Tuesday, December 18, 2012

DURIAN CREPE

Musim durian dah nak abis dah. entry ini dah lama dalam simpanan draft cuma kesibukan  tidak membolehkan makcik mengadap computer. Syukur alhamdulilah musim durian macam durian runtuh jer kat bandar miri. tidak seperti tahun sebelum nya tahun ini musim buah seolah olah pesta yang gah sekali. durian yang berharga seringgit atau 2 ringgit, sesuatu yang jarang di dapati di bandar ini. manggis 3rm sekilo atau rambutan seringgit sekilo. terlalu murah untuk bandar miri. this year makcik simpan stok buah durian didalam freezer, lain lagi dengan tempoyak nya..kira nak makan setahun lah gitu. stok untuk bila rasa teringin kan. nafsu ini bukan boleh percaya sangat. time banyak begini rasa muak lah ..mual lah..cer time tak ada buah..bila teringin tu kalau orang jual berpuluh hengget pon sanggup beli. pheww..
 photo IMG_5807_zps3e84f91b.jpg


makcik kongsi kan resepi ini yang makcik dapat dari melayari internet. tak ingat dari mana makcik dapat tapi the credit goes to her. Terima kasih bebanyak sebab sudi share resipi yang sedap dan lembut ini. makcik copy paste jer..minta halal iyer.

DURIAN CREPE
 photo IMG_5812_zps7fd03903.jpg

Bahan-bahannya:
2 sudu besar tepung pau
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kentang
4 sudu besar tepung naik sendiri
1 1/2 sudu besar gula castor
2 biji kuning telur
1 penutup esen vanila
1/2 tin susu cair
1 sudu kecil garam Air
3 sudu besar mentega yang dicairkan
1 sudu teh pewarna kuning lemon

Bahan Filling:
Isi durian yang telah dibuang biji
1 cawan fresh cream - diputar hingga kental

Cara-caranya:
Masukkan semua bahan tepung dan yang lain kecuali mentega cair dan pewarna ke dalam blender. Tambahkan air sehingga kurang 1 inci untuk penuh blender.
1. Kisar hingga rata. Simpan di dalam peti ais selama sejam. (Saya simpan dengan blender2 sekali.. ) 2. Selepas sejam, keluarkan dan masukkan mentega dan pewarna, kisar sekejap aje hingga rata.
3. Panaskan non-stick pan menggunakan api yang paling perlahan. Masukkan adunan dan lenggangkan kuali supaya crepe tidak terlalu tebal atau terlalu nipis sehingga adunan likat dan biarkan hingga atasnya masak. Tak perlu terbalikkan. (Crepe ini adalah seperti kuih dadar/kuih ketayap yang lembut).
4. Ulang langkah 4 hingga semua adunan tepung habis. Biarkan crepe sejuk.. Bentangkan crepe dengan bahagian yang licin di bawah. Dengan menggunakan plastik piping, pipekan fresh cream di tengah-tengah crepe. Sudukan isi durian di atas fresh cream. Paipkan fresh cream di atas isi durian.
kemudian lipat crepe.  
 photo IMG_5805_zpsc622cc85.jpg
walaupun orang dok berbangga dengan crepe ini secara peribadi makcik idak lah suka sangat durian crepe ini.Untuk yang kononnya nak menguruskan badan cam makcik ini digalakkan jangan makan durian crepe ini. the whipping cream and the durian flesh..gosh we makan lemak lah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...