Monday, December 24, 2012

CUCUR CEMPEDAK

cempedak ooooo cempedak  photo IMG_5950_zpsbfaf41c0.jpg makcik nyer faveret nih ~ cucur cempedak. memang sedap kalau dapat buah yang cukup matang isi yang kekuningan dengan rasa yang manis. goreng buat cucur cempedak dan di makan panas panas.
Makan time ujan ker..phewww...

the resipi...alalallala tak kan tak taw pulak kan, cuma bancuh tepung beras dan sedikit tepung gandum, masuk secubit garam  dan air - texture nya macam kita buat bancuhan untuk goreng pisang . sesimple itu jer.

then...jangan buang biji nya iyer. cos biji cempedak ini juga merupakan faveret masa kecil. rebus biji nya dan biarkan ia nya masak sehingga empuk.
 photo IMG_5973_zps5c055374.jpg
letak sedikit garam dalam air rebusan biji cempedak bila biji tu dah start empuk. teringat zaman kecil kecil dulu mak atau nenek makcik akan kumpul biji cempedak ini dan rebus  untuk minum petang. pas makan kudapan ini bersedia lah tuk buang angin..terkentut kentut lepas makan biji cempedak.
itu cerita zaman dulu. sekarang ini budak lahir zaman moden nih tak lalu nak jamah benda camgini.
 
Btw Makcik baru balik dari menghadiri tahlil arwah Ros ke 40 hari. tidak terasa sudah 40 hari arwah ros meninggal kan kami. Nampak kesedihan di mata ibunya, kami hanya dapat mendoakan yang terbaik untuk keluarga arwah Ros. semoga arwah tenang di sana. Mode :( 

Tuesday, December 18, 2012

DURIAN CREPE

Musim durian dah nak abis dah. entry ini dah lama dalam simpanan draft cuma kesibukan  tidak membolehkan makcik mengadap computer. Syukur alhamdulilah musim durian macam durian runtuh jer kat bandar miri. tidak seperti tahun sebelum nya tahun ini musim buah seolah olah pesta yang gah sekali. durian yang berharga seringgit atau 2 ringgit, sesuatu yang jarang di dapati di bandar ini. manggis 3rm sekilo atau rambutan seringgit sekilo. terlalu murah untuk bandar miri. this year makcik simpan stok buah durian didalam freezer, lain lagi dengan tempoyak nya..kira nak makan setahun lah gitu. stok untuk bila rasa teringin kan. nafsu ini bukan boleh percaya sangat. time banyak begini rasa muak lah ..mual lah..cer time tak ada buah..bila teringin tu kalau orang jual berpuluh hengget pon sanggup beli. pheww..
 photo IMG_5807_zps3e84f91b.jpg


makcik kongsi kan resepi ini yang makcik dapat dari melayari internet. tak ingat dari mana makcik dapat tapi the credit goes to her. Terima kasih bebanyak sebab sudi share resipi yang sedap dan lembut ini. makcik copy paste jer..minta halal iyer.

DURIAN CREPE
 photo IMG_5812_zps7fd03903.jpg

Bahan-bahannya:
2 sudu besar tepung pau
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kentang
4 sudu besar tepung naik sendiri
1 1/2 sudu besar gula castor
2 biji kuning telur
1 penutup esen vanila
1/2 tin susu cair
1 sudu kecil garam Air
3 sudu besar mentega yang dicairkan
1 sudu teh pewarna kuning lemon

Bahan Filling:
Isi durian yang telah dibuang biji
1 cawan fresh cream - diputar hingga kental

Cara-caranya:
Masukkan semua bahan tepung dan yang lain kecuali mentega cair dan pewarna ke dalam blender. Tambahkan air sehingga kurang 1 inci untuk penuh blender.
1. Kisar hingga rata. Simpan di dalam peti ais selama sejam. (Saya simpan dengan blender2 sekali.. ) 2. Selepas sejam, keluarkan dan masukkan mentega dan pewarna, kisar sekejap aje hingga rata.
3. Panaskan non-stick pan menggunakan api yang paling perlahan. Masukkan adunan dan lenggangkan kuali supaya crepe tidak terlalu tebal atau terlalu nipis sehingga adunan likat dan biarkan hingga atasnya masak. Tak perlu terbalikkan. (Crepe ini adalah seperti kuih dadar/kuih ketayap yang lembut).
4. Ulang langkah 4 hingga semua adunan tepung habis. Biarkan crepe sejuk.. Bentangkan crepe dengan bahagian yang licin di bawah. Dengan menggunakan plastik piping, pipekan fresh cream di tengah-tengah crepe. Sudukan isi durian di atas fresh cream. Paipkan fresh cream di atas isi durian.
kemudian lipat crepe.  
 photo IMG_5805_zpsc622cc85.jpg
walaupun orang dok berbangga dengan crepe ini secara peribadi makcik idak lah suka sangat durian crepe ini.Untuk yang kononnya nak menguruskan badan cam makcik ini digalakkan jangan makan durian crepe ini. the whipping cream and the durian flesh..gosh we makan lemak lah...

Sunday, December 2, 2012

DEATH BY CHOCOLATE



Camna nak reject kek se moist gini..thank you cik mat gebu.  sedapppp you.

