ekceli dah lama dah mencari produk tuk masalah kulit nih. muka makcik nih jenis yang combination, sebelah T Zone agak berminyak tapi bahagian hidung plak agak kering. payah juga lah kan bila dah agak matang nih. risau lah juga dengan keadaan kulit muka yang tak sekata. semalam makcik terjumpa lah kedai muka ini kat parkson. sungguh makcik tak sedar bila kedai ini wujud kat tempat makcik. Silap besar lah makcik masuk kedai muka tu. Salesgirl yang bijak with good marketing strategy dengan gaya memikat hati pelanggan macam makcik nih...sungguh lah makcik rasa terpukau walaupun sebenarnya kan masuk kedai tu terpikat dengan poster si perempuan korea itu, sungguh the KPOP lah makcik sekarang..errr..cuma verangan sajork sebenarnya kerana sekarang nih asik jer melayan drama korea gituh (kalau ada masa terluang ) oklah semalam ter Rembat lah night cream dengan rice cleanser dia. macam teruja plak makcik dengan rasa lembut kat pipi tu. tak lari jauh lah dari cik clarin kita atau rasa sedap seperti menempek cik sk11. lembut lah hingga jejari kita tu sentiasa jer nak merasai pipi kita yang gebu..(walau itu hanya lah perasaan kita sajork)
Dari SK11 yang tidak berapa nak ngam kat muka makcik nih makcik rembat ini di kedai muka, dan cerita hari ini , makcik masuk lagi kedai itu ter REmbat lah pula benda ini dari pencuci muka ke pencuci bibir dan mata, kemudian segala lotion dan scrub yang berbau wangi,kemudian serum eye jel moisturiesur dan cream siang
Inilah bahaya nya kalau gie shopping. masuk kedai keluar kedai.. lari lah budget makcik bulan ini. tak ada lah dapat berbelanja lebih time cuti nanti.
Again..Mengambil kira makcik nyer muka kategori dah matang gitu, banyak pimentasi yang berlaku selama ini, almaklum lah kan..dok drive here and there, kemudian general house cleaning dan tidak termasuk time bergarden lagi..tu semua kerja yang menyumbang pada pimentasi taw.....and recent isu yang terjadi kat arwah ros.. okaylahh...itu akan di jadi kan alasan ketika nak kena berjawap dengan menteri kewangan. Hopefully lah kali ini makcik boleh bertahan dengan produk kedai muka ini. dah lah tak ada botol kecik kecik kena plak beli yang botol besar gedabak. boleh lah kot bertahan enam bulan and hopefully its work dengan muka makcik ini. idak lah makcik lepas ini nak jadi artis plak kan..cukup lah dengan makcik confident nak keluar gie berjumpa orang ramai lebih lebih lagi time nak gie kenduri. at least lah kan ada effort nak maintain..errrr tuk suami jugak kan. :)
.
No comments:
Post a Comment