Thursday, October 27, 2011

kad kawin sudah di edarkan..almaklum lah kan...27 nov depan  nak kawin..tempahan makanan sudah settle, pelamin, baju kawin..semua dah ready..tetiba semalam bakal pengantin lelaki putus kan tak nak kawin. Tak ada alasan munasabah..(meskipun kita orang suspect lelaki nih dah jumpa girl friend baru thru facebook) . haru biru hari ini dan hari ini dan esok dan lusa misi menalipon tetamu yang telah  di undang tuk majlis tak jadi  bulan depan. choiiii sungguh lelaki begini.

aiyoo

hari ini abang plak malas nak kesekolah..semalam si adik cuti sendiri..esok camna plak...
aihhhh ini pra cuti...exam dah abis..buku teks dah antar dan  apa lagi..seribu alasan tak nak ke sekolah ..lebih tepat malas nak bangun pagi...aiyooooo anak makcik.

Bencana banjir di Thailand..ada kah teori thailand akan tengelam beberapa tahun lagi  ~ 2100 akan menjadi kenyataan?  satu lagi disaster yang akan menyumbang kepada melambung nya harga barang. hmmm..Pemanasan Global.. please go  Green.

Wednesday, October 26, 2011

Chenta taik ayam

Mother nature, lepas kawan makcik balik..asyik jer terfikir tentang apa yang terjadi pada dia. Kalau nak di ikut kan gejala social sekarang ini  semakin teruk. Jauh lebih advance dari zaman makcik dulu. Jiran kat depan rumah makcik pun tak abis sekolah..kalau tak silap sangkut form 3. Kawin pun bila dah 3 bulan nak bersalin. Sekarang dah ada dua anak. Jiran makcik tu plak sebab dah rasa malu sangat susah sangat nak tengok dia keluar rumah…even lepak kat luar rumah dah tiada dalam list dia. Tu yang dekat…yang duduk selang beberapa rumah pun camgitu jugak..banyak lagi kisah tak enak dari segelintir komuniti yang duduk kat kawasan makcik..yang kita dengar ..yang minta nasihat itu ini…bukan hanya budak perempuan tetapi budak lelaki juga. Advance sungguh mereka ini …ngeriiii… huhuhu..


Harus makcik macam orang tak siuman do & don’t & follow the rules tuk anak anak kat rumah.. Baik yang lelaki mau pun yang perempuan. bak kata pepatah..lebih senang jaga lembu sekandang dari jaga anak seorang...Yang kat depan kita lain …kat belakang pulak lain.. ini kah anak anak IT anak anak akhir zaman..…astagfirullah al azim.. minta di jauh segala maksiat daripada menghampiri kita, anak anak kita dan keturunan kita. AMIN..

enough about benda tak sihat itu..so ini adalah kek yang makcik siapkan untuk bapa tercinta. Hari ini bapa menyambut harijadi dia yang ke 64. Semoga bapa sentiasa sihat dan di murahkan rezeki yang berlipat ganda dan sentiasa didalam rahmat nya . AMIN. since bapa tak suka makan kek yang ada icing, makcik buatkan dia kek sponge, kek pisang lembut dan juga kek buah kismis bertexstur ringan. Weekend ini insyallah kita akan adakan BBQ tuk birthday boy.






yes of course kek ini senang nak buat..dan sedap....esp tuk orang tua .lagi sedap kalau guna butter..errrr...**.teeettttt**..kan...yang tu dah kat rak non halal.. but then kalau jumpa butter anchor , butter scs...rasa kek ini pon sama mengancam..