Death By Chocolate Cake                  Credit to Mat Gebu   


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan mentega, dicairkan
3 biji telur, grea A
1 3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1 cawan air panas mendidih
1 cawan susu cair (mat guna jenama "Ideal")
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam

BAHAN GANACHE :-)
300 g coklat masakan*
1 camca teh mentega*
3 - 4 camca besar susu cair*(*satukan dan masak dengan kaedah double-boiler hingga coklat cair, kacau rata dan boleh digunakan)

BAHAN HIASAN :-)
Strawberry secukupnya -
Chocolate curls secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanilla dan putar rata. Masukkan susu, garam dan mentega cair tadi, kacau rata.
2. Masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kaedah kaup balik, hingga sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata, tuang dalam "bundt pan" berukuran 10 inci yang telah dilenser..boleh lihat contoh di sini....
3. Bakar pada suhu 160C selama 50 - 1 jam atau hingga masak. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari tin. Hias dengan chocolate ganache, chocolate curls dan strawberry. Boleh dihidangkan.
4. Nak pesan, jika bakar guna tin aluminiun biasa, alas dasar tin dengan kertas minyak dan sapu dengan sedikit mentega dan bakar suhu pada 175C. Kalau guna tin yang warna hitam, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resipi, 160C...Selamat mencuba!.

Saturday, December 1, 2012

BLACK AND WHITE CHOCOLATE MOUSSE

Hari ini hari pertama dalam bulan december . Sekejap jer rasa dah nak bertukar ke tahun 2013. cepatnya masa berlalu. Btw dah lama mengidam chocolate mousse cake yang lembut berkrim dan lemak gitu. tapi lepas makan kalau rasa lemak tu naik mencanak canak dan tangan mula rasa penat..jangan lah komplain. makcik ambil resipi ini dari pada buku alex goh. One of my favourite chef. Pada makcik dia ini seorang yang sangat dedikasi. resipi dia pun tak susah di follow. cepat jer faham  untuk pelajar slow macam makcik ini.
 photo IMG_5690_zps427a5128.jpg
BLACK AND WHITE CHOCOLATE MOUSSE - ALEX GOH

For the sponge cake
A
5 Egg Yolk
20g sugar
1/2 tsp vanilla essence

B. 5 egg white (pukul sehingga kembang - like meringue, tak faham juga, macam kita nak buat pavlova tu)

C. 120g sugar

D
90g plain flour
20g cocoa powder

E. 60g corn oil

method:-
whip A till light and fluffy
whip B until soft peak, add in ingredient C, continue whipping until stiff
mix the egg white mixture with A until well blended
fold in D. mix until well combined. add in E. mix till well incorporated, pour mixture into a greased and line round mould. bake at 180 C for 30 minutes. remove the cake immediately when baked.
 photo IMG_5696_zpsca454220.jpg
DARK CHOCOLATE MOUSSE
A
50G MILK
1 TSP INSTANT coffee powder (makcik guna coco)

B
20g sugar
1 egg yolk

C
60g dark couverture chocolate (melted) (makcik guna compound jer cos couverture tak ada dalam stock)

D
2 tsp gelatine
30g water

E
140g whipping topping cream

Method
cook ingredient A until its boil. add into B, mix until well blended, continue to cook for 1 minute. add in C. mix till well combined. add in D until well blended. place it over double boiler. cook until gelatine has melted. add it into the above mixture mix until well blended. cool it over ice water to 30C. add in E. mix till well incorporated.

Place 1 layer of cake onto the bottom of the round rind mould. pour some dark chocolate mousse onto the cake top with second later of cake. keep in the fridge for 15 minutes while preparing the white chocolate mousse.

WHITE CHOCOLATE MOUSSE
A
50g milk

B
20g sugar
1 egg yolk

C 60g white couverture chocolate - melted

D
2 tsp gelatine
30g water

E
140g whipping topping cream
 photo IMG_5692_zps15b94036.jpg

cook ingredient A until boils. add into B, mix until well blended. continue to cook for 1 minute. add in C. mix till well combined. mix D until well blended and place it over double boiler. cool until gelatine has melted. add it into the above mixture. mix until well blended. cool it over ice water to 30 C. add in ingredient E. mix until well incorporated,

remove the cake from the fridge and pour the white chocolate mousse on top. keep in the fridge to let it set. unmould and dust with some cocoa powder. decorate with cream rosettes and chocolate shaving.

happy weekend peeps.

Thursday, November 29, 2012

AYAM GORENG BEREMPAH

Makcik frust hari ini sebab nya oven yang di puja puja yang baru di beli di serikin itu buat hal. Oven itu menganti kan oven lama yang dah bertahun tahun berjasa dengan makcik. Masa pergi kat Serikin tu encik suami kata beli lah oven baru yang lama tu leh simpan kat luar . Terpengaruh dengan encik suami yang beria nak menganti kan oven lama tu..rupanya menjadi bala pada makcik. hari ini bingka durian makcik bukan setakat hangus tapi rentung didalam oven. Menangis didalam hati lah makcik. Ini kali ke dua makcik membaking dengan oven baru tu. Suhu dah di tahap terkecil pun bingka makcik boleh rentung. Udah lah misi membaking itu adalah untuk sedekah pada jiran yang akan melangsungkan perkahwinan anak nya.. memang fail misi kali ini. Esok kena masukkan kembali oven lama makcik tu. sungguh penat badan dan minda. Buang waktu dan tenaga..dan yes membazir. Astagfirullah a'l azim.

