Red velvet
Kek Red velvet yang jadi bualan orang seantero dunia siber. Ini kali kedua makcik buat kek ini. kali ini makcik menggunakan resipi mantan. And this resipi is the best. rasanya penukaran ke milo tidak menjejaskan rasanya .Pendapat makcik berbanding koko rasa kek velvet menggunakan milo lebih sedap, and i was wondering kalau menggunakan perisa buah roselle akan memberi rasa yang lebih ummphhh. (will kiv untuk mencipta kek red velvet rosselle plak)
Red Velvet Cake (Baldu merah)
sebab tekstur yang gebu macam baldu (RESIPI CREDIT TO MANTAN IG)
Bahan-bahan kek
2 1/2 cawan tepung gandum (tepung kek)
1/2 camca teh garam halus
2 camca besar serbuk koko (NOTA SAYA : ARI TU GUNA SERBUK MILO JER SEBAB SERBUK KOKO TAK ADA DLM STOCK
1/2 cawan mentega tanpa garam, suhu bilik - jangan letak garam kalu guna mentega biasa
2 biji telur saiz besar
1 camca teh esen vanila
1 cawan, lebih kurang 240-250 ml buttermilk (NOTA SAYA: BANCUH SUSU DAN LETAK 2 SUDU MAKAN CUKA PUTIH - BIARKAN 2 - 3 JAM)
2 camca besar pewarna merah
1 camca teh cuka putih
1 camca teh baking soda
Bahan Krim Keju
300 ml (360ml) krim putar
1 tub-200g/250g keju krim, suhu bilik (227g)
250g keju mascarpone, suhu bilik (227g) - boleh pakai keju krim biasa kalau susah nak dapat mascarpone. Mascarpone ni keju krim jugak, tapi italian style.
1 cmt esen vanila
1 cawan gula aising
Cara membuat kek:
1. Leser 2 dulang kek 9-inci yang nipis. Alas dengan kertas.
2. Panaskan oven 175 darjah C lebih kurang 10 minit sebelum membakar.
3. Ayak tepung, garam halus dan serbuk koko. Ketepikan
4. Putar mentega sampai lembut (1-2 minit, boleh lebih kalau mentega keras). Masukkan gula dan putar sampai kembang membuak-buak (betul ke ni? 'fluffy'). Anggaran 2-3 minit. Jangan lupa adunan yang terpercik tu kena kikis la jangan dibiarkan.
5. Masukkan telur satu demi satu. Setiap kali lepas masuk sebiji mesin dulu sampai rata. Dah abih semua telur, kikis adunan tepi-tepi mangkuk tu. Masukkan esen vanila.
6. Campur pewarna merah ke dalam buttermilk. Gunakan kelajuan rendah, masukkan adunan tepung dan buttermilk secara bergilir. Mula-mula masuk buttermilk, tepung pastu buttermilk.
7. Campurkan cuka dan baking soda dalam cawan kecil. Masa campur tu nanti bunyi berdesit-desit la macam buat eksperimen kimia tu. Terus tuang dalam adunan kek.
8. Bahagikan adunan sama rata dalam tin pembakar kek tu. yang ni kena buat cepat-cepat sebab kalau lama-lama takut kesan-kesan soda+cuka+cecair adunan tak berkesan sangat. Ratakan adunan tu guna belakang senduk/sudu.
9. Bakar lebih kurang 25-30 minit, sila cucuk dulu kek tu nak tengok dah masak atau belum.
10. Dah masak, keluarkan kek. Sejukkan lebih kurang 10 minit pastu terus keluarkan daripada tin dan disejukkan. Bila dah sejuk, boleh la balut ngan plastik tutup makanan tu, masukkan dalam peti es untuk memudahkan proses pemotongan nanti.
Cara membuat krim keju
1. Putar kedua-dua keju tu sampai kembang.
2. Masukkan esen vanila dan gula aising.
3. Putar pulak krim putar sampai dapat soft peak. Sendukkan krim ke dalam campuran keju. Kacau dengan teknik 'fold'.
4. Krim sedia untuk disapu, kalau cair sangat masukkan dalam peti es dulu kasi dia keras sikit.
Sesi pemasangan (hahahahaha!)
1. Belah setiap kek jadi dua lapisan. Letakkan salah satu lapisan atas (selalunya dia macam jadi tinggi kan) secara terbalik. Sapu krim frosting.
2. Letak satu lagi lapisan dan sapu krim sampai habih lapisan. Nak bahagikan krim tu, bahagikan 5 bahagian, 3 bahagian untuk 3 lapisan tengah, 2 lagi untuk sapu kat luar.
No comments:
Post a Comment