Friday, August 23, 2013

KEK HATI PARIK

Anak anak dah lama balik ke senanjung sinun..bawa kek yang orang dok sibuk berkirim salam dengan makcik. 40kg uols..membebel anak anak membawa kek sebegitu berat, selain membeli muatan kilo dan mengheret bag yang berat, (we pay for that price okay).. tapi sehingga sekarang orang yang makcik kirim kan itu not even berterima kasih..tak ada plak berinbox. itu lah manusia, susah benar nak berterima kasih. masa belum dapat tu kan..kan main lagi , itu cerita puasa..setelah raya dan terima kek yang free not even terima kasih. that simple word tapi sangat bermakna. bukan senang nak buat kek lapis . i spent 4 days and night untuk pleased u ols. yet arggghhhhh,, yes makcik agak kecewa..bukan mengungkit.. just sometime makcik rasa a simple word boleh buat hari seseorang bertambah baik. maka belajar lah mengucap terimakasih bila orang berbuat sesuatu untuk anda. mengucap maaf jika kita terasa membuat silap dan senyum untuk menyenangkan hati seseorang. as simple as that. walaupun masih terkilan mari lupa kan sebentar cerita itu..jom kita bercerita tentang kek hati parik. kek yang sangat misteri tapi unik ini.

Setiap kali menjelang raya kek hati parik @ pari wajib berada di atas meja untuk hidangan. dengan masa kukusan selama 9 jam atau 12 jam sudah semestinya kek ini agak unik , ada kek hati parik yang agak keras kejung, ada yang sangat moist macam dodol dan ada juga yang sangat lembut. kena yang benar benar pro untuk membuat nya , final result sangat lah penting kalau tak kesudahan nya kita buang banyak masa untuk kek yang tidak sedap .
   photo d026d1af_zps9e29e82e.jpg
Makcik dah banyak kali buat kek ini ada ketika nya tidak menepati citarasa makcik, kekadang kalau dah cantik texture nya rasanya plak jadi fail samada agak manis atau pahit disebabkan oleh gula hangus.  pelbagai versi resipi  yang makcik simpan, setelah mencuba dan mengurang sana sini makcik lebih suka versi yang kawan makcik kongsi kan bersama makcik. makcik nak share kan kat sini untuk u ols try, mana taw kan boleh buat bisnes lepas ini,
oh ya,,misteri kek ini selain selalu merosakkan hand whisk dan blender makcik,  memang penat nak mendapat kan texture gula masak yang perfect, itu lah liku liku yang terpaksa di harungi..yang penting kena sabar banyak kalau teringin nak buat kek ini.

KEK HATI PARIK credit to hjh ramlah

10 BIJI TELOR AYAM - KUNINGNYA SAHAJA
1 BIJI TELOR PUTIH
16 OZ MENTEGA
4 GELAS GULA – DI KURANGKAN CUMA 2 GELAS
660GM TEPUNG GANDUM

300GM KISMIS HITAM DAN KUNING DI BLEND HALUS DENGAN 1 GELAS TEPUNG GANDUM DARI BAHAGIAN TEPUNG GANDUM DIATAS

2 SUDU MAKAN BICARBONATE OF SODA
2 SUDU MAKAN CREAM OF TAR TAR
1 SUDU TEH VANILLA
8 SUDU MAKAN BROWNING SUGAR

200GM GULA KASAR DI MASAK TANPA AIR DIDALAM NON STICK PAN SEHINGGA MENDIDIH – SENTIASA DI KACAU GULANYA AGAR TIDAK HANGUS

CARANYA:-
PUKUL MENTEGA DAN GULA KASAR YANG DI BLEND SEHINGGA HALUS ITU SEHINGGA PUTIH DAN KEMBANG.