Malas nak fikir dah. buat penat otak jer.  2 Hari lepas masa ber bbm dengan puteri lilin dia kata dia masak sambal tomato dan makan ikan masin for dinner. yelah kan udah lah berbbm time tengah malam terasa lah jugak perut didalam tu cam bagi signal lapar...errrr lapar ikan masin satu..then terasa cam lama jer udah tak buat sambal tomato.. sebelum tu nih lah teman makcik makan. kalau dah selalu kena paksa makcik untuk teman kan makcik makan dan end of the day dia akan komplen bertapa perut dia dah besar dengan muka yang gebu. tak pa yer nak..tahun depan masuk asrama..kurus lah tu.
 photo 20121127_134235_zps077e4022.jpg
rentetan dari cerita tengahmalam tu maka tengahari nya makcik laksanakan misi takut kempunan itu. alahai makcik nih kan bab makan makan tak nak tangguh tangguh. awal pagi lagi dah makcik bangun tuk gie ke pasar. oraiittt lets see our chicken dulu. kena masak ayam goreng juga sebab time ini makcik sedang jadi baby sitter tuk anak buah makcik yang seramai 4 orang tu tuk sebulan .so kesian ler plak budak budak yang suka makan ayam kan.

Bahannya: Ayam - dipotong ikut suka. *berapa kilo terpulang pada diri masing masing

 Semua bahan di hiris halus dan di blend sekali -
6 batang serai -
3 inci halia
2 inci lengkuas

bawang merah - 10 biji
bawang putih - 8 biji

yang ini tak perlu blend
ketumbar biji - 3 sudu
jintan manis - 1 1/2 sudu 
jintan putih 1 1/2 sudu daun kari - ikut suka hati
 
lepas blender semua bahan tadi perapkan dengan ayam yang telah di potong. gaul kan dengan serbuk lada putih , garam dan aji no moto (jika suka) jika tak suka abaikan. boleh letak 1 kuib pati ayam dan juga sedikit tepung beras - anggaran 3 sudu. (tujuan nya adalah untuk membuang bau hanyir ayam - tak nak letak pon tak pa..masukkan daun kari sekali.  perap kan ayam selama lebih kurang 3 jam. lepas 3 jam tu, toskan air bawang-an tadi 

kemudian goreng lah ayam kita didalam minyak yang banyak dengan api yang sederhana besar. api tak nak besar sangat ok supaya .semua rempah masak elok dan garing. dah rempah garing..ayam pon masak sekali..

tuk ayam yang lembut memandai lah masak tidak terlalu keperangan kerana kalau lama sangat ayam goreng akan jadi keras..sakit gigi nak makan nyer nanti.

Banyak resipi sambal tomato yang boleh dicari kat google atau blogger. Makcik suka cara yang makcik buat ini kerana dulu pembantu makcik suka buat sambal tomato nih. Makcik ikut style dia lah buat tapi kan kekadang air tangan juga lah yang membuat kelainan didalam masakan kita. Lain orang lain caranya kan..makcik nyer cara agak lah senang..dalam senang tu penat juga lah nak menyediakan kan .tapi bila orang makan nya dengan penuh kenikmatan u know...senang jer rasa didalam hati tu.
 photo 20121127_134335_zps0c0ae6dd.jpg

Untuk Sambal Tomato  makcik buat macam ni

2 biji buah tomato - makcik rebus sehingga layu - anggaran macam merebus telor ayam gitu

sedikit belacan
cili padi - 10 biji - di potong kecil
cili hidup merah - 10 biji - di potong kecil
bawang merah - 4 biji - dihiris halus
sedikit ikan bilis

panas kan minyak masak anggaran 3 sudu makan dan tumiskan ikan bilis,  bawang merah , cili dan belacan  sehingga garing dan naik bau. masuk tomato dan pecah pecah sehingga adunan di bercampur sebati, masukkan garam dan gula jika suka sambal yang manis .Angkat sambal tadi dan  hancur hancurkan didalam lesung batu atau nak senang masuk dalam blend selama 1 minit. panas kan kembali sambal kita didalam kuali dan biar merenih selama 2 minit. siap untuk di hidangkan.

sangat sedap dimakan ketika panas bersama tempe dan tahu goreng, jangan tak taw iyer tempe dan ini sangat berkhasiat untuk kita semua..dan according tu errrr adun yang makan tempe tu..muka dia kembali muda dan hensem tu sebab banyak makan tempe.
 photo 20121127_134504_zps93a89f1f.jpg  photo 20121127_134456_zps50f863aa.jpg
yang makan penuh selera camgini lah buat hati makcik kembang kucup..terasa penat lelah semua hilang. Ni lah di nama kan time makan tak henggat lepas kenyang tu mula lah komplen makan berlebihan..dan start salah kan makcik..huhuhu.

 

Monday, November 26, 2012

KEDAI MUKA


 photo face1_zps8091ec2e.jpg

ekceli dah lama dah  mencari produk tuk masalah kulit nih. muka makcik nih jenis yang combination, sebelah T Zone agak berminyak tapi bahagian hidung plak agak kering. payah juga lah kan bila dah agak matang nih. risau lah juga dengan keadaan kulit muka yang tak sekata. semalam makcik terjumpa lah kedai muka ini kat parkson. sungguh makcik tak sedar bila kedai ini wujud kat tempat makcik. Silap besar lah makcik masuk kedai muka tu. Salesgirl yang bijak with good marketing strategy dengan gaya memikat hati pelanggan macam makcik nih...sungguh lah makcik rasa terpukau walaupun sebenarnya kan masuk kedai tu terpikat dengan poster si perempuan korea itu, sungguh the KPOP lah makcik sekarang..errr..cuma verangan sajork sebenarnya kerana sekarang nih asik jer melayan drama korea gituh (kalau ada masa terluang ) oklah  semalam ter Rembat lah night cream dengan rice cleanser dia. macam teruja plak makcik dengan rasa lembut kat pipi tu. tak lari jauh lah dari cik clarin kita atau rasa sedap seperti menempek cik sk11.  lembut lah hingga jejari kita tu sentiasa jer nak merasai pipi kita yang gebu..(walau itu hanya lah perasaan kita sajork)