Doa

Makcik sedang membaking kek untuk bapa makcik bila seorang kawan bertandang ke rumah. Mengadu masalah dunia..lebih tepat masalah anak nya. Anak perempuan yang masih tergila gila kan seorang lelaki yang pernah meragut daranya. Dah bertahun tahun cerita itu dia simpan seorang diri. Walaupun setiap kali dia berdoa agar dosa dosa itu di ampun kan oleh ALLAH tapi bayangan semua itu mengikuti kawan makcik. Sewaktu kejadian paranormal itu berlaku anak kawan makcik masih underage. Ya ..memang boleh di charge as rogol tapi demi untuk menutup aib, kawan makcik simpan saja cerita itu. Actually banyak cerita yang kawan makcik tu simpan tak terluah katanya.. Kawan makcik telah berjanji bersumpah di hadapan al-quran, jika ‘mereka’ masih berhubung lagi maka kawan makcik tidak lagi menganggap anak dia sebagai anak dia lagi.. malah jika ia berlaku malapetaka akan menimpa mereka sekeluarga. anak perempuan dia berjanji tidak akan berjumpa lelaki itu lagi tapi as time goes by mereka masih berhubung . kawan makcik teramat sedih, dengan janji , sumpah dan juga ‘doa’ yang dia buat sambil memegang al`quran dan dengan nama ALLAH..dia kini terasa di bebani dosa dosa anak dia. Dosa dosa lampau keluarga dia..dan dia takut akan dosa dosa yang akan datang. Tidak tertanggung untuk dia dengan berbagai konflik yang datang bertubi tubi..mungkin kah  ALLAH telah mengalbukan doa dan sumpahan yang telah kawan makcik tu buat!.


Makcik terkedu..kiranya beban kawan makcik itu tak tertanggung walaupun pada pandangan mata kasar ..its nothing atau life must go on.. semoga ALLAH permudahkan segala gala nya untuk dia dan keluarga di dunia dan akhirat. Amin *sigh*

Oh yes….another kawan makcik pun nak kawin mat salleh..semoga allah permudahkan perjalanan hidup dia dan anak anak.

Dan hari ini makcik mendoakan semua kawan kawan makcik baik di alam nyata atau di alam maya..semoga sentiasa ceria, berbahagia, kalau yang dah berumahtangga akan di berikan kebahagiaan yang berpanjangan dan jika belum bertemu jodoh di percepatkan jodohnya. .

Sunday, October 23, 2011

JEMPUT PISANG

weekend yang tak di rancang.. kawan kawan "fondant" makcik datang lepaking..and kebetulan ada pisang yang bapa tebang semalam ~ masak kat pokok..dan kebetulan mengidam nak makan jemput pisang..dan rezeki yang datang..kak ina  panggilan makcik pada tukang masak seorang ini..dengan rela paksa buat jemput pisang kat dapur tak semengah makcik.

 photo aef45ae9_zps765264c1.jpg
then kita orang minum petang kat luar..sambil sambil kak bibi mengunting rambut kak ina.. hehehe...
 photo 05630473_zpsa5f66b03.jpg
u ols...hari ini baru makcik makan jemput pisang yang sedap

the resipi..

pisang yang dah lalu masak
1 sudu bicarbonate of soda
tepung dalam 2 gelas
sedikit gula
air panas mengelegak

pisang + gula di lenyek sambil hancur. kak ina guna bontot gelas tu melenyek pisang tu..
then masukkan bicarbonate of soda.. then letak tepung ..anggaran 2 gelas ..pastu masuk kan air panas mengelegak..secukup nya.. - anggaran 1 gelas.. tak mau lembik sangat ok..

then goreng..dalam minyak penuh..yang panas..
kena jemput dengan tangan untuk buat ia jadi bebola..then dalam kuali tu kena 'urut' supaya membentuk jadi bulat.

Friday, October 21, 2011

MUKA BUKU

Makcik tak delete sesiapa ok..kalau wandering tu...sebenarnya makcik mendelete diri sendiri. No reason..no isu..just rasa macam  dah jauh jer, but insyallah..u can find me here.. kalau rindu singgah lah kat blog makcik.

still...i love you all ...

