Wednesday, November 2, 2011

RENDANG

Macam mana rasa pucuk ubi kayu masak rendang ? ternyata usaha petang tadi meredah kebun mak tak sia sia. 1st time makan dan anak tekak pon bleh terima.

 photo 594de51b_zps57f2b133.jpg
Nasib baik mak ada bercucuk tanam ubi kayu, senang jer nak dapat..bila bila masa dan ketika. My mother hyper aktive.. tak boleh nak duduk diam, kalau setengah hari tu terbaring kat sofa makna nya tak sihat ler tu dan makcik mengaku memang tak leh nak tandingi sifat dan sikap mak yang tabah, kuat bekerja dan rajin berkebun sayur dan bunga.. nih anak dia nih kan…just tunggu depan pintu mak antar hasil tani  , pendek kata serba serbi mak , anak dia yang sorang ini tak leh nak tandingi.. spoil kan.. dan mak tetap mak…kalau anak dia nih malas nak masak..just berlari jer kat rumah mak..segala dah terhidang. Dan mak tak pernah cakap susah…tak pernah kata tidak.. itu lah mak.. sayang mak. Hanya doa untuk kebahagiaan dan kesihatan mak yang makcik mampu buat ketika ini. kalau lah makcik ada semua nya..atau mampu adakan semuanya untuk mak..akan makcik berikan apa saja kehendak mak..tapi kan...siapa lah makcik ini..

 photo b50f9aca_zps596f257b.jpg

Rendang ayam campak campak nih pon makcik buat petang tadi..anak anak komplen makcik lama dah tak masuk dapur masak masak.. asik nak masak kek jer kata mereka. So dinner malam ini agak heavy..semua bersantan.. mau tak bertambah lemak lemak makcik kat badan nih. apa apa pun macam menyesal ler plak lepas makan..dah makan tak henggat...lepas tu asyik ler salah kan diri sebab makan bertambah tambah.

2 comments:

Nor Desa said...

ala tak de nye nak tambah berat sesangat hanya jerana rendang semangkuk.....
(ayat penyedap hati..)

Makcik Kerabu said...

kan...lepas tu nasi tambah 2 3 pinggan - alahaii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...