Dari SK11 yang tidak berapa nak ngam kat muka makcik nih makcik rembat ini di kedai muka, dan cerita hari ini , makcik masuk lagi kedai itu ter REmbat lah pula benda ini dari pencuci muka ke pencuci bibir dan mata, kemudian segala lotion dan scrub yang berbau wangi,kemudian serum eye jel  moisturiesur dan cream siang
 photo face2_zps1b74d274.jpg
 
Inilah bahaya nya kalau gie shopping. masuk kedai keluar kedai.. lari lah budget makcik bulan ini. tak ada lah dapat berbelanja lebih time cuti nanti. 

Again..Mengambil kira makcik nyer muka kategori dah matang gitu, banyak pimentasi yang berlaku selama ini, almaklum lah kan..dok drive here and there, kemudian general house cleaning dan tidak termasuk time bergarden lagi..tu semua kerja yang menyumbang pada pimentasi taw.....and recent isu yang terjadi kat arwah ros.. okaylahh...itu akan di jadi kan alasan ketika nak kena berjawap dengan menteri kewangan. Hopefully lah kali ini makcik boleh bertahan dengan produk kedai muka ini. dah lah tak ada botol kecik kecik kena plak beli yang botol besar gedabak. boleh lah kot bertahan enam bulan and hopefully its work dengan muka makcik ini. idak lah makcik lepas ini nak jadi artis plak kan..cukup lah dengan makcik confident nak keluar gie berjumpa orang ramai lebih lebih lagi time nak gie kenduri. at least lah kan ada effort nak maintain..errrr tuk suami jugak kan.  :)

.

MERANGKAK

 photo IMG_5703_zps1d91c6b2.jpg
kerana ini masih bulan november, maka makcik ingin kongsikan kebahagiaan makcik 3 minggu lepas. sempat juga lah sambut birthday setelah tahun lalu tak ada seorang pun ingat birthday makcik. udah tua camgini sebenarnya bukan sambutan yang kita ingin kan cukup sekadar ingatan dan ucapan serta doa dari family members..alallalaala makcik pun bukan nya demand sangat. kalau ada party tu, itu adalah bonus. :)
Its a belated surprised small party sebenarnya. Balik dari kuching after tahlil marzuki my family buat surprised party eventhough makcik taw yang bersusah payah nya adalah si puteri lilin. (thanks so much love)  Dalam penat tu memang suka lah kan..dah lama tak di buat party camgini. the last time was masa umur 19 tahun. 
 photo kad3_zps42ff97ac.jpg
apa yang di achieve selama ini iyer.. makcik rasa makcik dah melalui fasa fasa kehidupan yang sepatutnya. Merangkak dari satu alam ke satu alam lain yang makcik harap lah kan In sya ALLAH   to be muslimah yang baik. Bukan lah kata makcik nih tak baik ...hmmmmm...cuma makcik sekarang berharap lah kan..more kepada keagamaan.  entry apakah kali ini? at this age banyak benda yang di fikir, terfikir dan how rasa menyesal atas setiap tindak tanduk yang tidak munasabah, yet adalah kebodohan dari akal yang tidak waras kita. kemudian kita mengharap kan ALLAH memaafkan kita di atas dosa dosa yang pernah kita lakukan. the do and donts , the limit yang kita langkau(i). to the extend of kita rasa.. biar lah..asal kan hati kita puas.. kala itu kita rasa hebat yet sebenarnya menambah beratnya tanggungan di bahu sebelah kiri..arghhhh (its a BIG NO ok..again zaman dulu dan sekarang jurang nya amat lah beza)
 photo IMG_5725_zpse1e2c4bc.jpg
approaching 50 walaupun belum lagi sampai ke tahap itu ambil masa bertahun tahun juga lah kan tapi masa sekarang cepat sekali berlalu..sekelip mata jer akhir tahun..then masuk tahun baru bertambah lah angka kita meskipun kekadang macam tak nak jer angka tu bergerak. ketika menjejak dan menunggu angka 21 tahun dulu..sungguh rasa bangga giler,  kononnya  nak bebas tapi makna kebebasan itu sebenarnya disalah erti kan..time itu lah kan.. but now selalu memterbalikkan angka umur apa bila di tanya. again fitrah hidup kan..huhuhu cepat sungguh masa berlalu sekarang..

makcik tak ingat (okay perhap semut semut sudah menguasai makcik)  apa kebenda dalam ini tapi puteri lilin buat memang sedap. 
 photo IMG_5698_zpscfc1bdee.jpg

harus lah makcik admit im still working on trying to be a good muslimah...gelak sinis lah..tak apa..hidup kita sentiasa belajar. macam macam yang boleh di tuntut. yang baik atau pun kurang baik. maybe at this age..masih ada lagi yang terkinja kinja kat kelas aerobik atau kelas dancing  atau ada juga yang sudah sepenuhnya bertudung litup, mengaji al quran siang malam with no turning back. itu pilihan masing masingkan. kalau  rasa perlu terus muda di hati walaupun ada helaian rambut warna putih sudah bertenggek di atas kepala. our choice juga kan.  Demi untuk kita rasa terus sihat dan mengambil alasan terus terusan enjoying what so call life is only once..so enjoy it  atau perlu kah kita rasa terbeban with the bertambah nya angka dalam usia kita....*sungguh its an issue for now* kemudian datangnya penyakit musim kepanasan bila tido malam  atau tidak dapat tido malam dengan nyenyak. sympton kepada menopouse. kemudian tido berasingan as semuanya sudah di level yang rendah. kemudian lepas tu menelan segala pil pil hormone dan kesihatan itu dan ini.
After kematian Ros, makcik rasa supplement untuk wanita jangan lah di pandang ringan, kalau lah ada kemampuan itu, telan lah EPO ker, Vitamin yang sepatutnya  juga amiklah yang untuk buang cholesterol. yelah kan itu cara mudah untuk mengelakkan kita di hampiri penyakit kronik yang lain. Tuntutan Hidup..apa yang makcik merapu ini...like my otak sudah berkecamuk dengan banyak benda.