Wednesday, October 19, 2011

HARI MANIS SEDUNIA

cemas tak u ols kalau hari ini makcik kerja keras kat dapur..

satu perkara yang seronok bila duduk di kampung senang nak dapat bahan asas..kebetulan mak ada kebun sayur ~ tempat dia bersenam kata nya. semalam dia bawa balik keladi..of course hari ini lauk makcik berunsurkan keladi. memula makcik buat Kuih keladi. Yang ini versi lembut ...al maklum lah kan nak bagi mak makan kena yang lembut lembut..so tambahan 200gm air dari resipi  yang makcik pernah tempek dulu.


 photo f76c76d3_zps6ac6ce9a.jpg
dapat 2 loyang bulat.. satu loyang letak daun sup dan yang kat bawah ini makcik buat goreng. lepas di kukus..sejukkan dan kemudian di goreng dengan sedikit minyak ~ ala ala kita masak kepingan burger.. dah garing..makan dengan cili sos..

 photo 645f04ac_zpsdb7cabfc.jpg
sementara tunggu kuih keladi dalam kukusan , makcik panggang ayam..masak simple jer, just taruh madu , garam, kicap, lada sulah ..perapkan sekurang kurangnya 2 jam. yang ini makcik dah sedia awal sebelum acara keladi.

 photo ee1382c2_zps5a4dbf9d.jpg

Tart ini pula makcik adun  lepas abis buat ayam panggang.. bahan nyer simple jer kan.. esok anak anak excited nak bawa ke sekolah

 photo 64f3eb8f_zps238d7d84.jpg
 photo e7e4404e_zps73c81970.jpg Yang ada kiwi ini hasil kerja makcik hari ini..

Resipi dan sumber di bawah ini di ambil dari blogger lain. Credit kepada usaha empunya blog.
Resipi dan gambar kat bawah ADALAH HASIL USAHA  DARI BLOG LAIN. credit pada INTAN KITCHEN. Makcik copy paste untuk rujukan di masa akan datang. Minta Halal.
Sebelum kita buat Cheese tart kita sediakan dulu bahan2 tu buat Shell atau crust dia dulu

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.


Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.


Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan  pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.

                                                                 250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.


Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.


Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.



  1. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  2. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  3. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.

Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah.

Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese.


atau resipi dari MAT GEBU. makcik COPY PASTE dari blog mat gebu..mudah mudahan boleh membantu kan dalam kesulitan tuk membuat tart ini. minta halal iyer mat.
Bahan Untuk Pastri:-


125 g mentega sejuk, didadu kecil
40 g gula aising
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
220 g tepung halus (mat guna tepung gandum)
1 camca teh esen vanilla

Bahan Inti:-
250 g cream cheese, pada suhu bilik
60 g gula halus (caster sugar)
20 g mentega
100 ml whipping cream
1 biji lemon, parut kulitnya
1 biji telur gred A
Blueberry filling secukupnya

cara membuatnya:-
1.UNTUK KULIT TAT:- Satukan tepung dan gula aising, gaul rata. Masukkan mentega dan esen vanilla, gaul ramas menggunakan hujung jari hingga adunan berupa serbuk roti, masukkan telur sedikit demi sedikit sambil diadun hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dimangkuk. Bulat2kan doh, balut dengan plastic cling, leperkan sedikit dan dinginkan 20 minit. Keluar dan doh dari peti sejuk, canai doh antara 2 keping plastik setebal 0.3 cm dan lebarnya biar melebihi acuan tat. Buka satu lapisan plastik tadi dan terbalikkan doh ke dalam acuan tat, kemaskan bahagian dalam dan tepinya. Tanggalkan plastik yang satu lagi tadi, kemaskan lebihan doh. Cucuk permukaan doh dengan garfu dan letakkan aluminium foil atasnya. Isi dgn benda berat (mat letak kacang soya) sehingga penuh. Bakar dalam oven pasa suhu 175C selama 15 minit. Kemudian, angkat keluar aluminium foil bersama2 kekacang tadi dan bakar lagi 5 minit. Bila nampak sedikit perang, boleh keluarkan dari oven.

2.UNTUK INTI:- Pukul semua bahan2 untuk inti kecuali blueberry, hingga licin dan tidak berbintil2. Ketepikan.

