Wednesday, February 27, 2013

KRABI Aku Datang 22/01/2013

Pengalaman ini kami rasai pada bulan Januari tahun ini Selepas menghantar dillah ke Muazam makcik n pakcik with puteri lilin pergi ke thailand. Sepatutnya kita orang gerak ke singapore dulu tetapi tukar plan last minute memandang kan cuti encik suami singkat dan makcik boleh pergi ke singapore anytime..itu katanya..Maaf lah entri ini makan masa untuk di upload kan kerana kekangan masa yang tidak memungkin kan makcik untuk mengadap laptop.
this is really backpacking nyer travell. Lepas kemaskan barang dillah kita orang amik bas balik ke kl petang itu juga. sampai kl pukul 8.00 malam, amik teksi balik rumah sekejap untuk mandi dan tukar baju kemudian turun balik ke Pudu. Luckily ada bas pukul 11 malam ke kedah. Sampai kedah dalam pukul 4 pagi. makan sekejap..thanks to Jan yang sudi amik kami dan kemudian bawa kami rehat di rumah datuk nya di tengah sawah. sungguh makcik jatuh cinta dengan permandangan di kawasan sekitar rumah datuk Jan.
Jan hantar kami ke Dan nok melalui Bukit Kayu Hitam border.
 photo 20130122_125903_zpse5364685.jpg
Teruja makcik untuk meng explore THAILAND .

Rehat sebentar kat Dan nok sambil makan nasi pulut dengan ayam goreng. Berbeza nasi pulut di sarawak  yang di masak dengan santan di Dan nok nasi pulut di masak plain saja seperti kita masak nasi . Nasi pulut di thailand amat berbeza rasanya dengan nasi pulut di malaysia. Makan plain begitu saja sudah cukup sedap tak perlu banyak bahan lain. Sepinggan begini berharga RM5.00
 photo P1220186_zps5bb2047a.jpg

makcik order sup ayam kampung ini tetapi belum lagi mencapai taraf selera makcik. Disamping isi ayam yang masih keras, sup yang hanya terasa masam ini tidak mempunyai rempah yang cukup untuk rasa blend yang padu untuk ayam kampung. Makcik harap the next time makcik berkesempatan datang kesini mereka sudah mempunyai resipi sup ayam kampung yang sedap. Untuk sup ayam ini makcik membayar sebanyak 70 Bhat bersamaan dengan 7 rm duit kita
 photo P1220196_zpsd08a2a18.jpg

Melalui Dan nok kita orang mengambil bas yang sebenarnya adalah van untuk ke Hatyai. Kami membayar sebanyak 65 baht bersamaan dengan rm6.50 seorang untuk perjalanan dari  Dan nok ke Hatyai . Masa perjalanan  tidak mengikut jam , asal penuh jer van mula lah bergerak, jadi kita hendak lah menunggu sehingga orang cukup untuk membawa kita ke Hatyai. Nasib baik lah van yang kami tumpang tidak membawa orang yang berbau "harum" otherwise makcik akan mabuk sepanjang jalan.  Perjalananan ke Hatyai hanya mengambil masa selama 1 jam sahaja dan untuk ke destinasi seterus nya kita kena beritau driver van itu untuk meninggalkan kita kat tempat yang kita nak tuju.

Kami minta driver van itu meninggalkan kami di TUNE hotel di hatyai. Dari situ kami menggunakan service hotel untuk memanggil van seterusnya ke Krabi. Kami di kena kan sebanyak 350baht @ 35rm seorang untuk ke hatyai. Tetapi sebenarnya hanya lah sekitar 27rm atau 30rm sahaja.

+0873903813/0808742210  - ini adalah no.tel agent yang membawa van dari Hatyai ke Krabi.  Nama dia adalah SUKI. Jika anda ada masalah apa apa dia sangat lah membantu selain pandai berbahasa english. tapi of cos lah setiap bantuan dia kenakan charge. Kami mengalami masalah di krabi kerana tidak tahu masa kami pergi adalah masa high season jadi elak kan dari melawat pantai sekitar  OCTOBER - APRIL setiap tahun. Makanan dan penginapan sangat lah mahal ketika musim ini kerana orang di overseas sinun suka berpanas menjemur diri ketika musim ini.

Kami sampai di krabi setelah 6 jam perjalanan . Perjalanan yang agak memenatkan juga tapi kerana overexcited itu buat kami penat sebenarnya. udah lah kami tak menempah hotel. hotel yang kami nak duduk plak sudah penuh, jadi kami dengan bantuan suki  (dengan bayaran 30 rm)  dapat hotel di NONG Eed Resort yang di miliki oleh orang Islam. Untuk Hotel kami di kena kan rm250.00 semalam. Agak mahal bagi kami dengan bilik yang just okay itu.

www.nongeedbungalows.com Tel 075-637237
jika anda mempunyai masalah cari lah Encik YUN  Tel: 081-3885771
encik yun ini boleh berbahasa melayu.

   photo 20130124_095851_zps0d01b80f.jpg
di sini banyak halal food (AGAK MAHAL) maka jangan lah khuatir sangat tetapi ada segelintir kedai makan yang mempamirkan tanda halal atau bulan dan bintang tetapi kena tengok juga lah persekitarannya. Kalau boleh Fastfood seperti mekdi atau kfc di tempat ini jangan lah masuk.
Sembang sembang dengan Encik Yun dia kata dia tak pasti kehalalan di fast food di Krabi . Pendek kata dia sendiri tak pernah makan di situ kerana ragu dengan halalnya,
   photo 20130123_151331_zpsdb7e90d1.jpg
Ini tuk tuk. untuk pergi sight seeing kena tanya betul betul harga nya . Seorang tuk tuk akan charge rm2.00 tetapi malam itu makcik kena rm20.00 untuk pusing satu bandar. cekik darah juga pakcik melayu yang berasal dari jitra kedah ini.

terjumpa lah warung ini ..kalau mat salleh selamba jer makan kat tepi jalan ini kan pulak kita kan..tapi we made wrong decision end of the day makcik dan puteri lilin tercirit.
 photo 20130123_151258_zpsd479f714.jpg

the tempura is nice. dia display macam ini pas kita pilih apa yang kita nak tu ia nya akan di goreng lagi. kemudian makan dengan sos pedas manis
   photo 20130123_150657_zpsa096b922.jpg
tempting kan..tapi bila di makan isi nya sangat lembik macam dah berhari hari .kalau perut tak kuat di sarankan jangan makan. boleh menyumbang kepada keracunan makanan.

kalau pergi krabi tak berpergian di pantai memang tak sah lah kan. sambil cuci mata :)
   photo 20130123_112626_zpsb0ff8e1e.jpg

Ini di hatyai di pasar terapung. i like it here cuma nya air sungai nih nampak sangat  kotor.

 photo P1250657_zpsaaf46e4e.jpg
ohhh...makcik sangat suka kan pasu itu. pasu kecil itu untuk kita letak minuman kita. disamping bekas pasu yang boleh di bawa pulang, kita boleh beli air menggunakan bekas didalam buluh , this time makcik rembat pasu yang pelbagai rupa itu.  best dan unik. makcik tanam hasrat akan datang balik ke sini.. one day. In Sya ALLAH

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...