Seperti datang nya bulan ramadan kita tried to be a good muslim, tak ada yang hendak di hairan kan. kat FB ramai jer berlumba lumba menempek/menghapdet status dengan  hadis dan sunnah atau post gambar berpakaian sopan di bulan ramadan. bercakap pun ala ala jiwa suci murni gitu. kira ALLAH lembutkan hati kita di bulan Ramadan. ..sebenarnya  cuba jadi lebih baik, dapat pula berpuasa dengan tidak memikirkan nak makan sedangkan kalau hari biasa lapar tu sentiasa jer menjengah.  kemudian dapat juga bersolat kat surau yang tidak jauh dari rumah kalau tidak di berikan cuti seminggu ....at the same time trying to be more forgiving, bersedekah di mana mana, speak less and not to give in to mindless and uncontrollable laughter  and of course, Try to be more kind to people also to the kehidupan alam semesta . semua kita akan twist jadi macam itu kan bila masuk jer bulan ramadan. ok faham, segala syaitan dan iblis telah di ikat. makanya kalau terasa kita tak tertwist lagi ternyata amat keras lah jiwa kita itu.  Agaknya lah kan begitu lah rasanya jika kita melangkah ke alam ber series series ini.

dari Hubby Darl
 photo IMG_5714_zps39b1819e.jpg
I am also trying to be a better mother to my 3 children...and I am also trying to be a better wife to most loving husband in the world that i married for 22 years. ALLAH send me a great man that protect me from all those misery life i had, cured me from all the suffering life. what else i wanted from HIM. I remembered one day i berdoa untuk DIA hantarkan makcik seorang lelaki yang dapat melindungi makcik dari kesengsaraan hati dan jiwa, banyak kisah duka sebelum bahagia itu menjelma..bukan drama bahagia sepanjang masa tapi sekurang nya dalam sisipan duka itu sebenarnya ada rahmat yang kita sendiri tidak tahu, Jika anda di luar sana sudah merasa berputus asa, Maka jangan lah berhenti berdoa untuk kehidupan yang lebih baik atau untuk pasangan yang kita ingin kan. BerDOA lah kerana ALLAH maha mendengar. Dan minta lah dari ALLAH kerana DIA akan menunaikan apa yang kita ingin kan. In Sya ALLAH..  I have a couple more years before touching 50... I might just reach it and go a little bit beyond.tak ada lagi yang makcik nak minta dari ALLAH selain sebahagian dari diri makcik ingin kembali kepada nya sebagai seorang muslimah yang baik, yang dapat menghapus sebahagian dosa dosa sebelum menutup mata. Dan meninggal kan zuriat zuriat yang baik yang dapat mendoakan makcik ketika masa itu telah tiba. until then, I am on this path of trying to improve myself and be a better muslimah by 50 (menjaga dalaman dan luaran juga)...In Sya ALLAH
for  my hubby darl, my mom & dad  and my kids. Thank you , thank you , thank you. I love u

 photo kad1_zpse92aab51.jpg
the gift... from the family..Happy belated birthday to me. semoga hidup kita semua di rahmati ALLAH. Amin

Thursday, November 22, 2012

IKHLAS

 photo doa-muslim_zps2b46749e.jpg
Gambar credit kepada yang empunya ~ whoever u are, terima kasih banyak banyak.