3.UNTUK TAT:- Tuang inti cream cheese ke dalam kulit tat yg telah dibakar tadi, sudu kan blueberry filling atas cream cheese, buat beberapa bahagian, gunakan pisau atau chostick, lorekkan supaya menjadi bentul seakan2 marble. Bakar kembali pada suhu 150c selama 10 - 15 minit atau hingga keju keras bila disentuh. Biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong untuk hidangan minum petang....

Ini pula resipi Fruit Tart  MAT GEBU
Bahan-Bahannya :-)

1 bahagian sweet pastry (boleh rujuk sini)
Pastry cream (resipi di bawah)
Coklat cair secukupnya
strawberry*
Blueberry*
Kiwi*
Apricot dalam tin*(*antara buah2an yang boleh digunakan)
Sedikit piping jelly jernih utk mengglis tart

Bahan Pastry Cream :-)
300 g susu segar (panaskan hingga suam)
3 kuning telur
50 g gula halus
20 g tepung gandum*
20 g tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
1 1/2 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega

Cara membuatnya :-)

1.UNTUK KULIT TAT :- Ambil sedikit doh, tekan dalam acuan tat pilihan hingga setebal 2 - 3 mm. Buat hingga siap, cucuk2 permukaannya dengan garfu dan bakar 10 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C. Keluarkan dari oven, asingkan kulit tat dari acuan dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.

2.UNTUK PASTRY CREAM :- Satukan kuning telur dan gula, kacau dengan whisk hingga gula hancur, tuang sedikit susu suam, kacau cepat hingga bersatu, dan tuang lebihan susu suam dan kacau hingga rata. Tuang bancuhan tadi dalam tepung dan kacau hingga sebati dan licin. Tuang dalam bekas tahan panas dan masak atas air mendidih (secara bain-marie) sambil terus mengacau hingga pekat. Alihkan bekas, masukkan mentega dan esen vanila, kacau hingga semua sebati dan bersatu. Masukkan pastry cream tadi dalam bekas bertutup dan tutup masa panas2 untuk mengelakkan pastry cream keras bahagian atasnya.

3.UNTUK FRUIT TART :- Ambil satu kulit tat, sudukan sedikit coklat cair. Ratakan, buat hingga habis, masukkan dalam peti sejuk 1 - 2 minit, untuk mempercepatkan coklat keras. Masukkan pastry cream dalam piping beg yang dipasang muncung bintang, picit pastry cream ke dalam setiap kulit tat (seperti dalam gambar diatas). Buat hingga siap. Hias dengan buah2an kegemran, sapu dengan sedikit piping gel untuk mengilatkan tat. Boleh dihidangkan...


nak tunggu shell tart sejuk makcik buat pavlova.

PAVLOVA in the making

Ini pon terpegaruh dengan gambar yang kat interaksi gossip. ruper nya senang jer nak membuat nya..yang penting api oven kena paling minima..dengan suhu api yang rendah akan membuat pavlova kita menjadi seperti yang di kehendaki. resipi ini plak makcik amik dari blog rima.. credit rima of Bisou Atoi untuk resipi pavlova ..(minta halal rima semoga dapat di panjangkan lagi amalan murni ini )
 photo 66d3e47e_zpsacd9bdf5.jpg
Ingredients for the passion fruit sauce

150 gm passion fruit flesh
50 gm granulated sugar
20 gm water
2 gm cornflour

To make the Passion Fruit Sauce, in a small saucepan, place the passion fruit flesh, water, sugar and cornflour, well mixed. Cook over a low heat until the sugar dissolved. Bring the sauce to the boil, stirring occasionally, then cover the pan and remove from the heat. Let cool and chill for 1-2 hours until cold.

