Wednesday, October 19, 2011

HARI MANIS SEDUNIA

cemas tak u ols kalau hari ini makcik kerja keras kat dapur..

satu perkara yang seronok bila duduk di kampung senang nak dapat bahan asas..kebetulan mak ada kebun sayur ~ tempat dia bersenam kata nya. semalam dia bawa balik keladi..of course hari ini lauk makcik berunsurkan keladi. memula makcik buat Kuih keladi. Yang ini versi lembut ...al maklum lah kan nak bagi mak makan kena yang lembut lembut..so tambahan 200gm air dari resipi  yang makcik pernah tempek dulu.


 photo f76c76d3_zps6ac6ce9a.jpg
dapat 2 loyang bulat.. satu loyang letak daun sup dan yang kat bawah ini makcik buat goreng. lepas di kukus..sejukkan dan kemudian di goreng dengan sedikit minyak ~ ala ala kita masak kepingan burger.. dah garing..makan dengan cili sos..

 photo 645f04ac_zpsdb7cabfc.jpg
sementara tunggu kuih keladi dalam kukusan , makcik panggang ayam..masak simple jer, just taruh madu , garam, kicap, lada sulah ..perapkan sekurang kurangnya 2 jam. yang ini makcik dah sedia awal sebelum acara keladi.

 photo ee1382c2_zps5a4dbf9d.jpg

Tart ini pula makcik adun  lepas abis buat ayam panggang.. bahan nyer simple jer kan.. esok anak anak excited nak bawa ke sekolah

 photo 64f3eb8f_zps238d7d84.jpg
 photo e7e4404e_zps73c81970.jpg Yang ada kiwi ini hasil kerja makcik hari ini..

Resipi dan sumber di bawah ini di ambil dari blogger lain. Credit kepada usaha empunya blog.
Resipi dan gambar kat bawah ADALAH HASIL USAHA  DARI BLOG LAIN. credit pada INTAN KITCHEN. Makcik copy paste untuk rujukan di masa akan datang. Minta Halal.
Sebelum kita buat Cheese tart kita sediakan dulu bahan2 tu buat Shell atau crust dia dulu

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.


Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.


Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan  pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.

                                                                 250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.


Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.


Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.



  1. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  2. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  3. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.

Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah.

Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese.


atau resipi dari MAT GEBU. makcik COPY PASTE dari blog mat gebu..mudah mudahan boleh membantu kan dalam kesulitan tuk membuat tart ini. minta halal iyer mat.
Bahan Untuk Pastri:-


125 g mentega sejuk, didadu kecil
40 g gula aising
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
220 g tepung halus (mat guna tepung gandum)
1 camca teh esen vanilla

Bahan Inti:-
250 g cream cheese, pada suhu bilik
60 g gula halus (caster sugar)
20 g mentega
100 ml whipping cream
1 biji lemon, parut kulitnya
1 biji telur gred A
Blueberry filling secukupnya

cara membuatnya:-
1.UNTUK KULIT TAT:- Satukan tepung dan gula aising, gaul rata. Masukkan mentega dan esen vanilla, gaul ramas menggunakan hujung jari hingga adunan berupa serbuk roti, masukkan telur sedikit demi sedikit sambil diadun hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dimangkuk. Bulat2kan doh, balut dengan plastic cling, leperkan sedikit dan dinginkan 20 minit. Keluar dan doh dari peti sejuk, canai doh antara 2 keping plastik setebal 0.3 cm dan lebarnya biar melebihi acuan tat. Buka satu lapisan plastik tadi dan terbalikkan doh ke dalam acuan tat, kemaskan bahagian dalam dan tepinya. Tanggalkan plastik yang satu lagi tadi, kemaskan lebihan doh. Cucuk permukaan doh dengan garfu dan letakkan aluminium foil atasnya. Isi dgn benda berat (mat letak kacang soya) sehingga penuh. Bakar dalam oven pasa suhu 175C selama 15 minit. Kemudian, angkat keluar aluminium foil bersama2 kekacang tadi dan bakar lagi 5 minit. Bila nampak sedikit perang, boleh keluarkan dari oven.

2.UNTUK INTI:- Pukul semua bahan2 untuk inti kecuali blueberry, hingga licin dan tidak berbintil2. Ketepikan.

3.UNTUK TAT:- Tuang inti cream cheese ke dalam kulit tat yg telah dibakar tadi, sudu kan blueberry filling atas cream cheese, buat beberapa bahagian, gunakan pisau atau chostick, lorekkan supaya menjadi bentul seakan2 marble. Bakar kembali pada suhu 150c selama 10 - 15 minit atau hingga keju keras bila disentuh. Biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong untuk hidangan minum petang....

Ini pula resipi Fruit Tart  MAT GEBU
Bahan-Bahannya :-)

1 bahagian sweet pastry (boleh rujuk sini)
Pastry cream (resipi di bawah)
Coklat cair secukupnya
strawberry*
Blueberry*
Kiwi*
Apricot dalam tin*(*antara buah2an yang boleh digunakan)
Sedikit piping jelly jernih utk mengglis tart

Bahan Pastry Cream :-)
300 g susu segar (panaskan hingga suam)
3 kuning telur
50 g gula halus
20 g tepung gandum*
20 g tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
1 1/2 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega

Cara membuatnya :-)

1.UNTUK KULIT TAT :- Ambil sedikit doh, tekan dalam acuan tat pilihan hingga setebal 2 - 3 mm. Buat hingga siap, cucuk2 permukaannya dengan garfu dan bakar 10 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C. Keluarkan dari oven, asingkan kulit tat dari acuan dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.

