Friday, February 4, 2011
KEK RED VELVET 1
TURN OUT TAK MENGEBUKAN SEPERTI BALDU. WILL TRY AGAIN
Kek Baldu Merah @ Red Velvet
credit to forum cari
1/2 cawan butter @ 113 gm
1 1/2 cawan gula castor @ 250gm
2 biji telur Gred B
1/4 cawan serbuk koko @ 50gm
1 sudu teh coffee emulco
60 gm pewarna merah (aku guna 40 gm cecair, 20 gm serbuk)
2 1/4 cawan tepung gandum @ 300gm
250 ml susu masam/buttermilk
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh distilled white vinegar**
CARA
1. Penyediaan susu masam @ buttermilk : 250 ml susu segar dicampurkan dengan 2 sudu teh white vinegar**. Ketepikan selama 10 minit baru boleh digunakan.
2. Putar butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga gebu.
Serbuk koko, coffee emulco dan pewarna dicampurkan bersama hingga menjadi pes pekat. Masukkan ke dalam adunan telur.
3. Masukkan susu masam tadi ke dalam adunan dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung dan sebatikan.
5. Akhir sekali, masukkan baking soda dan cuka makan (adunan akan berbuih sedikit), segera kacau hingga sebati.
6. Bakar adunan hingga masak pada suhu 160'C.
7. Bila sudah sejuk, hiaskan dengan topping cream cheese atau biasa mengikut kesukaan masing2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment