remember makcik pernah buat donut and that moment memang betul betul teringin nak makan donut tapi sebab tersilap tabur sepatutnya gula icing tetapi tertabur baking powder..so one fine day tu makcik buat sekali lagi..untuk mengantikan donut yang terpaksa di buang - huk ala
masih menguna resipi donut suria tapi makcik tambah kan ovalate untuk melembutkan donut
DONUT SURIA
By courtesy of Puan Suria of Resipi.Net
Bahan A
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
3 sudu besar gula caster
(makcik tambah kan sedikit(1 sudu kecil) ovalette supaya sentiasa gebu dan lembut sepanjang waktu)
Bahan B
200ml air suam
2 sudu teh instant yeast
=> 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.
Kaedah penyediaan
1. Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
2. Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.
3. Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
4. Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
5. Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.
No comments:
Post a Comment