Didalam masa yang singkat makcik kehilangan datuk dari sebelah bapa makcik, belum lagi habis rasanya penat lelah menolong memasak dan berkemas serta bertahlil , 3 minggu selepas itu suami my kazen nani left us on 8hb nov 2012. terkejut  dan shocked sekejap dgn berita tersebut. mcm baru semlm kami bertemu yet makcik adalah bertengkar bertekak anak ayam sedikit dengan arwah. serangan jantung di pagi hari otw hendak pergi ke tempat kerja, didalam kereta dan kereta mati di tengah jalan. nasib baiklah tidak di langgar oleh kereta yang di belakang. Bagaimana lah kan..agaknya kejadian sebenarnya, semoga ALLAH mengampuni dosa dosa arwah dan arwah mengampun kan sikap  kasar makcik pada hari makcik tak berpuas hati dengan project kecik yang makcik serah kan pada dia. Untuk bersama Nani , makcik pun terbang lah ke kuching di hari pengebumian sehingga hari keempat. Di hayat arwah seorang yang peramah dan periang, sangat cool dan terover cool lah gitu. boleh lah di katakan house husband, Tidak lah makcik nak membuka aib seseorang kecuali ingin berkongsi cerita. Orang baik bila meninggal maka ramai lah yang datang berziarah dan bersedekah, ramai lah hadir untuk solat serta tahlil , Alhamdulilah lah kan kalau rezeki dari kewangan dan makanan tidak putus putus, nampak lah arwah memang di sukai ramai, cara mati pun senang jer,  Sedih nya mengenangkan arwah baru jer berusia 43 tahun, meninggalkan dua orang anak lelaki yang baru berusia 19 dan 17 tahun. Okay lah makcik manusia biasa adalah rasa tak puashati tentang dia sebagai lelaki. kerana agak lembut dengan isterinya meski pun makcik ini kazen isterinya tidak lah makcik suka layanan nya yang pak hangguk yes no right dengan isterinya. Agak kejam lah makcik kan  selepas hari ke dua tahlil malam  itu adalah makcik katakan pada kazen makcik itu seribu orang datang menganti pun tidak akan sama dengan arwah, tidak akan dapat memberi kebahagiaan serta layanan seperti arwah. mau terkedu kazen makcik itu..perkara benarkan..bukan kejam tapi mengingatkan dia yang seperti  itu melayan arwah  sungguhlah  makcik tidak berkenan walau tidak lah makcik bercakap direct selain memberi pembayang saja. Dan kini kazen makcik itu plak macam orang gila bayang. tidak lah makcik tahu hendak menasihat dia lagi kecuali mendoakan agar hidup dia lebih beratur selepas ini.  Aarrghhhh,,perancangan ALLAH, tidak kita ketahui segala galanya kecuali semua nya qada dan Qadar kita.
7 hari selepas arwah marzuki pergi, dimalam maal hijrah makcik di kejut kan dengan panggilan telephone dari adik makcik, kawan sepermainan semasa kecil rosliza hj abdullah pulak meninggal kan kami. at 43 years old..dengan kesakitan yang bermacam macam..makcik redha kerana dari dia harus tersiksa. Dari sihat walafiat makcik lihat dia menjadi sakit. selepas raya tahun ini, dia di datangi penyakit pelik, macam busung , kaki sakit dan membesar, kemudian banyak air didalam perut, ada yang kata kanser usus kemudian di satu pihak ada yang kata penyakit buatan di samping kencing manis . Sedihlah melihat dia tersiksa. Hanya ALLAH saja yang mengetahui segala-galanya, Sempat lah makcik bersama memandikan jenazah arwah walaupun itu lah kali pertama makcik. Subhanaallah dari DIA kita datang kepada DIA kita akan kembali.
Tidak lah makcik rasa takut yang mengerunkan walaupun adalah rasa cuak sedikit. Niat di hati untuk menemani arwah.. Niat di hati sangat ikhlas. Meninggalkan 3 orang anak yang masih kecil. Yang sulung berusia 17 tahun , 12 tahun dan yang bongsu 8 tahun.  Respeck lah makcik dengan sang suami yang menjaga arwah sehingga sanggup tidak berkerja untuk 4 bulan semata mata menjaga dan kesana kemari membawa arwah berubat, dari kl sehingga ke brunei , keluar masuk hospital pakar maupun tidak pakar. Memandi kan dan menjaga makan pakai arwah ketika sakit. susah lah makcik nak jumpa orang lelaki sebegini,
Tetapi di saat makcik memuji memuja sang suami ..yelah kan mungkin di ketika sedang gundah gulana adalah seorang yang jadi tempat meluah perasaan, maka ketika di hari pengkebumian dan sehingga tahlil ke tujuh harinya adalah seorang wanita yang menjadi tanda tanya kami , pelakuan dan cara caranya yang macam tak sabar nak masuk menganti kan position arwah di rumah tersebut. kesian lah kalau apa yang di bisik dan dirisik orang orang yang datang di hari tahlil tersebut menjadi kenyataan. tak kan lah kan...yang berbulu mata pelesu dan bibir di sengat lebah itu jadi idaman. cari lah yang dapat menjaga anak anak yang sedang meningkat dewasa itu.. kubur belum lagi tumbuh rumput, lelaki ooooo lelaki...sabar lah sedikit.. ambil lah waktu untuk mengurus hidup disamping anak anak yang baru hendak meningkat dewasa.

Banyak yang dapat kita pelajari dari kejadian di atas. Menghargai sebelum kita kehilangan. Makcik pun bukan manusia sempurna tapi untuk kearah kesempurnaan itu makcik berusaha agar apabila mati nanti makcik tidak menyusahkan sesiapa hatta menjadi kebencian atau bualan orang. minta di jauh malaikat 44.
Alfatihah untuk Haji Saat , Marzuki dan Roliza. Semoga tenang lah di sana.

Thursday, November 1, 2012

Trauma October

STORM @ Miri City
30hb october 2012, ketika orang dok sibuk risau kan taufan sandy kat dunia sebelah kita orang kat sini mungkin lah kan..terkena tempias juga lah. Pandangan ini adalah waktu tengahari, this time makcik sedang makan makan kat shukie @ Piasau. Risau dengan keadaan langit macam tu makcik bergegas balik, Macam takut plak tengok awan yang sangat gelap time tu. Tapi sebab makcik dah berniat nak singgah kat masjid, makcik terus kan jer lah niat makcik itu.