PUKUL TELOR SECARA BERASINGAN SEHINGGA SEBATI DAN KEMBANG. MASUKKAN VANILLA. CAMPURKAN KEDUA BAHAGIAN DAN GAUL SEHINGGA SEBATI DAN RATA. MASUKKAN TEPUNG GANDUM KEDALAM ADUNAN TELOR. MASUKKAN KISMIS YANG TELAH DI BLEND DENGAN 1 GELAS TEPUNG GANDUM, CREAM OF TAR TAR, BICARBONATE OF SODA DAN JUGA BROWNING SUGAR. GAUL SEHINGGA SEBATI. MASUKKAN GULA YANG TELAH DI MASAK. GAUL LAGI SEHINGGA SEBATI.

MASUKKAN KEDALAM ACUAN YANG TELAH DI LENSERKAN DAN KUKUS SELAMA 9 JAM. 
Tips: sebelum mengukus loyang kena di tutup permukaan nya dengan aluminium foil dan plastic untuk mengelakkan air dari memasuki kedalam loyang

ini adalah satu resipi yg klasik, tapi makcik selalu fail dalam dpt texture yg seperti tuan rumah membuatnya, final touch sangat penting kerana ini versi merebus, makcik tak dapat nak membayangkan owner resipi ini  merebus kek ini tetapi serious kek versi merebus ini sangat lah sedap. no wonder dia jual sehingga rm165.00 seloyang.. and yes makcik pelanggan tetap dia tiap tiap tahun. dan untuk mendapat resipi ini makcik kena bayar sejumlah wang ihsan. apa yang makcik tulis ini berdasar kan apa yang makcik lihat ketika dia membuat kek ini. pun begitu ada ketika makcik juga fail mendapat texture sperti dia. end of the day kena order lah ,btw kek ini tahan setahun , menakjub kan..
tolong baca betul betul resipi ini takut ada yang keliru, kalau tak faham just pm me..nanti makcik akan explain in detail

KEK HATI PARI  versi wa ara

1250GM @ 9 gelas Tepung gandum
210gm @ 6 gelas gula kasar – di blender halus – jgn guna gula halus atau icing sugar
10 biji telor ayam - ASING KAN PUTIH NYA
70gm x 7 botol gula hitam @ 490GM
16 oz butter
505 gm susu

1 kg kismis di kisar halus – dalam minced meat grater . JIKA MENGGUNAKAN BLENDER, BLEND KISMIS DENGAN TEPUNG SEHINGGA HALUS – NEED A GOOD BLENDER FOR THIS PROCESS

Kismis yang telah di giling di gaul dengan baking powder sebanyak 1 ½ sudu makan . gaul sehingga sebati.
Masukkan ½ gelas tepung gandum. Gaul lagi sehingga sebati
Lebihan tepung di masukkan bicarbonate of soda sebanyak 1 ½ sudu makan

CARANYA:-
A – 6 gelas gula di pukul dengan putih telor sehingga sebati tetapi jangan kembang. Masukkan kuning telor
B – butter dan susu di pukul sebati.

Masukkan A. Masukkan tepung gandum dan juga gula hitam

Masukkan setengah adunan kedalam kismis. Gaul menggunakan beater sehingga rata dan sebati. Kemudian masukkan kedalam yang ½ basin tadi. Gaul lagi sehingga sebati. Kukus 9 jam

Acuan mesti di panaskan dulu diatas pengukus. Kemudian lenser kan dengan butter serta lapik dengan kertas minyak. Kukus secara merebus didalam periuk
Tips: sebelum mengukus loyang kena di tutup permukaan nya dengan aluminium foil dan plastic untuk mengelakkan air dari memasuki kedalam loyang

Tips:- jangan mengunakan sudip kayu. Guna kan hand whisk.

kalau ada kemampuan dan kesabaran itu try lah buat kek ini..for the time being makcik dah surrender buat kek versi merebus ini. since sifu ini masih lagi berkemampuan makcik just beli jer..lebih puas hati. but makcik simpan resipi ini dan sharing it , mana taw bila semangat gigih itu kembali i will for sure buat kek ini , in sya allah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...