Gambar credit kepada yang empunya ~ whoever u are, terima kasih banyak banyak.
Didalam masa yang singkat makcik kehilangan datuk dari sebelah bapa makcik, belum lagi habis rasanya penat lelah menolong memasak dan berkemas serta bertahlil , 3 minggu selepas itu suami my kazen nani left us on 8hb nov 2012. terkejut dan shocked sekejap dgn berita tersebut. mcm baru semlm kami bertemu yet makcik adalah bertengkar bertekak anak ayam sedikit dengan arwah. serangan jantung di pagi hari otw hendak pergi ke tempat kerja, didalam kereta dan kereta mati di tengah jalan. nasib baiklah tidak di langgar oleh kereta yang di belakang. Bagaimana lah kan..agaknya kejadian sebenarnya, semoga ALLAH mengampuni dosa dosa arwah dan arwah mengampun kan sikap kasar makcik pada hari makcik tak berpuas hati dengan project kecik yang makcik serah kan pada dia. Untuk bersama Nani , makcik pun terbang lah ke kuching di hari pengebumian sehingga hari keempat. Di hayat arwah seorang yang peramah dan periang, sangat cool dan terover cool lah gitu. boleh lah di katakan house husband, Tidak lah makcik nak membuka aib seseorang kecuali ingin berkongsi cerita. Orang baik bila meninggal maka ramai lah yang datang berziarah dan bersedekah, ramai lah hadir untuk solat serta tahlil , Alhamdulilah lah kan kalau rezeki dari kewangan dan makanan tidak putus putus, nampak lah arwah memang di sukai ramai, cara mati pun senang jer, Sedih nya mengenangkan arwah baru jer berusia 43 tahun, meninggalkan dua orang anak lelaki yang baru berusia 19 dan 17 tahun. Okay lah makcik manusia biasa adalah rasa tak puashati tentang dia sebagai lelaki. kerana agak lembut dengan isterinya meski pun makcik ini kazen isterinya tidak lah makcik suka layanan nya yang pak hangguk yes no right dengan isterinya. Agak kejam lah makcik kan selepas hari ke dua tahlil malam itu adalah makcik katakan pada kazen makcik itu seribu orang datang menganti pun tidak akan sama dengan arwah, tidak akan dapat memberi kebahagiaan serta layanan seperti arwah. mau terkedu kazen makcik itu..perkara benarkan..bukan kejam tapi mengingatkan dia yang seperti itu melayan arwah sungguhlah makcik tidak berkenan walau tidak lah makcik bercakap direct selain memberi pembayang saja. Dan kini kazen makcik itu plak macam orang gila bayang. tidak lah makcik tahu hendak menasihat dia lagi kecuali mendoakan agar hidup dia lebih beratur selepas ini. Aarrghhhh,,perancangan ALLAH, tidak kita ketahui segala galanya kecuali semua nya qada dan Qadar kita.
7 hari selepas arwah marzuki pergi, dimalam maal hijrah makcik di kejut kan dengan panggilan telephone dari adik makcik, kawan sepermainan semasa kecil rosliza hj abdullah pulak meninggal kan kami. at 43 years old..dengan kesakitan yang bermacam macam..makcik redha kerana dari dia harus tersiksa. Dari sihat walafiat makcik lihat dia menjadi sakit. selepas raya tahun ini, dia di datangi penyakit pelik, macam busung , kaki sakit dan membesar, kemudian banyak air didalam perut, ada yang kata kanser usus kemudian di satu pihak ada yang kata penyakit buatan di samping kencing manis . Sedihlah melihat dia tersiksa. Hanya ALLAH saja yang mengetahui segala-galanya, Sempat lah makcik bersama memandikan jenazah arwah walaupun itu lah kali pertama makcik. Subhanaallah dari DIA kita datang kepada DIA kita akan kembali.
Tidak lah makcik rasa takut yang mengerunkan walaupun adalah rasa cuak sedikit. Niat di hati untuk menemani arwah.. Niat di hati sangat ikhlas. Meninggalkan 3 orang anak yang masih kecil. Yang sulung berusia 17 tahun , 12 tahun dan yang bongsu 8 tahun. Respeck lah makcik dengan sang suami yang menjaga arwah sehingga sanggup tidak berkerja untuk 4 bulan semata mata menjaga dan kesana kemari membawa arwah berubat, dari kl sehingga ke brunei , keluar masuk hospital pakar maupun tidak pakar. Memandi kan dan menjaga makan pakai arwah ketika sakit. susah lah makcik nak jumpa orang lelaki sebegini,
Tetapi di saat makcik memuji memuja sang suami ..yelah kan mungkin di ketika sedang gundah gulana adalah seorang yang jadi tempat meluah perasaan, maka ketika di hari pengkebumian dan sehingga tahlil ke tujuh harinya adalah seorang wanita yang menjadi tanda tanya kami , pelakuan dan cara caranya yang macam tak sabar nak masuk menganti kan position arwah di rumah tersebut. kesian lah kalau apa yang di bisik dan dirisik orang orang yang datang di hari tahlil tersebut menjadi kenyataan. tak kan lah kan...yang berbulu mata pelesu dan bibir di sengat lebah itu jadi idaman. cari lah yang dapat menjaga anak anak yang sedang meningkat dewasa itu.. kubur belum lagi tumbuh rumput, lelaki ooooo lelaki...sabar lah sedikit.. ambil lah waktu untuk mengurus hidup disamping anak anak yang baru hendak meningkat dewasa.
Banyak yang dapat kita pelajari dari kejadian di atas. Menghargai sebelum kita kehilangan. Makcik pun bukan manusia sempurna tapi untuk kearah kesempurnaan itu makcik berusaha agar apabila mati nanti makcik tidak menyusahkan sesiapa hatta menjadi kebencian atau bualan orang. minta di jauh malaikat 44.
Alfatihah untuk Haji Saat , Marzuki dan Roliza. Semoga tenang lah di sana.
No comments:
Post a Comment