Sunday, October 2, 2011

KUIH KELADI BERLAUK

Sabtu 01st October 2011, makcik buat potluck kat rumah. Makcik suka acara berkumpul nih , makan makan dan beramas mesra. Maybe kerana kerap sendirian berdua duaan kat rumah so sekali sekali acara beramai ramai ni membuat makcik excited..terlebih gula dalam badan gitu. Tapi minggu nih minggu jiwa kacau. Dari sibuk bershopping dan kemudian dapat tau forum tempat lepak macam tak boleh di selamatkan lagi walaupun makcik berharap agar satu hari ianya akan diwujudkan semula..sungguh buat hari makcik mendung. macam kehilangan , pening kepala, tertekan, sedih..memang jiwa kacau betul. kebetulan hari yang sama seperti hari hari jiwa kacau makcik masuk dapur tuk buat kek tapi hari tersebut dengan kek kek sekali jiwa kacau. Tak menepati keinginan makcik. tak menepati perasaan makcik yang penuh kasih sayang. tak menepati rasa sepenuh hati makcik . hmmmmm..nak kata hanya yang selalu masuk dapur jer yang tau perasaan makcik ketika itu. sedih taw..btw the potluck gathering was great..borak borak makan makan dengan riuh rendah anak anak igian. Dengan pakcik yang suka menyakat budak kecik ataupun anak dara orang..sekali sekala seronok dengan helai ketawa dan tangisan budak budak sebab bila mereka balik..rumah sunyi kembali. and i hate that kinda feeling . Thanks to merlyn, pia, asmah, linie, arwina, cik julie, adila dan ezyane kerana sudi hadir ke teratak makcik. here i leave you with this recipe , kalau senang try lah cuba something different untuk meraikan tetamu di rumah anda semua.



Bahan-bahan untuk bancuhan:
340g tepung beras
80g tepung ubi (tapioca)
500ml santan
500ml air
1 sudu kecil garam (secukup rasa anda)
1 Sudu besar serbuk lada putih
1 sudu (atau 1 packet kecil) serbuk stok ayam

Bahan-bahan lain:

700g Keladi, dibuang kulit dan dipotong dadu - rebus empuk tapi jangan terlalu lembik. Bila hampir empuk masukkan sedikit garam untuk rasa buah keladi yang lebih enak dan lemak. Dah masak toskan airnya dan sejukkan, kemudian di goreng sebentar untuk menjadikan permukaan keladi agak garing

200g Udang kering, direndam dlm air dan toskan – blend kasar (separuh untuk dimasukkan kedalam adunan kuih dan separuh untuk di tabor atas permukaan kueh – kesemua udang yang telah di blend ini digoreng garing ( tanda elok masak ialah bila udang kering yang di goreng berbau wangi)

10 biji bawang merah, dimayang halus dan di goreng garing dalam minyak yang panas (boleh gunakan bawang goreng yang sudah siap sedia jika penyakit malas melanda

4 sudu besar minyak masak

Untuk hiasan/Taburan atas permukaan kuih
~3 biji cili merah dibuang biji dan di hiris halus (untuk taburan di permukaan kueh)
~Daun sup /daun bawang di hiris halus untuk hiasan/taburan
~lobak masin halus – cuci bersih toskan dan di goreng dengan sedikit minyak bersama udang kering untuk di taburkan diatas permukaan kueh

Cara-cara
1.Masukkan semua bahan-bahan untuk bancuhan ke dalam mangkuk besar. Kacau sehingga rata dan ketepikan.

2.Panaskan minyak dalam kuali, goreng keladi sehingga permukaan menjadi keras. Keluarkan dan diketepikan.

3.Masukkan bancuhan tepung yang telah di kacau rata kedalam periuk/kuali bersama keladi yang telah di goreng garing bersama separuh udang kering yang telah di goreng kacau.

4.kacau sehingga rata dan bancuhan tadi menjadi pekat.

5.Keluarkan adunan yang telah pekat dari periuk /kuali dan masukkan ke dalam acuan yang telah di lenser dengan sedikit minyak makan dan rata-ratakan permukaan. kukus kuih selama 20 minute. taburkan permukaan nya dengan lobak masin dan udang kering bersama cili yang telah di hiris halus. kukus lagi selama 10 – 15 minute .

6.sudah masak tutup api dan taburkan dengan daun sup/daun bawang .

nota kakiku:

- kueh ini pun sedap kalau setelah masak (tanpa bahan hiasan) – sejuk dan di potong 1 inci tebal – salut dengan tepung gandum dan goreng dengan sedikit minyak sehingga garing menggunakan non stick pan pastu makan dengan cili sos..

2 comments:

Unknown said...

Thanks Marla for the recipe
sambil baca entry airmata berlinang sebab sedih hilang tempat lepak...
jangan lupa kat I tau!

marla said...

cekjah semoga kita berjumpa lagi. Insyallah. Akan ku ingat persahabatan unik kita. Jangan lupa kita juga yek.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...