Saturday, September 8, 2012

LAKSAM

 photo dfa8f94c_zps52f5076d.jpglaksam anyone? bukan laksam sepenuh nya sebab makcik letak bee hoon di dalam nya. makcik buat untuk sedekah ke surau malam jumaat lepas. Suka benar jemaah surau. kan main pujian yang di terima. ALhamdulilah..credit untuk empunya resipi. tapi makcik adjust sikit sana sini)
i cant remember dari blogger mana makcik dapat resipi ini tapi kalau dia terjumpa credit to her. terima kasih kerana sudi share resipi ini.

esok pagi makcik dah nak ke tempat mertua. berbanding dulu kali ini berkobar kobar jer rasanya nak kesana, awal jer makcik berkemas baju tuk travel esok hari..apa kes? hahahaha..sebab makcik dah taw kat mana nak beli cerita korea dengan harga yang murah. last trip makcik dah borong banyak.. memang puashati lah leh mengadap tv without rasa boring tanpa aktiviti kononnya. tadi siang siap cakap nak borong cerita..encik somi just diam jer..tak pa..tak pa ..dah sampai sana leh pujuk lagi.

oraittt enuff of all the cerita kosong itiew..jom kita masak laksam cara makcik
 photo 7332dc99_zps8d8d6226.jpg

Resepi Laksam:
4 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum (resipi asal tak ada tepung gandum tapi makcik letak)
2 cawan air sejuk (makcik tambah 1 1/2 cawan air lagi)
3 cawan air panas
Sedikit garam

Minyak utk melengser
Caranya:
Tepung beras dicampur sedikit garam dan digaul sebati dgn air sejuk terlebih dahulu baru dimasukkan air panas.Biar seketika atau lebih kurang dalam setengah jam. Panaskan periuk kukusan hingga mendidih(lebih besar lebih cepat proses mengukus kerana tudung periuk yg besar boleh diguna)
Masukkan aduanan kedlm tudung periuk yg dilengser minyak dan sudah diletakkan dalam kukusan.Lebih elok tudung kukusan dibalut kain bersih supaya wap2 air tidak menitik.Biarkan agak mengelembung atau lebih kurang dalam 2 minit.Angkat dan sejukan barulah digulung.Seelok2nya guna tudung periuk@dulang berlainan setiap kali mengukus supaya lebih cantik gulungan laksam yg terhasil .

Kuah Laksam or Laksa:
5 ekor ikan selayang@sardin plus 2 ekor selar(direbus)-asing isi dan tulang
(makcik guna ikan kembong)

15 biji bawang merah
Seulas bawang putih
Sebuku halia
1 sudu besar lada hitam
2-4 keping asam keping ikut kesesuaian
1 Pek Santan(jadikan dalam 350-400 ml)/RM2)(makcik guna 1 liter santan kara)

Cara:
Isi dan tulang ikan ikan diblender asing2 dgn sedikit air dan yg tulang ditapis.Bahan2 lain ditumbuk atau blender pastu campurkan dgn santan dan sedikit air hingga mengelegak tutup api supaya santan tidak naik minyak. (makcik letak daun kesom didalam kuah laksam untuk membangkitkan rasa dan bau wangi)


Dressing:
Daun serai kayu{sebagai ulam utama/nama lain daun salam,samak kelat,bay leaf,daeng klua(Thai)}
Daun kesum
Daun ketereh/gajus
Timun Batang
Kacang Panjang
Bunga Kantan
Kacang Cambah@Taugeh
Kubis
***semua ulam2an dihiris halus2...
makcik cuma guna kobis, kacang panjang, bunga kantan dan taugeh

Sambal Lado:
Cili padi,
Cili kering
Belacan bakar
Sedikit perahan limau nipis
Garam &  gula secukup rasa

selamat mencuba

Rezeki dari Kota Mekah

a gift dari kota mekah. thanks so much cek jah. semoga rezeki mu bertambah tambah murah. mana taw berkat aura dari kota mekah nih, makcik plak akan menyusul. doakan iyer..
 photo cffd139b_zps1a940002.jpg


 photo 8db7a325_zps4bff0acd.jpg

 photo a95bb057_zpsdf912753.jpg
 

Monday, September 3, 2012

Darl

 photo 2eae34c7-8edb-4d5e-a1c1-2d73e1231e6c_zpsbb2c688d.jpgAssalamualaikum and a very good morning sunshine. hope minggu ini berjalan dengan baik.Insyallah ~ meskipun beg duit dah makin kempis. tak per..kayuh pelan pelan. :)
si puteri lilin buat final hari ini for 2nd semester. harap everything berjalan dengan baik. ok..makcik yang terlebih risau. harap dapat pointer yang lebih kaw kaw. insyaallah.

