kerana ini masih bulan november, maka makcik ingin kongsikan kebahagiaan makcik 3 minggu lepas. sempat juga lah sambut birthday setelah tahun lalu tak ada seorang pun ingat birthday makcik. udah tua camgini sebenarnya bukan sambutan yang kita ingin kan cukup sekadar ingatan dan ucapan serta doa dari family members..alallalaala makcik pun bukan nya demand sangat. kalau ada party tu, itu adalah bonus. :)
Its a belated surprised small party sebenarnya. Balik dari kuching after tahlil marzuki my family buat surprised party eventhough makcik taw yang bersusah payah nya adalah si puteri lilin. (thanks so much love) Dalam penat tu memang suka lah kan..dah lama tak di buat party camgini. the last time was masa umur 19 tahun.
apa yang di achieve selama ini iyer.. makcik rasa makcik dah melalui fasa fasa kehidupan yang sepatutnya. Merangkak dari satu alam ke satu alam lain yang makcik harap lah kan In sya ALLAH to be muslimah yang baik. Bukan lah kata makcik nih tak baik ...hmmmmm...cuma makcik sekarang berharap lah kan..more kepada keagamaan. entry apakah kali ini? at this age banyak benda yang di fikir, terfikir dan how rasa menyesal atas setiap tindak tanduk yang tidak munasabah, yet adalah kebodohan dari akal yang tidak waras kita. kemudian kita mengharap kan ALLAH memaafkan kita di atas dosa dosa yang pernah kita lakukan. the do and donts , the limit yang kita langkau(i). to the extend of kita rasa.. biar lah..asal kan hati kita puas.. kala itu kita rasa hebat yet sebenarnya menambah beratnya tanggungan di bahu sebelah kiri..arghhhh (its a BIG NO ok..again zaman dulu dan sekarang jurang nya amat lah beza)
approaching 50 walaupun belum lagi sampai ke tahap itu ambil masa bertahun tahun juga lah kan tapi masa sekarang cepat sekali berlalu..sekelip mata jer akhir tahun..then masuk tahun baru bertambah lah angka kita meskipun kekadang macam tak nak jer angka tu bergerak. ketika menjejak dan menunggu angka 21 tahun dulu..sungguh rasa bangga giler, kononnya nak bebas tapi makna kebebasan itu sebenarnya disalah erti kan..time itu lah kan.. but now selalu memterbalikkan angka umur apa bila di tanya. again fitrah hidup kan..huhuhu cepat sungguh masa berlalu sekarang..
makcik tak ingat (okay perhap semut semut sudah menguasai makcik) apa kebenda dalam ini tapi puteri lilin buat memang sedap.
harus lah makcik admit im still working on trying to be a good muslimah...gelak sinis lah..tak apa..hidup kita sentiasa belajar. macam macam yang boleh di tuntut. yang baik atau pun kurang baik. maybe at this age..masih ada lagi yang terkinja kinja kat kelas aerobik atau kelas dancing atau ada juga yang sudah sepenuhnya bertudung litup, mengaji al quran siang malam with no turning back. itu pilihan masing masingkan. kalau rasa perlu terus muda di hati walaupun ada helaian rambut warna putih sudah bertenggek di atas kepala. our choice juga kan. Demi untuk kita rasa terus sihat dan mengambil alasan terus terusan enjoying what so call life is only once..so enjoy it atau perlu kah kita rasa terbeban with the bertambah nya angka dalam usia kita....*sungguh its an issue for now* kemudian datangnya penyakit musim kepanasan bila tido malam atau tidak dapat tido malam dengan nyenyak. sympton kepada menopouse. kemudian tido berasingan as semuanya sudah di level yang rendah. kemudian lepas tu menelan segala pil pil hormone dan kesihatan itu dan ini.
After kematian Ros, makcik rasa supplement untuk wanita jangan lah di pandang ringan, kalau lah ada kemampuan itu, telan lah EPO ker, Vitamin yang sepatutnya juga amiklah yang untuk buang cholesterol. yelah kan itu cara mudah untuk mengelakkan kita di hampiri penyakit kronik yang lain. Tuntutan Hidup..apa yang makcik merapu ini...like my otak sudah berkecamuk dengan banyak benda.
Seperti datang nya bulan ramadan kita tried to be a good muslim, tak ada yang hendak di hairan kan. kat FB ramai jer berlumba lumba menempek/menghapdet status dengan hadis dan sunnah atau post gambar berpakaian sopan di bulan ramadan. bercakap pun ala ala jiwa suci murni gitu. kira ALLAH lembutkan hati kita di bulan Ramadan. ..sebenarnya cuba jadi lebih baik, dapat pula berpuasa dengan tidak memikirkan nak makan sedangkan kalau hari biasa lapar tu sentiasa jer menjengah. kemudian dapat juga bersolat kat surau yang tidak jauh dari rumah kalau tidak di berikan cuti seminggu ....at the same time trying to be more forgiving, bersedekah di mana mana, speak less and not to give in to mindless and uncontrollable laughter and of course, Try to be more kind to people also to the kehidupan alam semesta . semua kita akan twist jadi macam itu kan bila masuk jer bulan ramadan. ok faham, segala syaitan dan iblis telah di ikat. makanya kalau terasa kita tak tertwist lagi ternyata amat keras lah jiwa kita itu. Agaknya lah kan begitu lah rasanya jika kita melangkah ke alam ber series series ini.
I am also trying to be a better mother to my 3 children...and I am also trying to be a better wife to most loving husband in the world that i married for 22 years. ALLAH send me a great man that protect me from all those misery life i had, cured me from all the suffering life. what else i wanted from HIM. I remembered one day i berdoa untuk DIA hantarkan makcik seorang lelaki yang dapat melindungi makcik dari kesengsaraan hati dan jiwa, banyak kisah duka sebelum bahagia itu menjelma..bukan drama bahagia sepanjang masa tapi sekurang nya dalam sisipan duka itu sebenarnya ada rahmat yang kita sendiri tidak tahu, Jika anda di luar sana sudah merasa berputus asa, Maka jangan lah berhenti berdoa untuk kehidupan yang lebih baik atau untuk pasangan yang kita ingin kan. BerDOA lah kerana ALLAH maha mendengar. Dan minta lah dari ALLAH kerana DIA akan menunaikan apa yang kita ingin kan. In Sya ALLAH.. I have a couple more years before touching 50... I might just reach it and go a little bit beyond.tak ada lagi yang makcik nak minta dari ALLAH selain sebahagian dari diri makcik ingin kembali kepada nya sebagai seorang muslimah yang baik, yang dapat menghapus sebahagian dosa dosa sebelum menutup mata. Dan meninggal kan zuriat zuriat yang baik yang dapat mendoakan makcik ketika masa itu telah tiba. until then, I am on this path of trying to improve myself and be a better muslimah by 50 (menjaga dalaman dan luaran juga)...In Sya ALLAH
for my hubby darl, my mom & dad and my kids. Thank you , thank you , thank you. I love u
the gift... from the family..Happy belated birthday to me. semoga hidup kita semua di rahmati ALLAH. Amin
No comments:
Post a Comment