Alhamdulilah. Its good to be back. Dapat Tidur di katil sendiri , dapat cium bau bilik yang lama di rindu, dapat berbantal kan bantal busuk dan ianya tetap wangi di hidung makcik.....dan makcik tetap lena di buai mimpi. Paling seronok jumpa mak, jumpa bapa dan anak anak. Mak dan bapa Nampak “kecik”, ahhh...mereka sudah jelas kelihatan tua dari kali terakhir makcik berjumpa mereka.
Sampai jer kat rumah Mak masak as usual satu meja penuh, macam lah makcik nih dudok kat Somalia..macam macam lauk ada..gigih sungguh mak masuk dapur dan masak , dari ayam dan daging, dari sayur kampong ke sayur Bandar ..sungguh meriah tapi makcik lebih selera makan cencaluk dan sambal belacan..campur ikan masin dari airtangan mak. {cammana tak naik darah} tengok menu pun huhuhu….makan tak berkhasiat langsung. Itu lah di nama kan masakan ibu …yang biasa biasa sajer itu lah sedap. Sayang kat mak.
Tak banyak sangat yang nak di buat kat rumah, mak dah kemas kan semua.. nasib baik rumah kecik jer dapat lah mak tolong bersih kan itu ini..memandangkan keadaan kesihatan mak tidak lah begitu baik..rasa segan kat mak pun ader tapi itu lah mak, walaupun dah melangkau usia senja mak masih lagi menganggap anak anak nya kecil.
Semalam mak bagi buah rosselle. Hasil dari kebun belakang rumah.. alhamdulilah dapat lah satu basin besar, selepas sedekah dengan jiran depan rumah , lebih nya mak bagi kat makcik tuk buat jus rosselle.
selain jus tentu lah makcik nak buat jem. makcik suka combination masam masam manis. tak suka yang hanya terasa gula.
No comments:
Post a Comment