Thursday, February 21, 2013

DOUGHNUT

HARI MANIS LAGI. terima kasih kepada empunya resipi..makcik malas nak bercoleteh panjang..sehari dua nih penat jer..penat badan penat minda..

 photo 69430731_zps7391d58c.jpg

Donut Gebu

 kredit to http://aziejaya.blogspot.com/

Bahan-bahan
500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum
1 peket yis segera-11gram
50g marjerin/mentega
1 sudu besar (penuh) shortening
2 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung
1 biji Telur
1/2 sudu kecil garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)

Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam.
Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening.
Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).

Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih).

Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je). Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini. Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda.

Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan. Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur)

Goreng sehingga kekuningan dan toskan di atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan bersama gula kaster atau topping kegemaran anda.


Donut Kentang

Bahan-bahan
500 gram tepung berprotein tinggi/gandum
50 gram susu tepung
11 gram yis
200 gram kentang, kukus, haluskan dan dinginkan (akak rebus dan lenyekkan)
100 gram gula pasir
75 gram mentega/marjerin
½ sudu kecil garam
4 biji kuning telur
100 ml air sejuk dari peti ais

Cara-caranya

Dalam mangkuk besar, satukan tepung gandum, gula, susu tepung, yis dan digaul rata.
Masukkan kentang halus, kacau rata dahulu sebelum dituang telur dan air sejuk.
Uli hingga rata dan setengah elastik. Selepas itu, baru dimasukkan mentega dan garam, uli terus hingga menjadi elastik.
Rehatkan selama 15 minit.

Bahagi doh kepada 50 gram dan dibulatkan licin. Rehatkan lagi selama 15 minit sehingga mengembang.
Buatkan lubang di tengah tengah dengan gerakan memutar dan segera digoreng dalam minyak sederhana panas sehingga berwarna kuning keperangan. Angkat dan toskan.

Tabur dengan gula kaster atau hias dengan coklat. Jika mahu disimpan, boleh juga digoreng separuh masak.

Tips: Sediakan semua bahan yang diperlukan terlebih dahulu sebelum mula mengadun. Aturannya yang perlu dipatuhi,
yis tak boleh bertemu dengan majerin atau garam kerana dikuatiri akan mematikan yis.
Masukkan hanya setelah adunan setengah kalis Kentang perlu halus dan disejukkan dulu supaya yis tidak mati.
Uli adunan sehingga licin dan kalis elastik supaya menghasilkan donut yang bulat cantik ketika digoreng.
Rehatkan adunan selama 20-30 minit dengan ditutup supaya tidak kering.
Buat lubang ditengah dengan gerakan memutar dan terus digoreng dengan api sederhana supaya masak rata. Balik balikan apabila satu permukaan sudah kekuningan.

2 comments:

Azie Kitchen said...

Sedap nyer nampak donut gebu tu. biasanya dibuat banyak banyak dan simpan dalam freezer. Bila nak makan, tinggal digoreng jer

Unknown said...

memang sedap nih. :) thanks for sharing the nice recipe. camna nak letak lam freezer. kena goreng sebentar ker?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...