Ingredients
150ml eggwhite (approximately 4 eggs)
1 cup (220g) caster (superfine) sugar
2 tbsp cornflour (cornstarch), sifted
2 tsp white vinegar
1/2 tsp vanilla extract (if u wish to hv a white Pavlova .. omit vanilla ok)
1 cup (250ml) single (pouring) cream
1/2 cup passionfruit pulp (approximately 4 passionfruit)
250g strawberries, hulled and halved
(I used strawberries, raspberries, blueberries and mangoes)

Method

Preheat oven to 150°C (300°F). Place the eggwhite in the bowl of an electric mixer and whisk until stiff peaks form. Gradually add the sugar, whisking well, until the mixture is stiff and glossy.
Add the cornflour and vinegar and whisk until just combined. Shape the mixture into an 18cm round on a baking tray lined with non-stick baking paper. Reduce oven to 120°C (250°F) and bake for 1 hour 20 minutes. Turn the oven off and allow the pavlova to cool completely in the oven. Whisk the cream until soft peaks form. Spread over the Pavlova, top with passionfruit and strawberries and serve immediately. Serves 8–10.

OR

Line a baking sheet with non-stick baking paper. Use a 6cm diameter cake ring to outline 18 circles and turn the baking paper over (so the meringue does not touch the pencil marks. Spoon the egg white mixture into a piping bag fitted with No. 9 nozzle. Pipe 18 swirls following the outlines on the marked paper. Pipe flowers along edges of swirls on to each meringue..
Note:
* You’ll know when the meringue is stiff and glossy because the mixture will have tripled in volume and stands up when the beaters are lifted.
* The low heat puffs up the meringue while the long cooking time dries it out to give you a lovely crisp shell.
* Store your pavlova, undressed, in an airtight container at room temperature for up to 5 days.

makcik tak ikut bab buah buahan sebab kat sini susah nak dapat stock. so kena guna buah yang ada depan mata sajer

sedia nak masuk oven - PERINGATAN : API OVEN YANG RENDAH SUHUNYA
 photo 3e1a2c6c_zps3173cf58.jpg

 photo 20bcf51b_zps9e55f96e.jpg
 


 photo 4df3249c_zpsdb494c9b.jpg
yang ini makcik letak tomato cherry. tomato ini agak manis rasanya.. combination of masam masam manis
 photo 3b4078cf_zps24122153.jpg
Pada makcik memang sukses lah..ada spongy yang bila kita gigit rasa mashmallow,  hari ini memang mencicip pavlova jer..dah sekarang gula dalam badan pon naik mencanak canak. 
 
yeah...so anak anak bawa bekalan tart dan pavlova.

Tuesday, October 18, 2011

Fobia

phobia [ˈfəʊbɪə]
n
(Psychiatry) Psychiatry an abnormal intense and irrational fear of a given situation, organism, or object
[from Greek phobos fear]
Noun 1. phobia - an anxiety disorder characterized by extreme and irrational fear of simple things or social situations; "phobic disorder is a general term for all phobias

Hari ini kita belajar ayat baru. Makcik kan baru nak  belajar bahasa baku jadi terpaksa lah buka kitab..buka dictionary gitu, kononnya nak lebih memahami  sesuatu perkataan dengan lebih mendalam.
Makcik fobia dengan macam macam hal..fobia kalau harus berdepan dengan benda yang sama berulang kali..fobia dengan orang sekeliling yang akan menyalahkan makcik jika terjadi sesuatu perkara. Fobia kalau kita ikhlas berbuat baik tapi tetap di pandang serong oleh orang.
Dan  makcik.... Sangat sangat. fobia pada  penipuan yang berulang kali.,especially kalau benda yang sama berlaku lagi. Satu kali…2 kali 3 kali..dan untuk seterus nya..minta maaflah..tak kan ku layan lagi..dan tak ada kepercayaan sudah.
Peringatan halus... .untuk kawan..sahabat handai..anak anak atau yang dah di register dengan makcik

stab   (st b)
v. stabbed, stab•bing, stabs
v.tr.
1. To pierce or wound with or as if with a pointed weapon.
2. To plunge (a pointed weapon or instrument) into something.
3. To make a thrusting or poking motion at or into: stabbed the air with his fingers.
v.intr.
1. To thrust with or as if with a pointed weapon: stabbed at the food with her fork.
2. To inflict a wound with or as if with a pointed weapon.
n.
1. A thrust with a pointed weapon or instrument.
2. A wound inflicted with or as if with a pointed weapon.
3. A sudden piercing pain.
4. An attempt; a try: made a stab at the answer.
Idiom:
stab (someone) in the back
To harm (someone) by treachery or betrayal of trust.

