Friday, May 7, 2010
CUPPIE
Kek cawan or cupcakes lepas tambah icing or di hias cantik cantik memang mengujakan tetapi for me aku tak suka makan ..sebab manis dan lemak..(alasan untuk aku yang kononnya menjaga badan - tetapi sedar metabolisma badan ini pun sudah menurun dan juga alasan untuk aku yang banyak lemak serta takut di jangkiti penyakit package - kencing manis, lemah jantung dan darah tinggi)
i have to admit aku suka buat kek ..segala jenis kek . aku suka tengok orang makan dengan penuh perasaan (sebab aku sendiri kena control dari makan banyak banyak) kalu rasa nak makan kek ..baik baik lah ngan aku. Hik hik
RESIPI KAT BAWAH INI AKU AMBIL KAT INTERNET - (ANTARA YANG TERBAIK) AKU GUNAKAN UNTUK BUAT KEK CAWAN..ITS VERY SIMPLE YET ENAK DI MAKAN.
Resepi mousse Chocolate cake [speedial]
Bahan2
625 gm Cooking Chocolate --->> I used only 500 gm cooking choc
225 gm Marjerin/butter --->> I guna majerin jer
325 Tepung Naik sendiri --->> I guna tpg gandum jer + 1 sudu teh b/powder + 1/2 sudu teh soda bikarbonat
500 ml air sejuk --->> air ais dari peti sejuk
secubit garam
250 gm gula --->> I guna 150gm jer gula
3 biji telur.
Cara-caranya:-
Masak coklat bersama marjerin hingga cair masukkan air sejuk dan kacau sehingga rata. Biarkan ia sejuk.
Pukul telur dan gula hingga betul-betul kembang. Masukkan garam.
Selepas itu masukkan tepung naik sendiri dan coklat tadi berselang seli. --->>> Hak ni mula2 I blender jer telur dan gula sampai gula hancur, pastu masukkan tepung ngan choc cair tu, then blender lagi....dah siap.
Bakar pada suhu 150 - 170'C selama 1 jam or lebih/sehingga masak. --> suhu ni bergantung pada oven masing2 sbb takut kek merekah bila oven terlalu panas. Loyang plak I guna 9"x9" just nice takdelah tinggi sangat kek tu, rasanya kalu guna loyang 8"x8" mesti tinggi elok
CUPCAKES PUANSRI
200 g butter
180 g gula halus
3 sudu besar tepung kastard
220 g tepung naik sendiri
4 telur
1. Ayak tepung naik sendiri bersama tepung kastard
2. Pukul butter dengan gula hingga kembang
3. Masukkan telur satu persatu
4. Masukkan esen vanilla
5. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang dah diayak
6. Sudukan adunan dalam cup muffin sehingga 2/3 penuh
7. Bakar dalam oven dengan suhu 175C selama 20-25 minit until sehingga masak
PLAIN BUTTER CAKE - Sumber : Bebop
Bahan A
250 gram butter
200 gram gula (gula castor)
210 gram tepung gandum (kata maklang dia guna self raising flour)
1 sudu teh baking powder
Bahan B
5 biji telur ( kita buat tak kesah grednya)
Cara-caranya
Tuang kesemua bahan A ke dalam mixer dan adun sebati. Selepas itu, masukkan bahan B perlahan-lahan. Putar selama 4 hingga ke 5 minit. Putar seehingga adunan lembut dan tidak berbintil-bintil. Tuang adunan dalam acuan 9" (kita pakai 8"), bakar 160'C selama 50 hingga 60 minit atau uji dengan lidi dengan mencucuk di bahagian tengah kek.
Ada nasihat dari Bebop ne..untuk mendapatkan kek butter yang cantek dan elok, jangan memutar adunan kek terlalu lama.
Rich Chocolate Moist Cake
Resipi ini dari Kak Noor Hannah. Ramai yang telah mencuba dan puas hati dengan hasilnya.
Bahan-bahan ( 9 inci bulat )
6 oz (170.1gm) butter
14 oz (396.9 gm) gula castor
3 biji telur ayam
# Bahan-bahan ini dibancuh bersama #
1 sudu teh NESCAFE
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate or coffee EMULCO or chocolate / coffee paste
# Bahan-bahan ini diayak bersama #
8 oz (226 gm) tepung gandum
2 1/4 oz (63.8 gm) serbuk koko
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1 1/2 sudu teh baking powder
## 7 oz air sejuk - air dlm peti ais
# Bahan untuk Topping #
1 tin susu pekat - boleh kurangkan jika takut manis
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung atau minyak sayuran
1/3 cawan serbuk koko / sedikit garam
Cara-cara
Menggunakan mixer, pukul mentega dengan gula sehingga kembang. .Masukkan telur satu persatu. .Masukkan campuran NESCAFE dan esen2. Peringkat ini, gunakan whisker - masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Cara menggunakan whisker begini: pegang whisker dan pusingkan whisker satu arah sahaja perlahan2, dan sambil memusing whisker tu, menggunakan jari, putarkan batang whisker. Masukkan air sejuk sambil di gaul perlahan2 - juga gunakan whisker perlahan2..Bakar dalam loyang 9" persegi yang telah di minyakkan dan di alas kertas dengan suhu 170C selama 50-60 minit. .Biarkan sejuk betul2 sebelum keluarkan dari loyang. Kek mesti sejuk betul sebelum bubuh topping 8.Nota: UNTUK LEBIH MOIST – Sila kuks kek selama 1 ½ jam dan tutup loyang dengan aluminium foil. 9.Cara untuk membuat Topping - (Hendaklah dikacau topping setiap masa sehingga selesai) Campurkan susu, koko dan minyak. Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat, sambil gunakan whsiker, kacau sentiasa dgn membuat bulatan (faham ke ni??).3. Masukkan garam dan vanila. Tak perlu menggelegak - nanti hangus, agak2 je pekat dia. Bila dah sejuk betul, tuangkan ke atas kek rata2. Kalau tercair, senang je nak kasi pekat, masuk je dlm peti ais.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment