Thursday, November 3, 2011

Yogurt

 photo c56e2a5b_zps9470dade.jpg
buat yogurt sendiri , berbaloi baloi..

800 ml fresh milk - di masak - mendidih - suam
1 botol kecil low fat natural yogurt ( low or high) terpulang pada cita rasa

 campurkan yogurt tu dalam bekas khas buat yogurt macam dalam gambar tu.  dlm bekas tu nanti masuk plak air panas mendidih. dan tutup bekas - biar semalaman kat luar.dah menjadi yogurt tu masuk lam peti sejuk.

yang ini makcik cilok from (sumber : www. recipezaar.com) in case tak faham bahse makcik ..(bahasa tunggang langgang gitu )

 photo d2c5fb6b_zpsa94cd5eb.jpg
Homemade Yogurt


Bahan-bahan :

1 quartz susu
1/4 cawan yogurt perisa asli (starter)
3/4 cawan susu tepung tanpa lemak


Cara Membuatnya :
1. Satukan susu dan susu tepung dalam periuk. Panaskan ke suhu 100 - 150 darjah F.
2. Apabila ia hampir mendidih, angkat dari api dan sejukkan dalam bekas berisi air sejuk atau air batu.
3. Satukan air susu tadi dan yogurt perisa asli. Yogurt starter ini boleh beli yang readymade di pasaraya. Ia berperanan sebagai ibu yogurt kerana telah ada bakteria didalamnya. Ia akan membiak dalam susu yang baru itu.
4. Tuang campuran itu dalam bekas tupperware atau periuk yang bersih dan simpan di tempat yang hangat bersuhu 115 darjah F selama 6 jam atau lebih. Anda juga boleh menyimpannya dalam oven.Caranya ialah panaskan oven ke suhu 275 darjah F dan padamkan apinya.Masukkan periuk kedalamnya dan biarkan ia disitu beberapa jam.
5. Setelah yogurt menjadi pekat, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk



yang ini plak dari my resepi..

Bahan-bahan ( untuk seluruh keluarga )

susu segar 1 liter
plain yogurt(beli kat supermarket) 2 sudu besar

Cara-cara
1.Masukkan susu segar kedalam periuk.
2.Panaskan sehingga lebihkurang 40 darjah celcius.
3.Masukkan plain yogurt.(1 sudu besar bagi setiap 500 ml. jadi kalau 1 liter tu letak 2 sudu besar la.) kacau sebati.
4.Pindahkan kedalam bekas yang boleh ditutup rapat.
5.Simpan ditempat yang suam untuk keep suhu 40C seperti oven, thermos, kotatsu ataupun balut dengan kain gebar tebal selama 8 jam.
6.Bila dah siap boleh lah disimpan dalam peti sejuk, siap untuk dimakan.
 
7.# ulangi setiap hari pun boleh dengan mengambil yogurt yang dah dibuat tu sebagai benih. lama kelamaan rasa masamnya akan hilang(lebih kurang sebulan), beli yogurt baru sebagai benih baru.
 
8.# segala peralatan yang hendak digunakan elok dibasuh bersih dahulu dengan air panas mendidih untuk mengelakkan germ yang tak diingini masuk kedalam yogurt tadi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...