebab kena buat majlis tahlil dan juga majlis doa selamat sempena ulangtahun perkahwinan parent makcik yang ke45. setiap tahun makcik selalu buat secara kecil kecilan tapi tahun ini bapa lebih excited n looking forward untuk wedding aniversary yang jatuh pada 31 ogos ini. there a menu list yang makcik harap makcik boleh buat and makcik tak tahu berapa orang yang akan hadir. memandangkan bapa dok sibuk mencuci kerusi/meja and arrangement untuk malam tersebut telah di buat awal , makcik ramal agak ramai juga yang mereka jemput. i been thinking nak buat steamboat lagi, ikan bakar is in the list then nak buat ayam didalam buluh juga..menu yang makcik rasa ringan dan berkhasiat. tapi semua ini tengok lah kemampuan dan kekuatan makcik pada hari jumaat dan sabtu ini. despite ada order untuk kek lapis makcik yang akan makcik bawa khas dari sarawak ke kl hari ahad ini. oh padat nya jadual makcik minggu ini.
still rasa terkilan tak dapat nak merasai nasi minyak ezyan, tak dapat  nak tengok ezyan bersanding..owhh sungguh frust rasanya but apa kan daya between keluarga n friend makcik kena utama kan yang sepatutnya dulu.
okay lah mood hari ini mood kecewa..bila kecewa tu nafsu makan pun entah haper haper..sedar tak sedar menu hari ini macam terkejut beruk sikit. macam untuk makan seminggu kaedah nya.
asal nya nak makan ikan salmon grill. niat yang tertangguh 2/3 hari yang lepas . Sebenarnya  teringin nak makan ikan salmon fresh tapi kat sini cuma ada fillet yang frozen . instead makcik capai ikan butter, sajer nak buat lepas kan hajat yang tak kesampaian itu. just lumur garam dan lada hitam .. then grill
 photo P8260324_zps311cb6b1.jpg
bila dah kat dapur teringin pula nak makan spaghetti carbonara, buat sos cendawan yang simple dan letak jer atas spaghetti kita..makcik tak boleh kalau tak makan sayur, sayur sawi tu makcik goreng kering dengan garlic jer
 photo P8260328_zps80c6e5d3.jpg
pagi tadi masa shopping dengan mak terjumpa sos nandos kat rack di supermarket. dalam hati berkara kalau buat roasted chicken nih makan time panas panas mesti sedap..selera orang berpuasa kan..nak itu ini jer. so capai lah juga sos nandos and makcik grill kan ayam ..lumur dengan garam , mix herb with black pepper. i love it wet cicah dengan sos
 photo P8260334_zpsfdc2aba2.jpg
tapi mak suka ala ala kering dan garing gitu
 photo P8260345_zps4fe74573.jpg
and this my dinner tonight, meriah giler tapi makan sorang sorang untuk berbuka, eh nak cakap walau makan sorang sorang.. pekena ginger ale ngan ais sungguh lah  nikmat.
 photo P8260344_zps9999dff7.jpg
kalau u ols terkadang mengalami situasi macam makcik ini give urself a good dinner.rewards urself tapi jangan lupa drink ur favourite drink tak yah lah dok kedai canggih. di dapur u ols sendiri u dah merasa nikmat nya. lepas makan..kalau dah tersandar tu  dan rasa blur blur lepas nikmat makan..dan kalau rasa menyesal selepas makan tu..bawa rilek..tak gemuk mana kan..alalalllalala..esok sambung puasa lagi...ayat penyedap jiwa tu..
huhuhu...goodnight u ols.

Friday, August 23, 2013

KEK HATI PARIK

Anak anak dah lama balik ke senanjung sinun..bawa kek yang orang dok sibuk berkirim salam dengan makcik. 40kg uols..membebel anak anak membawa kek sebegitu berat, selain membeli muatan kilo dan mengheret bag yang berat, (we pay for that price okay).. tapi sehingga sekarang orang yang makcik kirim kan itu not even berterima kasih..tak ada plak berinbox. itu lah manusia, susah benar nak berterima kasih. masa belum dapat tu kan..kan main lagi , itu cerita puasa..setelah raya dan terima kek yang free not even terima kasih. that simple word tapi sangat bermakna. bukan senang nak buat kek lapis . i spent 4 days and night untuk pleased u ols. yet arggghhhhh,, yes makcik agak kecewa..bukan mengungkit.. just sometime makcik rasa a simple word boleh buat hari seseorang bertambah baik. maka belajar lah mengucap terimakasih bila orang berbuat sesuatu untuk anda. mengucap maaf jika kita terasa membuat silap dan senyum untuk menyenangkan hati seseorang. as simple as that. walaupun masih terkilan mari lupa kan sebentar cerita itu..jom kita bercerita tentang kek hati parik. kek yang sangat misteri tapi unik ini.

Setiap kali menjelang raya kek hati parik @ pari wajib berada di atas meja untuk hidangan. dengan masa kukusan selama 9 jam atau 12 jam sudah semestinya kek ini agak unik , ada kek hati parik yang agak keras kejung, ada yang sangat moist macam dodol dan ada juga yang sangat lembut. kena yang benar benar pro untuk membuat nya , final result sangat lah penting kalau tak kesudahan nya kita buang banyak masa untuk kek yang tidak sedap .
   photo d026d1af_zps9e29e82e.jpg
Makcik dah banyak kali buat kek ini ada ketika nya tidak menepati citarasa makcik, kekadang kalau dah cantik texture nya rasanya plak jadi fail samada agak manis atau pahit disebabkan oleh gula hangus.  pelbagai versi resipi  yang makcik simpan, setelah mencuba dan mengurang sana sini makcik lebih suka versi yang kawan makcik kongsi kan bersama makcik. makcik nak share kan kat sini untuk u ols try, mana taw kan boleh buat bisnes lepas ini,
oh ya,,misteri kek ini selain selalu merosakkan hand whisk dan blender makcik,  memang penat nak mendapat kan texture gula masak yang perfect, itu lah liku liku yang terpaksa di harungi..yang penting kena sabar banyak kalau teringin nak buat kek ini.

KEK HATI PARIK credit to hjh ramlah

10 BIJI TELOR AYAM - KUNINGNYA SAHAJA
1 BIJI TELOR PUTIH
16 OZ MENTEGA
4 GELAS GULA – DI KURANGKAN CUMA 2 GELAS
660GM TEPUNG GANDUM

300GM KISMIS HITAM DAN KUNING DI BLEND HALUS DENGAN 1 GELAS TEPUNG GANDUM DARI BAHAGIAN TEPUNG GANDUM DIATAS

2 SUDU MAKAN BICARBONATE OF SODA
2 SUDU MAKAN CREAM OF TAR TAR
1 SUDU TEH VANILLA
8 SUDU MAKAN BROWNING SUGAR

200GM GULA KASAR DI MASAK TANPA AIR DIDALAM NON STICK PAN SEHINGGA MENDIDIH – SENTIASA DI KACAU GULANYA AGAR TIDAK HANGUS

CARANYA:-
PUKUL MENTEGA DAN GULA KASAR YANG DI BLEND SEHINGGA HALUS ITU SEHINGGA PUTIH DAN KEMBANG.

PUKUL TELOR SECARA BERASINGAN SEHINGGA SEBATI DAN KEMBANG. MASUKKAN VANILLA. CAMPURKAN KEDUA BAHAGIAN DAN GAUL SEHINGGA SEBATI DAN RATA. MASUKKAN TEPUNG GANDUM KEDALAM ADUNAN TELOR. MASUKKAN KISMIS YANG TELAH DI BLEND DENGAN 1 GELAS TEPUNG GANDUM, CREAM OF TAR TAR, BICARBONATE OF SODA DAN JUGA BROWNING SUGAR. GAUL SEHINGGA SEBATI. MASUKKAN GULA YANG TELAH DI MASAK. GAUL LAGI SEHINGGA SEBATI.

MASUKKAN KEDALAM ACUAN YANG TELAH DI LENSERKAN DAN KUKUS SELAMA 9 JAM. 
Tips: sebelum mengukus loyang kena di tutup permukaan nya dengan aluminium foil dan plastic untuk mengelakkan air dari memasuki kedalam loyang

ini adalah satu resipi yg klasik, tapi makcik selalu fail dalam dpt texture yg seperti tuan rumah membuatnya, final touch sangat penting kerana ini versi merebus, makcik tak dapat nak membayangkan owner resipi ini  merebus kek ini tetapi serious kek versi merebus ini sangat lah sedap. no wonder dia jual sehingga rm165.00 seloyang.. and yes makcik pelanggan tetap dia tiap tiap tahun. dan untuk mendapat resipi ini makcik kena bayar sejumlah wang ihsan. apa yang makcik tulis ini berdasar kan apa yang makcik lihat ketika dia membuat kek ini. pun begitu ada ketika makcik juga fail mendapat texture sperti dia. end of the day kena order lah ,btw kek ini tahan setahun , menakjub kan..
tolong baca betul betul resipi ini takut ada yang keliru, kalau tak faham just pm me..nanti makcik akan explain in detail

