Hari ini lunch makcik
udang masak tah apa apa...nih pakcik yang masak
Our old time favourite...Taugeh soya..
BAKUT KELADI CRISPY
Sesekali makan keladi goreng ini cicah dengan cili sos memang menyelerakan
untuk bakul keladi
300 gm keladi (skinned, steamed and mashed)
5 sudu makan tepung gandum
½ tsp garam
1 sudu makan shortening
3 sudu makan udang kering di blend kering
2 tsp lada
caranya:
Kukus ( 20 mins atau lebih) keladi sehingga masak dan lecek sehingga halus. tambahkan garam, udang kering yang telah di blend, serbuk lada putih, shortening dan tepung gandum , biarkan sejuk. setelah doh sejuk uli doh panjang dan membulat seperti bakul. jgn guna rolling pin SEBAB kita tidak mau ianya termampat. just buat guna tangan saja.kalau nak buat bakul kecil kecil pon ok seoerti yang saya buat. biarkan sebentar didalam peti sejuk untuk ia membentuk cantik.
goreng didalam minyak yang banyak dengan api yang kecil.
Intinya:-inti nya pon agak simple
ayam cincang
2 sudu halia cincang
1 biji bawang bombay - di cincang halus
serbuk lada putih
sedikit osyter sauce
daun bawang leek - di hiris halus
panaskan minyak dan masukkan bawang . goreng sehingga wangi dan garing. masukkan halia .goreng lagi sehingga wangi. masukkan ayam cincang .tak perlu masuk air. goreng sehingga garing dan masak. masukkan serbuk lada , garam, dan sauce. dah masak masukkan daun bawang ( leek). perasakan sesuai kehendak masing masing.
No comments:
Post a Comment