Tiada perundingan tiada perbincangan meja bulat bererti kita tidak bermakna apa apa kan pada seseorang itu..nak pinjam duit ker , nak buka buku diary baru ker,  nak karipap karipap chenta ker…tiada minute mesyuarat… tiada memo….makna nya kita bukan lah orang penting dalam carta organisasi..kalau dah lagu itu baik dok senyap senyap ..Cuma kalau kita bukan   orang penting  itu lagi…pandai pandai lah ambil langkah seterusnya.  Iye tak cek  jah oii.
rasa rasanya ayat kat atas menerangkan scenerio yang terjadi tak?

Sunday, October 16, 2011

And that how it ended!



Its my failure!!. Unappreciated is something I struggled with for many  years....long time eventhough i try to ignored the surrounding. I finally got the answer to this. Yes,  It took me a while to understand the situation though all the ignorance and what so called .."ada aku kesah"...but the isu is about how i felt... being unwanted by the people i loved and cared is the most terrible feeling.
Sadly the hardest part of it is having to wake up realizing  this relationship is like a broken mirror.
 it’s better to leave them broken than try to hurt myself putting it back together.

Dear ALLAH, tabah kan hati hati yang lara dan terluka. Kuat kan Iman kami. AMIN

Saturday, October 15, 2011

RINDU



Lunch and  outing dengan kawan kawan fonen makcik. seronok. yang tak seronok komentar mereka yang pedas  ..yeah...makcik mengaku dah subur..menghijau macam sayur sayuran...pipi dah tembam...badan dah berisi....isi montok taw...kan...ok ok makcik kena diet..dah lama tak masuk dapur..hari ini jer makcik masak sebab bapa dah dok membebel...konon kesian anak anak...alaaa..bapa tu memang rindu nak rasa masakan makcik ..tu yang dia dok membebel...
oh ya...terjumpa orang itu..kali pertama terserempak...masa tu memang makcik  hias hias...kaler kaler touch up sikit..dia kata..wahh...lama tak nampak ..masih cam dulu..cantek ...idak ler kembang hidung...takat bunga bunga orkid keluar kat kepala adalah...tu ler yang makcik rasa....terserempak kali kedua..dalam keselekehan tanpa touch up...tego juga....wahhh...u look cute..jom gie minum...nak mampus ker harus kontroversi satu bandar...keh keh keh...aparaa...nak mengorat makcik yang dah nak senja nih...
pk punya pk...y sekarang macam senang jer terserempak ngan dia...dia dah dok balik kat sini ker..hmmmm...yeahh..dalam hati ada taman..

Tuesday, October 11, 2011

..

mood tsunami. pagi pagi antar budak sekolah selalu jer lewat..si dillah selalu buat hal dengan langkah gemersik gemalai.. dah di kejut kol 5.30pagi..masih juga lewat. rupernya dok dalam bilik mandi dengan air di buka..dan dia sambung tido..buleh?? kesian kat adik dia..tak berani nak cakap apa..dok senyap jer..

si puteri lilin plak...errrrrrrrr...kejap begini kejap begitu..penin penin, pakcik plak..sedang bermain api..and the list goes on..
tak puas hati betul..