KEK HATI PARI  versi wa ara

1250GM @ 9 gelas Tepung gandum
210gm @ 6 gelas gula kasar – di blender halus – jgn guna gula halus atau icing sugar
10 biji telor ayam - ASING KAN PUTIH NYA
70gm x 7 botol gula hitam @ 490GM
16 oz butter
505 gm susu

1 kg kismis di kisar halus – dalam minced meat grater . JIKA MENGGUNAKAN BLENDER, BLEND KISMIS DENGAN TEPUNG SEHINGGA HALUS – NEED A GOOD BLENDER FOR THIS PROCESS

Kismis yang telah di giling di gaul dengan baking powder sebanyak 1 ½ sudu makan . gaul sehingga sebati.
Masukkan ½ gelas tepung gandum. Gaul lagi sehingga sebati
Lebihan tepung di masukkan bicarbonate of soda sebanyak 1 ½ sudu makan

CARANYA:-
A – 6 gelas gula di pukul dengan putih telor sehingga sebati tetapi jangan kembang. Masukkan kuning telor
B – butter dan susu di pukul sebati.

Masukkan A. Masukkan tepung gandum dan juga gula hitam

Masukkan setengah adunan kedalam kismis. Gaul menggunakan beater sehingga rata dan sebati. Kemudian masukkan kedalam yang ½ basin tadi. Gaul lagi sehingga sebati. Kukus 9 jam

Acuan mesti di panaskan dulu diatas pengukus. Kemudian lenser kan dengan butter serta lapik dengan kertas minyak. Kukus secara merebus didalam periuk
Tips: sebelum mengukus loyang kena di tutup permukaan nya dengan aluminium foil dan plastic untuk mengelakkan air dari memasuki kedalam loyang

Tips:- jangan mengunakan sudip kayu. Guna kan hand whisk.

kalau ada kemampuan dan kesabaran itu try lah buat kek ini..for the time being makcik dah surrender buat kek versi merebus ini. since sifu ini masih lagi berkemampuan makcik just beli jer..lebih puas hati. but makcik simpan resipi ini dan sharing it , mana taw bila semangat gigih itu kembali i will for sure buat kek ini , in sya allah

Thursday, August 22, 2013

AIR KULIT KAYU MANIS

Semalam adakan rumah terbuka lagi. with 1 day notice.. Ini kerja my bapa kesayangan lah. sajer nak suruh makcik pengsan , bila makcik membebel boleh plak dia kata ini pahala.. aiseh.. tapi sebab bapa yang bagi arahan dalam rasa malas dan kepayahan tu kena turut kan juga kan.  rumah terbuka ini  konon nya untuk segelinter jemaah surau sebab ada sorang ustaz nih belum beraya ke rumah. makcik anggarkan sekitar 20 orang atau kurang tapi mak aiii lebih 50 orang yang hadir. makcik rasa macam nak pengsan. tak terlayan dengan jemaah perempuan , pastu kena keluarkan pinggan extra *thinking lepas nih bersinsing  lengan lah makcik membasuh dan mengemas..
 photo 578993_381929291929896_1794265432_n_zpscf2a79c4.jpg
nasib baik lah ada pelbagai menu makanan.. antaranya makcik wat grilling kambing, daging and sotong. selain tu main dishes makcik buat steamboat .ayam masak dalam buluh pon ada..ada ulam ulaman..ada kek..kiranya selagi ada benda kat dalam dapur tu makcik keluarkan..macam terkejut beruk lah juga bila tengok jemaah yang ramai. dalam nervous tu bersyukur juga. alhamdulilah sudi juga mereka datang ke rumah kami.
oh ya..ini  rumah terbuka ke4..sebenarnya makcik dah sangat penat memasak. macam semalam makcik buat sendiri.. anak anak dah balik. si bongsu ke johor untuk pertandingan memanah. just imagine lepas setting meja sebelah tengahari i only have couple of hour before isya untuk sedia kan semua menu. sebelah pagi nya selepas menghantar encik dahling ke airport makcik pergi membeli belah..oh yes nak di jadikan cerita kereta plak buat hal..boleh plak battery kong di tengah makcik sibuk berkejar dengan masa. cabaran betul di waktu puasa ganti nih.
antara menu..bersusun jemaah untuk menu ini..the rest of the menu tak tergambil gambarnya, ini pon sebab makcik share ngan puteri lilin kat muazam sinun kalau tak..tak terambil gambar scenery semalam. 
   photo 1150944_381933045262854_101655155_n_zps3c7b515a.jpg