PHOTOS CREDITED TO PHOTOGRAPHER/MIRI CITY SHARING CHANNEL /BORNEO POST & BLOGGERS WITH MANY THANKS :)
 photo a9013806-5e35-4e8a-81dd-3bbf50d39744_zps7c7b5844.jpg

 photo 10438_436370013088601_546576624_n_zps6048aa59.jpg
 
Keluar dari masjid ternampak ini di langit . makcik teringat kan parent makcik kat rumah, dalam bergegas nak balik tu terperangkap dalam hujan ribut angin taufan serta kilat yang kuat.  iyer harus lah makcik trauma tahap maximum. dalam doa doa tu sampai juga kat rumah. Fuhhh lega. ALhamdulilah rumah kami tak terjejas.
 photo 21439_452479674804102_1851904999_n_zpsd1e6d4c6.jpg First time tengok secara live. dekat nak senja dah umur ini..dalam pandangan nampak cantik itu terselit rasa gerun yang teramat sangat. Yang ini Dah dekat pantai dah..
 photo 27869_121614814518719_100000106042762_311662_5569578_n_zps0380ba7b.jpg Angin kencang berserta ribut petir. Hujan lebat serta pandangan yang tak jelas bila drive..rasa takut lebih menguasai diri. kat sini makcik rasa cam bebudak plak. rasa mengigil rasa nak menangis pon ader. yes tertiba teringat dosa. especially dosa dosa dengan orang tua, , suami dan orang orang keliling ,mana taw kan kekadang kita ini emosi jer lebih.. sikit sikit maybe terasa lah hati mereka. huhuhu.
Pokok pokok besar start tumbang. Gambar gambar Aftermath ~ Krokop and Pujut Area. maka bergelap lah penduduk kat kawasan pujut sehingga katong pada malam tersebut. Yes masih bernasib baik kerana kawasan kami tak perlu bergelap.
 photo 12905_452337944818275_1753002126_n_zps2f7549bf.jpg  photo 404621_452326278152775_213488917_n_zpsfef98c68.jpg
 photo 23908_452013584850711_55157962_n_zps0152a3f9.jpg
Kawasan Driving school. Mesti trauma bebudak yang tengah belajar memandu time tu

Kawasan penjaja kat area Saberkas
 photo 30347_452500238135379_830777431_n_zpsb731b63a.jpg
 
 
 photo 561891_452021738183229_1303206513_n_zps2c246b4e.jpg Boulevard. Agak agak yang tengah bershopping time tu mesti ingat bangunan nak runtuh
 photo 318948_452025464849523_1137437165_n_zps5a0bd599.jpg
 photo 317765_452402131478523_378476008_n_zps61baf3ae.jpg


 photo 183956_452328411485895_329958341_n_zps1c1a075e.jpg

tak boleh bayangkan kemusnahan di New York dan kawasan lain yang terbabit. Ini yang sipi sipi pon rasa cam nak kiamat jer. time tu nanti macam mana lah gamak nya. Subhanallah, Maha Suci ALLAH. sesungguh nya ampunkan lah dosa dosa kami, dosa dosa masa lalu dan dosa dosa kami masa ini. :(
semalam pun ribut kuat berserta hujan lebat dan ya...makcik masih trauma.

Sunday, October 21, 2012

NASI LEMAK

Nasi lemak anyone?  photo IMG_5423_zpsfd986016.jpg

nih gara gara menegur iza kat twitter yang gigih bangun pagi untuk masak nasi lemak di pagi minggu. Fine....makcik tergoda u..dah lama tak makan nasi lemak..semalam kan main lagi kan makcik pot pet risau kesihatan makcik ni but today here I am..bukan setakat nasi lemak..companion nasi lemak pon berbagai..buat pelengkap lah itiew. pelan pelan iyer..kalau tak tergoda tak taw lah..:) tengok gambar rendang makcik kat sebelah ini.. rendang ayam masak ketumbar dan daun selasih..sajer jer makcik nih kan..memandai jer buh bahan yang ada depan muka sesuka hati. huhuhuhu
jiwa kaco tak tengok nasi lemak pagi minggu makcik. kui kui kui..telan airliur ker? try lah masak sendiri..mesti lepas ini suka hasil airtangan sendiri.
 photo IMG_5437_zps3a5b4cee.jpg
terlebih sudah... jangan salah kan makcik iyer...ader keropok ikan lah..tu lah penyakit makcik nih suka suka jer add on ikut cita rasa makcik nih kalau dah mengadap rezeki. resipi nya macam biasa jer lah kan..makcik sukat beras dalam mangkuk dan air santan nya pon lebih sedikit dalam sukatan mangkuk beras tadi. letak garam sikit, 2 helai daun pandan dan ketukkan halia, masuk dalam beras ini. just masak dalam rice cooker..hmmm senang kan hidup ini..semua nak express jer. this is how i plan mencepat kan kerja di dapur tu. sementara tunggu nasi masak tu buat kan sambal goreng. makcik tak buat pedas sangat kesian anak anak yang tak tahan sakit perut tu. dalam prepare nak buat sambal tu rebus kan telor ayam . Kan dah jimat masa. 

sempat plak buat rendang ayam. rendang ini sepatut nya kering lemak lemak gitu tapi dek kerana makcik ingat with kuah should be much better kan sebab sambal makcik memang tak banyak berkuah. kelainan pada rasa rendang ini terletak pada daun selasih dan juga biji ketumbar serta lemak santan nya.simple yet so nice..rasa yang mild tak banyak rasa rempah kecuali u ols tergigit biji ketumbar itu bersama kunyahan daun selasih aka basil leaves, telan air liur tak?

