Assalamualaikum, tak tahu di mana makcik nak mulakan. Setelah beberapa hari tak update blog, makcik ingat nak update tentang aktiviti makanan yang sempat makcik snappy dengan henpon cap ayam makcik tapi malam tadi lepas makcik terima sms dari Pia dari mengantuk terus terjaga. Our forum friend yang makcik kenali as MAID OF VENUS aka Medison B aka Kak Med atau nama sebenarnya Sharifah Neng Salmi Barakbah telah pergi meninggal kan kita @ 2.30petang di Hospital @ Alor Setar. Makcik kenal dia bila makcik join forum Infogossip.com about 6 years ago sekarang lebih di kenali dengan nama IGnet. The last entry arwah MED membuat siapa saja akan merasa betapa kuat dan tabah dia dalam menempuhi dugaan hidup dikelilingi orang orang yang menyayangi dia. Arwah meninggal dalam umur 38 tahun ..*sigh* Itu lah aturan hidup kita , ALLAH merancang segala-galanya. Semoga ALLAH ampun kan dosa dia selama ini dan di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Dan makcik halalkan apa saja benda , atau dari rasa kurang puashati makcik terhadap dia dulu..makcik halalkan dunia dan akhirat, Sesungguhnya makcik berharap syurga dan ketenangan yang hakiki untuk NENG SALMI di alam yang satu lagi. Hanya al-fatihah dan surah yassin yang dapat makcik sedekah kan untuk neng. AL-fatihah sekali lagi .
Didalam kenangan makcik dengan Med, makcik adalah peminat kerepek bilis lilit yang dia jual sepanjang bulan ramadan/hari raya. Sejak dia bisness kerepek itu, makcik lah pelanggan tetap. Sekarang agent kerepek dah tak ada lagi.. :(
Kalau kita di alam maya menyayangi Arwah dan terasa kehilangan arwah, sudah tentu keluarga arwah lebih lagi meratapi hiba kehilangan arwah. Di bulan ramadan ini sesungguhnya arwah mendapat keberkatan yang berlipat ganda, bulan yang sentiasa di nanti dan di doa kan agar di "ambil" pada waktu ini, lebih lebih lagi sewaktu hari nuzul al-quran. Tenang lah Neng Salmi di sana. semoga ALLAH permudahkan segala urusan Neng Salmi setelah mengharungi waktu kesukaran dan penderitaan yang memeritkan. Selamat Tinggal Med. I'm gonna miss you
No comments:
Post a Comment