Friday, February 4, 2011

Kenapa Mesir? Siapa di belakang kejadian di Mesir?

Remaja liberal mahu peranan lebih besar selepas Mubarak undur

KAHERAH: Kumpulan remaja yang melancarkan tunjuk perasaan demokrasi Mesir sejak seminggu lalu melalui laman sosial Facebook dan Twitter berkata generasi muda harus diberi peranan lebih penting dalam menentukan masa depan negara itu selepas Presiden Hosni Mubarak berundur. “Remaja liberal perlu diberi peranan lebih besar kerana kamilah yang memulakan bantahan popular ini, sebelum parti pembangkang lain turut serta,” kata seorang doktor bedah Shadi Ghazali Harb, 32. Ghazali Harb ditahan beberapa bulan lalu dengan beberapa orang lagi aktivis apabila mereka menampal poster mendesak naib presiden Omar Suleiman mengambil alih kepimpinan negara dari Mubarak.

Perjuangan mereka itu mula mendapat sokongan ramai selepas kumpulan itu mendesak rakyat Mesir keluar membantah.

Penganjur tunjuk perasaan itu termasuk Pergerakan 6 April dilancarkan selepas tunjuk perasaan ganas di bandar Mahalla pada 2008, Pergerakan Kebebasan dan Keadilan dan pergerakan yang menyokong tokoh pembangkang dan bekas ketua badan atom Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mohamed ElBaradei.

Satu lagi kumpulan remaja yang terbabit dalam penganjuran tunjuk perasaan besar-besaran itu ialah pergerakan “Kita Semua Khaled Said” yang dinamakan sempena nama seorang remaja berusia 28 tahun yang maut dibelasah polis di tengah-tengah jalan sibuk di Iskandariah.
Kumpulan “Kita Semua Khaled Said” itu mempunyai hampir setengah juta ahli Facebook.

Penganjur tunjuk perasaan itu semalam berjaya menghimpunkan hampir dua juta orang di dataran Tahrir di tengah-tengah Kaherah bagi mendesak Mubarak meletak jawatan.

Tentera yang mengawal dataran itu dan lokasi strategik di Kaherah tidak menghalang orang ramai menghadiri perhimpunan berkenaan.

Ghazali Harb berkata perbincangan sedang diadakan untuk melantik seorang atau sekumpulan untuk mewakili beberapa kumpulan remaja yang terbabit dalam tunjuk perasaan berkenaan bagi mengadakan rundingan dengan kerajaan.

Namun pemimpin kumpulan remaja itu berkata pergerakan mereka tidak akan berunding dengan kerajaan selagi Mubarak tidak berundur.

Beliau berkata tiga nama yang kemungkinan dipilih ialah pemenang anugerah keamanan Nobel Elbaradei: Ahmed Zewail yang juga memenangi hadiah Nobel dalam Kimia pada 1999; dan doktor terkenal Mohamed Ghoneim.

Tunjuk perasaan jalanan yang diadakan di seluruh negara itu sejak lapan hari lalu dengan paling besar semalam sudah menyaksikan sekurang-kurangnya 300 orang terkorban, mengikut anggaran PBB. – AFP

atau adakah ini sebahagian dari pada tanda tanda akhir zaman

ANTARA SEBAHAGIAN NYA :-

Banyaknya berlaku gempa bumi[2]
Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan[2]
Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[2]
“ "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari[2] ”

Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba


Amerika?

By Richard Spencer, and Colin Freeman in Cairo and Alex Spillius in Washington 10:30PM GMT 03 Feb 2011

Mr Mubarak said he wanted to end his reign but would not leave now.

“I am fed up,” he told America’s ABC news channel. “After 62 years in public service I have had enough. I want to go .. if I resign today there will be chaos.”

In a separate broadcast on state television, vice-president Omar Suleiman dramatically set the stage for what is likely to be a decisive confrontation after Friday prayers today. He rejected calls from his Western allies that the transition of power “start now” – a clear hint that they believe President Mubarak should quit immediately.

“The call for leaving is a call for chaos,” Mr Suleiman said. The interventions by the regime’s two leading figures, both former generals, came after the government made several concessions. It promised an inquiry into who organised the attack on protesters in Tahrir Square in the capital on Wednesday. It also ordered that former ministers, including the interior minister Habib al-Adly, have their assets frozen.

But Mr Suleiman went no further. His comments came after President Barack Obama increased the pressure on Mr Mubarak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...