Tuesday, November 15, 2011

Sayanggg Bapa

Ketika di perkuburan pagi ini dan ketika talkin di baca..berbagai persoalan dan rasa bermain dalam hati makcik. Perasaan yang sentiasa hadir jika dalam suasana yang begitu menginsafkan. Insaf melihat anak anak yang tidak “faham” . Yang glamer…cantek..tapi aduh… (bila dah mengejar duniawi dan akhirat di ambil mudah – yang dalam kelas tersendiri..tapi..%^$) sungguh kesian.

Betul lah apa yang jadi kemegahan kita hari ini tidak memberi erti untuk kita bila kita meninggal. Yang kita bawa Cuma amalan dan amal jariah kita untuk menghadap illahi. Semua yang ada adalah hak ALLAH. Dari NYA kita datang kepada NYA kita kembali.

Sering kita lalai..sering kita alpa untuk apa yang kita kejarkan di dunia sehingga kita hanya menjalani apa yang menjadi wajib saja. Sering kita bermegah untuk kehidupan yang mewah..tapi itu tak menjamin kesenangan kita di akhirat nanti.

Wahai yang alpa dan mudah lupa  ~ kejar lah dunia..kejar lah apa yang di namakan cinta , kejarlah untuk apa yang di nama kan nafsu , kejar lah untuk rasa yang ada didalam hati atas rasa sedih seorang insan lain.

Tapi ingat lah..bila kita hanya jasad yang kaku terbaring, kita tinggalkan banyak persoalan dalam hidup, yang baik di kenang, yang menjadi kisah sedih dan buruk juga akan di kenang. Selama mana kita hidup di dunia ini..esok lusa kita akan di ambil. Cara mana dan bagaimana akan menjadi persoalan kita yang hidup. kalau yang senang dan tak menyusahkan  alhamdulilah.
Jika tiba waktu makcik, makcik berharap di ambil tanpa menyusahkan sesiapa. biarlah makcik pergi dalam tido atau selepas subuh hari jumaat agar dapat di kerjakan terus dan tidak berlengah lengah..tak perlulah bermalam di rumah kerana akan menyusahkan anak anak saja tapi siapa kah kita untuk minta bermacam macam kalau amalan tak sehebat ulamak.  Tapi adakah  yang kenang kan dan sedekah kan al-fatihah pada makcik? makcik bukan siapa siapa..

kata kuda putih bertanduk itu, Allah sentiasa uji makcik kerana DIA tak nak makcik lupakan DIA. Doalah untuk kebaikan hidup di dunia dan di akhirat dan di kelilingi dengan limpahan kasih sayang yang bernama keluarga dan anak anak. dan dia kata berdoalah ketika hari hujan ..kerana langit terbuka luas dan ALLAH makbulkan permintaan  kita.. itu kata kuda putih bertanduk. kata dia, dengar lah lagu maher zain untuk kuat kan semangat.. for the rest of my life.
Hari semalam adalah pelajaran untuk makcik. dan pengalaman yang lepas lepas adalah guru yang paling baik untuk makcik melangkah dengan hati hati untuk hari esok.


kata orang..kalau kita ikhlas pun orang kata kita dengki dan berniat jahat, tak usah lah bermain api. Hati kita niat kita kalau orang dah tak suka tetap di pandang serong . Pada makcik * untuk jatuh pada lubang yang sama , mengalami benda yang sama berulang kali dan mendapat penghinaan yang sama berulang kali adalah suatu kebodohan yang sangat sangat ." Belajar dari pengalaman ~ this is not the end of the world*

p/s: pagi tadi bapa dah tak marah..ehh…makcik cakap..jgn lah marah..i dah admit my mistake..makcik Tanya naper bapa selalu marah marah sekarang..ker dah menopause..hehehehe..makcik kata..bapa kena amik pill hormone., kata makcik lagi..ALLAH bagi umur bapa 10 tahun sekarang tinggal 5 tahun sebab selalu marah marah..dah nampak tua 10 tahun..kedut kedut muka terserlah..tak hensem lagi...bapa sengih jer..kan…makcik kan anak bapa. Sayanggggggggg bapa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...