Saturday, October 8, 2011

Grrrrr

hari yang sebu. adik kesayangan ku break the news..nak kahwin..confirm.. huh..jap jap....nak kawin dengan bekas tunang yang pernah lari ikut jantan lain. We all terkedu. then tanya my bapa..dengan ayat..pak..kalau nak kawin 30 ribu cukup tak? huh...ingat ini kl ker . hello ini kampung..15 ribu dah lebih dari cukup. 30k to spend on wedding kat sini tak berbaloi..yalah..memang barang dah mahal tapi that 30k too much. memang dia dah rancang kan semua ini..sempat tengok list..16 dulang untuk hantaran, ipad, camera, blackberry or samsung tab, gelang tangan, gelang kaki, rantai..bla bla bla...cis...perempuan tu kan...betul betul lah nak kena kan adik makcik. mak cakap wedding tu buat jer lah kat rumah tapi dah nekad nak buat kat hotel dengan alasan tak nak susah kan adik beradik. Tak nak susah kan kita ker sebab nak 'menunjuk' ...suka suka jer dia..ingat dia tu artis ker..abis lah adik ku lepas ini..kena queen control.  . oh lupa..kentut masih bau wangi. choiiii sungguh..

Friday, October 7, 2011

ROSELLE

Alhamdulilah. Its good to be back. Dapat Tidur di katil sendiri , dapat cium bau bilik yang lama di rindu,  dapat berbantal kan bantal busuk dan ianya  tetap wangi di hidung makcik.....dan makcik  tetap lena di buai mimpi. Paling seronok jumpa mak, jumpa bapa dan anak anak. Mak dan bapa Nampak “kecik”, ahhh...mereka sudah  jelas kelihatan  tua dari kali terakhir makcik berjumpa mereka.

Sampai jer kat rumah Mak masak as usual satu meja penuh, macam lah makcik nih dudok kat Somalia..macam macam lauk ada..gigih sungguh mak masuk dapur dan masak , dari ayam dan daging, dari sayur kampong ke sayur Bandar ..sungguh meriah tapi makcik lebih selera makan cencaluk dan sambal belacan..campur ikan masin dari airtangan mak. {cammana tak naik darah} tengok menu pun huhuhu….makan tak berkhasiat langsung. Itu lah di nama kan masakan ibu …yang biasa biasa sajer itu lah sedap. Sayang kat mak.
Tak banyak sangat yang nak di buat kat rumah, mak dah kemas kan semua.. nasib baik rumah kecik jer dapat lah mak tolong bersih kan itu ini..memandangkan keadaan kesihatan mak tidak lah begitu baik..rasa segan kat mak pun ader tapi itu lah mak, walaupun dah melangkau usia senja mak masih lagi menganggap anak anak nya kecil.

Semalam mak bagi buah rosselle. Hasil dari kebun belakang rumah.. alhamdulilah dapat lah satu basin besar, selepas sedekah dengan jiran depan rumah , lebih nya mak bagi kat makcik tuk buat jus rosselle.





selain jus tentu lah makcik nak buat jem. makcik suka combination masam masam manis. tak suka yang hanya terasa gula.

Monday, October 3, 2011

TERINGIN

Hoojab Tutorial: Earring, Glasses & Stethoscope Friendly



bila makcik kata teringin nak berfesyen macam video di atas tu, tak sangka pula adila "take note" dengan kata bual makcik. Kalau camgini harus lah makcik kata mengidam itu dan ini...hahahaa ..harus pengsan kan . thanks so much adila for the cute earing..terharu sungguh kita.


Juga nak ucap terimakasih pada PB yang sangat baik dengan makcik. Belanja makcik ke hulu kehilir sampai makcik naik segan..semoga kebaikan berlandaskan keikhlasan sentiasa mengalir dengan pahala yang berpanjangan. AMIN.

