Saturday, October 20, 2012

PUDING ROTI BAKAR

Assalamualaikum semua. thanks sebab sudi singgah hari ini ke rumah makcik. lama benar rupanya makcik tak posting apa apa. kekangan masa buat makcik payah nak beronline macam dulu lagi. well been busy lately, separuh nya busy bersantai separuhnya busy tipu.. hehehe. apa lagi yang tak membusy kan kita as a driver and chef kat rumah , iyer idak. well walaupun makcik telah mempromise kan diri sendiri untuk stop membaking sekarang atas alasan baju kurang nak muat, idak lah makcik melebih lebih kan nak cantik kan diri tapi bila dah rasa semput nak naik tangga itu makna nya makcik kena perhati kan dengan serious kesihatan makcik. kalau lah dah keturunan yang ada kencing manis darah tinggi dan berkawan plak dengan jantung tu..its an alarm for me. last week makcik was in kuching, a trip yang agak memenat kan but really enjoyed the companion of my buddies. hightea di rumah fauziah (walaupun tidak di undang) makcik mengundangkan diri sendiri hehehehe..the banana cakes really so nice lah...then kemudian ada sesi urutan kaki dan dengan terhegeh nya makcik menyelit sekali then this so called org tua yang pandai mengurut aka pandai menelek telah menilik tanda tangan makcik with my fav colour, pet and flower. tak nak percaya lah kan tapi sebab makcik ini jenis yang *kejeron* suka menyampuk here and there sehingga sesi urutan menjadi sesi perbincangan yang penuh oooooo...ahhhhhhhh....angguk angguk dengan mulut terlopong.. loyar buruk betul lah makcik ...huhuhu ohhh.... here i left you with my version of puding roti. sesajer buat macam ini untuk mendapat kelainan texture nya. to my surprise ramai yang suka. resipi ini makcik olah and buat masa raya tempoh hari. kesempatan nak memposting jer tak ada..so sila lah belek dan telek..kalau nak try silakan , makcik halalkan.
 photo IMG_5273_zps1e9e11ef.jpg
 
Untuk Roti nya:-

15 keping roti gardenia
8 biji telur di pukul terlebih dulu sehingga sedikit kembang*
1/2 cawan gula pasir *
1 sudu esen vanilla *
500g susu UHT fresh milk *
whipping cream (ikut rasa) *( tak letak pun tak apa)
sedikit kismis dan buah prune (dihiris) jika suka

caranya:-
panaskan oven 160° .
 ~bahan bahan bertanda * perlu dibancuh terlebih dahulu di mangkuk yang lain
~roti pula di sapu Butter kemudian di potong 4 segi dan disusun di atas loyang yang telah disapu butter. lapisan roti di tabur dengan kismis dan buah prune jika suka.
~ selesai menyusun segala roti tu baru lah tuangkan bancuhan susu/telor kedalam adunan roti dan dibiarkan selama 30 minit atau 1 jam bagi dia kembang dan sebati/bersatu . kemudian dibakar dalam oven selama 30 minit atau sehingga masak. (gunakan kaedah baine marie untuk membakar puding kita
 photo IMG_5271_zps54dd059a.jpg
Untuk sos puding 
1 biji kuning telur (dipukul terlebih dahulu)
1 cawan susu sejat 1/2 cawan susu pekat manis
1 1/2 tin air biasa/masak - guna tin yg sama
1 sudu esen vanilla
1 1/2 sudu tepung kastard
1½ sudu gula pasir
1/2 sudu kecil mentega untuk mengilat kan sos

CARA :
1. Masukkan susu cair dan susu pekat dalam periuk, masukkan air biasa.
2. Pukul kuning telur dan vanilla, kemudian masukkan dalam periuk susu cair.
3. Masukkan gula & juga tepung kastard yang telah di bancuh dengan sedikit air.
 photo IMG_5279_zpsef4be1cd.jpg

4. Kacau sebentar, pastu masakkan di atas api yang kecil. tambah kan sedikit air jika sos kita agak pekat.. bila dah gelegak, matikan api dan masukkan 1/2 sudu kecil mentega , kacau sebati.

Apabila roti kita sudah masak potong kan kecil didalam bekas yang tahan panas. curahkan sos keatas nya kemudian di bakar sebentar secara baine marie juga dalam 15 -30 minit. terpulang pada citarasa u ols. jika suka kering, panjang kan masa membakar nya tapi jika suka "basah" bakar sekejap jer abt 15 minit.
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...