Friday, August 5, 2011

Al-Fatihah Untuk Yang Pergi

Pertama kali makcik kehilangan orang yang disayangi pada 1992~ 3 Hari sebelum my dotter lahir. Makcik kehilangan datuk iaitu bapa kepada emak makcik walaupun i have to be honest kehilangan itu hanya seperti biasa biasa saja..makcik tak rapat sangat dengan arwah ~ jenis yang suka membebel (tapi makcik harus akui dengan cucu cucu yang lasak haruslah dia membebel ) tapi siapa makcik nak judge orang kan.. selepas itu followed by few others family member sebelah emak..again i dont felt as if that was a big issued until in 2002 makcik kehilangan pakcik (suami kepada kakak emak makcik) whom i addressed as Wa'Mawi. Funny guy , jenis yang lurus bendul yang tak pernah kecik hati - with him makcik asyik ketawa..ketawakan dia dengan telatah yang entah apa apa ~ jahat tak makcik? but Im his favourite anak buah also.. bila he was diagnosed with skin and bone cancer , dia asyik tanya makcik. kiranya the moment doktor sahkan dia sakit, he called me up. and i'm like on the last plane that evening untuk bersama dengan nya. ..syukur makcik sempat jaga dia walau hanya seminggu. Dia dah lama pergi but somehow i never felt begitu..makcik rasa dia ada..still around cuma tak nampak.Dan balik ke kuching sudah tidak "exciting" lagi rasanya. makcik rindu dia, his telatah yang gila gila and i missed his kari kambing..no one make prefect kari kambing macam dia.
Lepas dia, a big impact for me bila nenek adi (bapa kepada bapa makcik) left. infront of me and within kontroversi family members..makcik syukur makcik dah jaga dia, di waktu senang sihat dan di waktu sakitnya. In 2005 his wife pula menyusul..also di depan makcik.
that was a big impact for me, banyak sejarah dan cerita yang tersingkap since mereka tinggal dengan makcik ... (diantara kehidupan makcik yang que sera que sera dan kehidupan tua mereka, makcik belajar erti kehidupan sebenar.) kehidupan tidak semestinya manis . I missed them ..sungguh. And makcik harap anak anak makcik walaupun sedikit itu tidak akan mensia siakan ibubapa mereka..walaupun makcik tak ada apa apa, dan ayah mereka bukan orang yang berada. ... makcik berharap ikatan kekeluargaan tetap di utamakan kerana kalau bukan keluarga hidup sebenarnya hanya lah sia sia....dan kosong..percaya lah...sekadar mengingatkan makcik atau yang singgah ke blog makcik, jangan lupa asal usul , agama yang di junjung, kalimah dan kiblat yang satu juga ibubapa dan adik beradik~ keluarga.(walaupun kita tidak berapa nak sependapat dengan mereka) as time goes by hanya mereka lah yang kita ada. percaya lah..~~
AL-Fatihah untuk mereka yang telah tiada. sesungguhnya kerinduan itu sentiasa ada.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...