2.UNTUK PASTRY CREAM :- Satukan kuning telur dan gula, kacau dengan whisk hingga gula hancur, tuang sedikit susu suam, kacau cepat hingga bersatu, dan tuang lebihan susu suam dan kacau hingga rata. Tuang bancuhan tadi dalam tepung dan kacau hingga sebati dan licin. Tuang dalam bekas tahan panas dan masak atas air mendidih (secara bain-marie) sambil terus mengacau hingga pekat. Alihkan bekas, masukkan mentega dan esen vanila, kacau hingga semua sebati dan bersatu. Masukkan pastry cream tadi dalam bekas bertutup dan tutup masa panas2 untuk mengelakkan pastry cream keras bahagian atasnya.

3.UNTUK FRUIT TART :- Ambil satu kulit tat, sudukan sedikit coklat cair. Ratakan, buat hingga habis, masukkan dalam peti sejuk 1 - 2 minit, untuk mempercepatkan coklat keras. Masukkan pastry cream dalam piping beg yang dipasang muncung bintang, picit pastry cream ke dalam setiap kulit tat (seperti dalam gambar diatas). Buat hingga siap. Hias dengan buah2an kegemran, sapu dengan sedikit piping gel untuk mengilatkan tat. Boleh dihidangkan...


nak tunggu shell tart sejuk makcik buat pavlova.

PAVLOVA in the making

Ini pon terpegaruh dengan gambar yang kat interaksi gossip. ruper nya senang jer nak membuat nya..yang penting api oven kena paling minima..dengan suhu api yang rendah akan membuat pavlova kita menjadi seperti yang di kehendaki. resipi ini plak makcik amik dari blog rima.. credit rima of Bisou Atoi untuk resipi pavlova ..(minta halal rima semoga dapat di panjangkan lagi amalan murni ini )
 photo 66d3e47e_zpsacd9bdf5.jpg
Ingredients for the passion fruit sauce

150 gm passion fruit flesh
50 gm granulated sugar
20 gm water
2 gm cornflour

To make the Passion Fruit Sauce, in a small saucepan, place the passion fruit flesh, water, sugar and cornflour, well mixed. Cook over a low heat until the sugar dissolved. Bring the sauce to the boil, stirring occasionally, then cover the pan and remove from the heat. Let cool and chill for 1-2 hours until cold.

Ingredients
150ml eggwhite (approximately 4 eggs)
1 cup (220g) caster (superfine) sugar
2 tbsp cornflour (cornstarch), sifted
2 tsp white vinegar
1/2 tsp vanilla extract (if u wish to hv a white Pavlova .. omit vanilla ok)
1 cup (250ml) single (pouring) cream
1/2 cup passionfruit pulp (approximately 4 passionfruit)
250g strawberries, hulled and halved
(I used strawberries, raspberries, blueberries and mangoes)

Method

Preheat oven to 150°C (300°F). Place the eggwhite in the bowl of an electric mixer and whisk until stiff peaks form. Gradually add the sugar, whisking well, until the mixture is stiff and glossy.
Add the cornflour and vinegar and whisk until just combined. Shape the mixture into an 18cm round on a baking tray lined with non-stick baking paper. Reduce oven to 120°C (250°F) and bake for 1 hour 20 minutes. Turn the oven off and allow the pavlova to cool completely in the oven. Whisk the cream until soft peaks form. Spread over the Pavlova, top with passionfruit and strawberries and serve immediately. Serves 8–10.

OR

Line a baking sheet with non-stick baking paper. Use a 6cm diameter cake ring to outline 18 circles and turn the baking paper over (so the meringue does not touch the pencil marks. Spoon the egg white mixture into a piping bag fitted with No. 9 nozzle. Pipe 18 swirls following the outlines on the marked paper. Pipe flowers along edges of swirls on to each meringue..
Note:
* You’ll know when the meringue is stiff and glossy because the mixture will have tripled in volume and stands up when the beaters are lifted.
* The low heat puffs up the meringue while the long cooking time dries it out to give you a lovely crisp shell.
* Store your pavlova, undressed, in an airtight container at room temperature for up to 5 days.

makcik tak ikut bab buah buahan sebab kat sini susah nak dapat stock. so kena guna buah yang ada depan mata sajer

sedia nak masuk oven - PERINGATAN : API OVEN YANG RENDAH SUHUNYA
 photo 3e1a2c6c_zps3173cf58.jpg

 photo 20bcf51b_zps9e55f96e.jpg
 


 photo 4df3249c_zpsdb494c9b.jpg
yang ini makcik letak tomato cherry. tomato ini agak manis rasanya.. combination of masam masam manis
 photo 3b4078cf_zps24122153.jpg
Pada makcik memang sukses lah..ada spongy yang bila kita gigit rasa mashmallow,  hari ini memang mencicip pavlova jer..dah sekarang gula dalam badan pon naik mencanak canak. 
 
yeah...so anak anak bawa bekalan tart dan pavlova.

3 comments:

mohammad said...

salam ziarah

Rin said...

kak marla... saya nak belajar buat tart tu... mekasih kongsi resepi!

Makcik Kerabu said...

Mohammad: Terima kasih sudi singgah. Mat gebu ker nih?

Pia: ambil jer . nampak menjadi tart tu..and nampak sedap. actually teringat ur potluck tart tu yang akak buat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...