Monday, February 11, 2013

CHEESE CAKE SEMPOI

Assalamualaikum untuk semua. I'm Back! 2012 banyak meninggal kan kenangan..bak kata orang kenangan pahit manis. Makcik harap tahun ini akan lebih baik dari tahun yang sebelum nya. Tahun ini akan jadi tahun yang bajet tight untuk makcik kerana si abang dah masuk U. so ada 2 anak yang harus di taja pelajaran nya, kemudian ditaja tiket kapal terbang yang mungkin menganggap miri atau kuching ke kl adalah seperti dari kl ke shah alam. Kemudian poket money yang kekadang lebih dari pekerja di kedai jakel itu.. meaning makcik harus mengikat ketat nafsu makcik untuk bebelanja ~ tak apa lah demi pelajaran anak anak. In sya ALLAH. makcik harap semua perancangan makcik pada tahun ini dipermudahkan oleh ALLAH. Amin 
 photo IMG_5834_zps4859ef6e.jpg
sementara nak mengubat hati kita yang tengah lara duka nestapa ala ala bajet sudah ketat ini kita makan cake cheese dulu iyer. Kek cheese yang sempoi ini tidak memerlukan oven. dah siap semua kita cuma sejukkan kedalam peti sejuk.
 photo 5e9cd95d_zps004b9148.jpg
selalunya orang buat begini tapi makcik ubah sikit dgn tahap kerajin malasan tangan makcik :)


mari kita tengok bahan nya:-

4 bungkus salted cheese biskut atau anda boleh juga guna kan biskut oreo yang di buang intinya
250gm cream cheese  atau lebih sikit untuk yang suka rasa cheese yang pekat- guna jenama philphedia cheese
50gm gula halus
100gm butter
250gm whipping cream
180ml yogurt berperasa (makcik letak blueberry atau pun pic)

caranya:-

pukul cream cheese, gula halus dan juga butter sehingga kembang dan ringan. masukkan whipping cream. pukul lagi sehingga sebati . apabila sudah sebati masukkan yogurt. 

step 1
lapikkan loyang dengan aluminium foil atau pun kertas plastic. masukkan  adunan cream cheese sebanyak 2 senduk..ratakan adunan dan susun kan biskut salted cheese ataupun biskut oreo. anda boleh juga menggunakan kedua jenis biskut ini dengan membuat lapisan pertama biskut oreo dan lapisan kedua biskut salted cheese. setiap lapisan di lapiskan dengan 2 senduk adunan cheese. ulangi proses sehingga habis. di permukaan lapisan kek cheese ini , taburkan dengan nestum susu jika suka atau anda boleh taburkan dengan parutan cheese cheddar.
dah siap semua itu, tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan sejukkan semalaman didalam peti sejuk.

disini makcik buat lapisan nya menggunakan roti marie yang makcik hancurkan dan kemudian masukkan cairan butter. sejukkan didalam peti sejuk dan makcik lapiskan dengan lapisan cheese dan kepingan roti salted cheese. diatas nya makcik taburkan dengan serbuk oat dan kekacang

try lah buat..sangat senang dan kos nya pun sangat murah.

 photo IMG_5868_zps117e5aa0.jpg

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...