Makcik frust hari ini sebab nya oven yang di puja puja yang baru di beli di serikin itu buat hal. Oven itu menganti kan oven lama yang dah bertahun tahun berjasa dengan makcik. Masa pergi kat Serikin tu encik suami kata beli lah oven baru yang lama tu leh simpan kat luar . Terpengaruh dengan encik suami yang beria nak menganti kan oven lama tu..rupanya menjadi bala pada makcik. hari ini bingka durian makcik bukan setakat hangus tapi rentung didalam oven. Menangis didalam hati lah makcik. Ini kali ke dua makcik membaking dengan oven baru tu. Suhu dah di tahap terkecil pun bingka makcik boleh rentung. Udah lah misi membaking itu adalah untuk sedekah pada jiran yang akan melangsungkan perkahwinan anak nya.. memang fail misi kali ini. Esok kena masukkan kembali oven lama makcik tu. sungguh penat badan dan minda. Buang waktu dan tenaga..dan yes membazir. Astagfirullah a'l azim.
Malas nak fikir dah. buat penat otak jer. 2 Hari lepas masa ber bbm dengan puteri lilin dia kata dia masak sambal tomato dan makan ikan masin for dinner. yelah kan udah lah berbbm time tengah malam terasa lah jugak perut didalam tu cam bagi signal lapar...errrr lapar ikan masin satu..then terasa cam lama jer udah tak buat sambal tomato.. sebelum tu nih lah teman makcik makan. kalau dah selalu kena paksa makcik untuk teman kan makcik makan dan end of the day dia akan komplen bertapa perut dia dah besar dengan muka yang gebu. tak pa yer nak..tahun depan masuk asrama..kurus lah tu.
rentetan dari cerita tengahmalam tu maka tengahari nya makcik laksanakan misi takut kempunan itu. alahai makcik nih kan bab makan makan tak nak tangguh tangguh. awal pagi lagi dah makcik bangun tuk gie ke pasar. oraiittt lets see our chicken dulu. kena masak ayam goreng juga sebab time ini makcik sedang jadi baby sitter tuk anak buah makcik yang seramai 4 orang tu tuk sebulan .so kesian ler plak budak budak yang suka makan ayam kan.
Bahannya: Ayam - dipotong ikut suka. *berapa kilo terpulang pada diri masing masing
Semua bahan di hiris halus dan di blend sekali -
6 batang serai -
3 inci halia
2 inci lengkuas
bawang merah - 10 biji
bawang putih - 8 biji
yang ini tak perlu blend
ketumbar biji - 3 sudu
jintan manis - 1 1/2 sudu
jintan putih 1 1/2 sudu daun kari - ikut suka hati
lepas blender semua bahan tadi perapkan dengan ayam yang telah di potong. gaul kan dengan serbuk lada putih , garam dan aji no moto (jika suka) jika tak suka abaikan. boleh letak 1 kuib pati ayam dan juga sedikit tepung beras - anggaran 3 sudu. (tujuan nya adalah untuk membuang bau hanyir ayam - tak nak letak pon tak pa..masukkan daun kari sekali. perap kan ayam selama lebih kurang 3 jam. lepas 3 jam tu, toskan air bawang-an tadi
kemudian goreng lah ayam kita didalam minyak yang banyak dengan api yang sederhana besar. api tak nak besar sangat ok supaya .semua rempah masak elok dan garing. dah rempah garing..ayam pon masak sekali..
tuk ayam yang lembut memandai lah masak tidak terlalu keperangan kerana kalau lama sangat ayam goreng akan jadi keras..sakit gigi nak makan nyer nanti.
Banyak resipi sambal tomato yang boleh dicari kat google atau blogger. Makcik suka cara yang makcik buat ini kerana dulu pembantu makcik suka buat sambal tomato nih. Makcik ikut style dia lah buat tapi kan kekadang air tangan juga lah yang membuat kelainan didalam masakan kita. Lain orang lain caranya kan..makcik nyer cara agak lah senang..dalam senang tu penat juga lah nak menyediakan kan .tapi bila orang makan nya dengan penuh kenikmatan u know...senang jer rasa didalam hati tu.
Untuk Sambal Tomato makcik buat macam ni
2 biji buah tomato - makcik rebus sehingga layu - anggaran macam merebus telor ayam gitu
sedikit belacan
cili padi - 10 biji - di potong kecil
cili hidup merah - 10 biji - di potong kecil
bawang merah - 4 biji - dihiris halus
sedikit ikan bilis
panas kan minyak masak anggaran 3 sudu makan dan tumiskan ikan bilis, bawang merah , cili dan belacan sehingga garing dan naik bau. masuk tomato dan pecah pecah sehingga adunan di bercampur sebati, masukkan garam dan gula jika suka sambal yang manis .Angkat sambal tadi dan hancur hancurkan didalam lesung batu atau nak senang masuk dalam blend selama 1 minit. panas kan kembali sambal kita didalam kuali dan biar merenih selama 2 minit. siap untuk di hidangkan.
sangat sedap dimakan ketika panas bersama tempe dan tahu goreng, jangan tak taw iyer tempe dan ini sangat berkhasiat untuk kita semua..dan according tu errrr adun yang makan tempe tu..muka dia kembali muda dan hensem tu sebab banyak makan tempe.
yang makan penuh selera camgini lah buat hati makcik kembang kucup..terasa penat lelah semua hilang. Ni lah di nama kan time makan tak henggat lepas kenyang tu mula lah komplen makan berlebihan..dan start salah kan makcik..huhuhu.
No comments:
Post a Comment