Wednesday, May 26, 2010

CREAM PUFF

Cream Puff



Doh Pastri:-
250 ml air
125 gm butter
150 gm tepung gandum
sedikit garam
sedikit gula
4 biji telur
sedikit vanilla paste


Cara :
Panaskan oven pada suhu 180C. ( depend on ur oven)
Lepas tu ayaklah tepung.
Pukul telor di tempat berasingan sehingga kembang

Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat sehingga sebati dan menjadi doh.

Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
Biarkan adunan sejuk. pasti kan adunan betul betul sejuk sebelum memutar adunan .
Setelah adunan sejuk putar kan adunan dengan beater K dan masukkan telur sikit demi sikit & putar hingga sebati . Masukkan sedikit perasa vanilla

Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang yang telah disapu mentega. Anggaran diameternya ialah 5cm.

Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 180c bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.




Inti

Bahan-bahan
* 3 sudu besar tepung
* 5 sudu besar tepung kastad
* 4 sudu besar gula
* 2 cup susu segar atau susu cair
* 1 sudu besar mentega

Cara-cara
satukan adunan tepung bersama gula serta susu segar . tapiskan jika ada ketulan,masukkan kedalam periuk (non stick) dan masak dengan api yang kecil. Masukkan mentega dan masak sehingga pekat dan rasakan kemanisan nya mengikut cita rasa anda sendiri

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...