 photo IMG_5448_zpsa822d670.jpg
Rendang ayam makcik ini anak makcik yang bongsu tu suka hat yang kering. kalau hat yang pekat kering tu makcik letak daun selasih dan biji ketumbar yang makcik goreng tanpa minyak dan masukkan whole ketumbar  tu without blender halus kemudian tambah dalam 2 atau 3 sudu sos cili dan sos tomato kedalam rendang kita time masa nak tutup api tu. gaul sebati. wanna resipi just request ok. makcik nih jenis campak campak jer masak. almaklum lah kan old skool nyer orang .  photo IMG_5455_zpsd782acb3.jpg yang ini plak...old skool nyer favourite. masa kecik kecik my father selalu gie tangkap ikan.. yang ini lah paling makcik suka..yes..kari kepala ikan mayong atau kalau kat some part of senanjung orang cakap ini ikan duri. uishhh..berselera giler makcik makan u ols..bukan takat breakfast tapi brunch sekali. hari ini first time makan nasi lemak dengan  rasa tak berdosa iyer..kalau idak menyesal jer lepas makan padahal bertambah tambah jer nasi dalam pinggan tu. hmmm  photo IMG_5441_zps910fbdca.jpgkebetulan brother in law datang kerumah dengan anak anak. habis lah nasi lemak seperiuk @ 2kg itiew. ingat nak makan tuk makan malam sekali..tapi laris plak. tapi ingat iyer jangan makan nasi lemak setiap hari. not good for health lah. sebulan sekali ker..atau 2 minggu sekali ker..how? can do?

Saturday, October 20, 2012

PUDING ROTI BAKAR

Assalamualaikum semua. thanks sebab sudi singgah hari ini ke rumah makcik. lama benar rupanya makcik tak posting apa apa. kekangan masa buat makcik payah nak beronline macam dulu lagi. well been busy lately, separuh nya busy bersantai separuhnya busy tipu.. hehehe. apa lagi yang tak membusy kan kita as a driver and chef kat rumah , iyer idak. well walaupun makcik telah mempromise kan diri sendiri untuk stop membaking sekarang atas alasan baju kurang nak muat, idak lah makcik melebih lebih kan nak cantik kan diri tapi bila dah rasa semput nak naik tangga itu makna nya makcik kena perhati kan dengan serious kesihatan makcik. kalau lah dah keturunan yang ada kencing manis darah tinggi dan berkawan plak dengan jantung tu..its an alarm for me. last week makcik was in kuching, a trip yang agak memenat kan but really enjoyed the companion of my buddies. hightea di rumah fauziah (walaupun tidak di undang) makcik mengundangkan diri sendiri hehehehe..the banana cakes really so nice lah...then kemudian ada sesi urutan kaki dan dengan terhegeh nya makcik menyelit sekali then this so called org tua yang pandai mengurut aka pandai menelek telah menilik tanda tangan makcik with my fav colour, pet and flower. tak nak percaya lah kan tapi sebab makcik ini jenis yang *kejeron* suka menyampuk here and there sehingga sesi urutan menjadi sesi perbincangan yang penuh oooooo...ahhhhhhhh....angguk angguk dengan mulut terlopong.. loyar buruk betul lah makcik ...huhuhu ohhh.... here i left you with my version of puding roti. sesajer buat macam ini untuk mendapat kelainan texture nya. to my surprise ramai yang suka. resipi ini makcik olah and buat masa raya tempoh hari. kesempatan nak memposting jer tak ada..so sila lah belek dan telek..kalau nak try silakan , makcik halalkan.
 photo IMG_5273_zps1e9e11ef.jpg
 
Untuk Roti nya:-

15 keping roti gardenia
8 biji telur di pukul terlebih dulu sehingga sedikit kembang*
1/2 cawan gula pasir *
1 sudu esen vanilla *
500g susu UHT fresh milk *
whipping cream (ikut rasa) *( tak letak pun tak apa)
sedikit kismis dan buah prune (dihiris) jika suka

caranya:-
panaskan oven 160° .
 ~bahan bahan bertanda * perlu dibancuh terlebih dahulu di mangkuk yang lain
~roti pula di sapu Butter kemudian di potong 4 segi dan disusun di atas loyang yang telah disapu butter. lapisan roti di tabur dengan kismis dan buah prune jika suka.
~ selesai menyusun segala roti tu baru lah tuangkan bancuhan susu/telor kedalam adunan roti dan dibiarkan selama 30 minit atau 1 jam bagi dia kembang dan sebati/bersatu . kemudian dibakar dalam oven selama 30 minit atau sehingga masak. (gunakan kaedah baine marie untuk membakar puding kita
 photo IMG_5271_zps54dd059a.jpg
Untuk sos puding 
1 biji kuning telur (dipukul terlebih dahulu)
1 cawan susu sejat 1/2 cawan susu pekat manis
1 1/2 tin air biasa/masak - guna tin yg sama
1 sudu esen vanilla
1 1/2 sudu tepung kastard
1½ sudu gula pasir
1/2 sudu kecil mentega untuk mengilat kan sos

CARA :
1. Masukkan susu cair dan susu pekat dalam periuk, masukkan air biasa.
2. Pukul kuning telur dan vanilla, kemudian masukkan dalam periuk susu cair.
3. Masukkan gula & juga tepung kastard yang telah di bancuh dengan sedikit air.
 photo IMG_5279_zpsef4be1cd.jpg

4. Kacau sebentar, pastu masakkan di atas api yang kecil. tambah kan sedikit air jika sos kita agak pekat.. bila dah gelegak, matikan api dan masukkan 1/2 sudu kecil mentega , kacau sebati.

Apabila roti kita sudah masak potong kan kecil didalam bekas yang tahan panas. curahkan sos keatas nya kemudian di bakar sebentar secara baine marie juga dalam 15 -30 minit. terpulang pada citarasa u ols. jika suka kering, panjang kan masa membakar nya tapi jika suka "basah" bakar sekejap jer abt 15 minit.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...