ini makcik buat  hari ni. Air kulit kayu manis bercampur epal hijau , daun pudina dan sedikit nenas. Untuk mak plak makcik skipkan nenas. makcik rebuskan air kulit kayu manis , biarkan sejuk dan kemudian letak hirisan epal, daun pudina dan nenas.
 photo P8220289_zps28ac6e67.jpg
masukkan kedalam peti sejuk. biarkan sejuk sambil ia nya blend serasa bersama gitu..

 photo P8220298_zps70c3b3a0.jpg
ohhhh..yes..cant wait untuk try sewaktu berbuka puasa nanti.

Friday, August 16, 2013

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum dan selamat hari raya pada semua yang mengenali makcik. Hari raya adalah hari yang sangat sibuk buat makcik. 2 minggu sebelum raya makcik macam orang lelaki lah, mengecat dan menghias rumah. doing all the general cleaning sambil menunggu encik somi dan anak anak balik beraya. seminggu sebelum raya plak sibuk buat kek. sesuatu yang makcik selalu katakan pada makcik sendiri tahun ini beli jer tapi end of the day tahun ini 4 hari 4 malam juga lah makcik duduk di dapur mengukus dan membakar kek. Bila kata duduk di sarawak ramai lah geng anak anak yang berkirim salam, yang setahun sekali bertelephone pon ada juga lah berpesan minta kek..this year makcik kena buat extra untuk buah tangan anak anak yang bersekolah di senanjung sinun. my assistant ~ anak buah makcik memang dah tak larat mencuci segala loyang..ye lah kan kalau sehari sampai 25 loyang yang harus di cuci. Ini antara kek favourite yang tidak pernah tinggal kalau musim raya. memang menjadi pujaan hati orang yang merasanya.  photo P8120233_zpse57f8ddd.jpg
antara kek ini kek marble cheese jadi pujaan hati semua, sebelah nya kek lapis srikaya cheese, kek lumut versi yochana, kek sultana kacang gajus dan kek buah kukus dari blog rima. ini antara yang sempat di ambil gambarnya..yang tak sempat , lain kali ada masa makcik tempek kat sini juga. 

Tahun ini makcik banyak mengukus kek lama..ada di antara resipi nya telah makcik simpan sejak dari buku resipi mak..ada yang dah sampai 30~40 tahun lama nya. ada kek yang tahan lama..ada kek yang tak berapa nak tahan di simpan tapi sedap di makan. Untuk kek bakar plak tahun ini makcik buat kek lapis yang simple dan tak bercorak. Pun begitu kek lapis sisik ikan ~ my mom favourite yang menjadi kemestian setiap raya dan sebenarnya bukan kek pilihan makcik untuk membuatnya. selain memakan masa yang lama dan iyer agak penat menyusun buah hawflakes , yes its a waste of time. untuk kek sebegini untuk 4 loyang kena amik satu hari juga menyiapkan nya. Kek evergreen pilihan anak buah makcik juga satu kemestian..yang ini cepat jer siap, Kek lapis india juga pilihan anak buah.oh ya..setiap kek lapis bakar adalah request dan demand dari anak anak buah makcik. bila umur dah senja ini kudrat pun sangat berkurang.. maka apa yang termampu jer
makcik buat.
 photo IMG_6900aaa_zps9b5bc0d5.jpg
1st day raya as usual pagi nya ke kubur dulu..tengahari nya ramai lah geng cina beraya kat rumah. hari pertama makcik buah kelupis dan mee jawa sebab mak dah masak rendang , kari dan banyak lagi lah menu raya mak..itu untung nya beraya dengan keluarga.
2nd day raya makcik buat mee laksa sarawak dan itu ini..hari ini open house untuk geng bapa plak. the yang berkhidmat dan berhormat menjadi tetamu jemputan..memang penat giler, dari pagi ke malam..pukul 2 pagi iyer..tak ada kekuatan dah makcik nak melayan orang . dan penutupan raya ke 6, open house untuk kawan anak sambil doa selamat untuk kaum keluarga..

 photo P8120228_zpsd4fca5cc.jpg
yang jadi favourite makcik..kek span kaya, kek lumut dan kek getah putih..oh ya.fruit kek rima pon ada this year

sehingga sekarang makcik tak berziarah ke rumah jiran lagi. cadangnya esok..tapi esok nya macam pack sajer..oh yes, gambar raya keluarga tak terambil lagi..esok dah anak anak makcik balik ke sekolah.,, semya rancangan menunggu sabtu...pack nya hari makcik.   selamat hari raya semua.