Sunday, October 2, 2011

KUIH KELADI BERLAUK

Sabtu 01st October 2011, makcik buat potluck kat rumah. Makcik suka acara berkumpul nih , makan makan dan beramas mesra. Maybe kerana kerap sendirian berdua duaan kat rumah so sekali sekali acara beramai ramai ni membuat makcik excited..terlebih gula dalam badan gitu. Tapi minggu nih minggu jiwa kacau. Dari sibuk bershopping dan kemudian dapat tau forum tempat lepak macam tak boleh di selamatkan lagi walaupun makcik berharap agar satu hari ianya akan diwujudkan semula..sungguh buat hari makcik mendung. macam kehilangan , pening kepala, tertekan, sedih..memang jiwa kacau betul. kebetulan hari yang sama seperti hari hari jiwa kacau makcik masuk dapur tuk buat kek tapi hari tersebut dengan kek kek sekali jiwa kacau. Tak menepati keinginan makcik. tak menepati perasaan makcik yang penuh kasih sayang. tak menepati rasa sepenuh hati makcik . hmmmmm..nak kata hanya yang selalu masuk dapur jer yang tau perasaan makcik ketika itu. sedih taw..btw the potluck gathering was great..borak borak makan makan dengan riuh rendah anak anak igian. Dengan pakcik yang suka menyakat budak kecik ataupun anak dara orang..sekali sekala seronok dengan helai ketawa dan tangisan budak budak sebab bila mereka balik..rumah sunyi kembali. and i hate that kinda feeling . Thanks to merlyn, pia, asmah, linie, arwina, cik julie, adila dan ezyane kerana sudi hadir ke teratak makcik. here i leave you with this recipe , kalau senang try lah cuba something different untuk meraikan tetamu di rumah anda semua.



Bahan-bahan untuk bancuhan:
340g tepung beras
80g tepung ubi (tapioca)
500ml santan
500ml air
1 sudu kecil garam (secukup rasa anda)
1 Sudu besar serbuk lada putih
1 sudu (atau 1 packet kecil) serbuk stok ayam

Bahan-bahan lain:

700g Keladi, dibuang kulit dan dipotong dadu - rebus empuk tapi jangan terlalu lembik. Bila hampir empuk masukkan sedikit garam untuk rasa buah keladi yang lebih enak dan lemak. Dah masak toskan airnya dan sejukkan, kemudian di goreng sebentar untuk menjadikan permukaan keladi agak garing

200g Udang kering, direndam dlm air dan toskan – blend kasar (separuh untuk dimasukkan kedalam adunan kuih dan separuh untuk di tabor atas permukaan kueh – kesemua udang yang telah di blend ini digoreng garing ( tanda elok masak ialah bila udang kering yang di goreng berbau wangi)

10 biji bawang merah, dimayang halus dan di goreng garing dalam minyak yang panas (boleh gunakan bawang goreng yang sudah siap sedia jika penyakit malas melanda

4 sudu besar minyak masak

Untuk hiasan/Taburan atas permukaan kuih
~3 biji cili merah dibuang biji dan di hiris halus (untuk taburan di permukaan kueh)
~Daun sup /daun bawang di hiris halus untuk hiasan/taburan
~lobak masin halus – cuci bersih toskan dan di goreng dengan sedikit minyak bersama udang kering untuk di taburkan diatas permukaan kueh

Cara-cara
1.Masukkan semua bahan-bahan untuk bancuhan ke dalam mangkuk besar. Kacau sehingga rata dan ketepikan.

2.Panaskan minyak dalam kuali, goreng keladi sehingga permukaan menjadi keras. Keluarkan dan diketepikan.

3.Masukkan bancuhan tepung yang telah di kacau rata kedalam periuk/kuali bersama keladi yang telah di goreng garing bersama separuh udang kering yang telah di goreng kacau.

4.kacau sehingga rata dan bancuhan tadi menjadi pekat.

5.Keluarkan adunan yang telah pekat dari periuk /kuali dan masukkan ke dalam acuan yang telah di lenser dengan sedikit minyak makan dan rata-ratakan permukaan. kukus kuih selama 20 minute. taburkan permukaan nya dengan lobak masin dan udang kering bersama cili yang telah di hiris halus. kukus lagi selama 10 – 15 minute .

6.sudah masak tutup api dan taburkan dengan daun sup/daun bawang .

nota kakiku:

- kueh ini pun sedap kalau setelah masak (tanpa bahan hiasan) – sejuk dan di potong 1 inci tebal – salut dengan tepung gandum dan goreng dengan sedikit minyak sehingga garing menggunakan non stick pan pastu makan dengan cili sos..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...