 

Saturday, July 27, 2013

DAGING BAKAR

sesekali pekena daging bakar adalah sangat nikmat iyer. teringat makan kambing bakar kat rumah fiona di kpg melayu batu cave sinun. Daging organic katakan..memang makan berkilo pun gerenti  tak pening kepala. Dan menu kali ini juga adalah hasil dari fb fiona. Bila dia upload gambar dinner mereka....wahhh makcik pon terasa ngan try. agak nyer kan orang yang share makanan kat fb sinun memang nak buat orang yang melihat nyer macam terasa nak craving sama.. btw fiona's a good chef..asal jer dari airtangan dia gerenti sedap.
 photo 20130614_135746_zps14397b9b.jpg
Pilih daging gred A kata fiona..kata lain daging batang pinang. Cuci bersih kemudian di rebus empuk seketul besar daging tu ( dengan halia, bawang merah dan putih yang telah di blend. banyak mana bawang halia tu terpulang lah ikut suka)  . kalau suka terasa bawangan maka blend lah lebih sikit - part bawang nih makcik saja kasi - ikut resipi fiona tak perlu kata nya.

Untuk daging
Daging yang seketul besar tu dah siap masak lumur dengan garam dan serbuk kunyit sikit. kalau terlalu besar potong kecil sikit supaya masuk didalam pan grill atau magic pan kita. minyak mesti panas..process ini sekejap jer lebih agak elok kulit luar nya dah boleh angkat dan kemudian hiris nipis nipis daging tersebut

Untuk nasi :-
Panaskan  minyak makan dan sedikit minyak sapi (boleh juga butter juga- again idea makcik) tumiskan bawang putih, bawang merah, halia (yg telah di blend halus) bersama daun bay - letak lah 2 helai gitu bersama dengan rempah nasi  daging (kalau tak ada rempah  nasi daging masukkan rempah sup atau pun rempah kurma dalam 3 sudu makan bersama dengan sos tomatoes sikit. , (makcik guna rempah kurma bersama dengan sos tomatoes)

apabila rempah  kita dah naik wangi masukkan beras kita. gaul sehingga wangi dan sebati kemudian baru masukkan air rebusan daging dan sedikit garam (sukatan beras dan air daging ikut cara masak nasi dan tengok macam mana beras kita . kalau beras kita jenis lembut kurang kan air - seeloknya guna beras basmathi tapi makcik just guna beras biasa. alhamdulilah menjadi.
selalunya lepas acara menumis makcik jer masuk didalam periuk elektrik..so kerja kita senang sikit.
 photo 20130614_135755_zps6c762602.jpg
untuk cicah air asam nya:-
Air asam jawa
bawang besar yang di hiris nipis- dadu
buah tomato
sedikit belacan
cili api dan cili besar - dipotong halus atau ikut suka
garam dan gula
bahan di atas di gaul sebati.

kalau ada daun pudina pun sedap juga untuk side dishes,
untuk acar sempoi tu, nenas, timun n carrot, semua ini di hiris halus . timun lepas di buang bahagian tengah nya di perap dengan sedikit garam. kemudian cuci dan toskan airnya - ini untuk merangup kan timun . untuk merangupkan carrot pon  buh sedikit garam..let rest sebentar , ramas sikit sikit dan cuci bersih dan toskan airnya
hiris cili besar, bawang merah, sedikit udang kering yang di blend. sedikit gula dan cuka..gaul sebati. masuk lam peti sejuk..

kalau terlebih rajin tu buat lah kari dalca sayuran.. memang cun sesangat..

cicah dengan air asam
 photo 20130614_174823_zps2d2f5f4c.jpg
tak perlu side dish berlebihan. cukup sekadar apa yang ada didalam pinggan. without u sedar bertambah tambah juga lah nasi kat dalam pinggan itu.
nasi daging, daging bakar , air asam  dan salad timun. pergh...
 photo 20130614_174808_zps2f1db0ee.jpg
enjoyyy
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...