23 years ago i meet this guy..di perkenalkan kepada makcik on my birthday. I was with someone else (al maklum lah kan birthday girl) and dia teman kan his friend attend my birthday party. . We dont shake hand just senyum and angguk kepala. setahun kemudian i meet him again. This time i teman kan my housemate dating and dia temankan my housemate patner.  its not a double date okay  bukan di plan kan sebab my housemate tak mention pasal patner date dia bawa teman. Yes...he noticed me. i remembered that time we less talk tapi just senyum and curi curi pandang.  then on my second time jumpa he proposed me. macam cerita drama tak swasta plak kan.  Itu lah takdir. perhap after berkahwin, i fall in love with his deep husky voice. la nih plak dah tak husky lagi..but dia lah pelindung keluarga makcik.

with 3 kids, a simple house to live in and still laugh together walau i cry seorang seorang dia buat derk jer..what more harus di demand? 
happy birthday Hubby Darl. semoga sentiasa sihat dirahmati ALLAH dan sentiasa di murahkan rezeki. AMIN

Sunday, September 2, 2012

KEK SULTANA KACANG GAJUS

before kita tengok resepi nya makcik nak cerita sikit. 3 month sebelumnya, dia bermimpi di patuk ular hitam yang besar, actually didalam mimpinya ular itu hendak membaham kawan baik nya tetapi dia sempat menyelamatkan kawan nya sebelum dia sendiri di patuk ular tersebut dekat kaki kiri. bila dia terjaga pada pagi nya dia ceritakan mimpi itu pada ibunya. ibunya kata itu hanya mainan tido. jangan fikir sangat sangat. yang pelik nya pada sebelah petang, dia perasan kaki kirinya bengkak dan kehitaman. mula mula hanya bengkak yang tidak sakit tapi sebelah malam nya menyengat bisa. start from that moment, banyak juga lah tempat dia berubat, kat tempat tradisional dan hospital. kemudian kat hospital kecil itu mereferkan dia sebagai terkena bone cancer. macam cepat jer benda ini terjadi. dari hospital kecil itu di rujuk ke hospital besar kuching for chemo. 1st chemo done. since dia perlu berulang alik ke hospital maka dia di tempat kan di rumah kebajikan di kuching untuk memudahkan dia mendapat rawatan. on 1st day of raya 2012, the family spent time with her, beraya di rumah kebajikan  she was so happy. on the second day , the family bawa dia pergi berkelah di tepi pantai since dia sihat, dia pun bukan lah duduk dlm hospital cuma sebagai out patient jer.

Mesti happening makan time dan beraya di tepi pantai. Imaging the hugging, the touching, the soft spoken words at ease dan senyuman yang tak lekang di bibir thanking the mother for everything tiba tiba petang nya dia mengadu dia sakit perut dan cuma perkataan tolong before dia pengsan dan tidak bangun bangun lagi dalam pelukan ibunya.
the kelam kabut moment di pantai jadi peristiwa yang tidak dapat di lupakan. the ambulance came and dia di sahkan meninggal dunia.
....membawa jenazah balik ada lah satu hal yang sungguh menyayat hati. untuk membawa jenazah balik ke limbang via airplane untuk keluarga kurang mampu adalah mustahil. since mereka tidak kenal orang di kuching untuk menolong mereka, urusan jenazah terpaksa di lakukan melalui jalan darat. satu malam terbuang sia sia kerana urusan mendapat permit membawa jenazah melalui jalan brunei agak sukar kerana ketika itu semua pejabat sudah tutup untuk cuti raya. dari kuching ke miri kalau driving dalam 14 jam untuk pemanduan biasa. kalau macam pelesit kurang kan 2 jam itu. dari miri ke limbang akan mengambil masa 5 jam jika tidak ada jem kat border. bayang kan jenazah di bawa siang malam dalam van rusa melalui jalan berlubang serta melintas hutan tebal di malam hari.
they reached limbang pukul 10 pagi 2 hari selepas dia meninggal. the boyfriend was so sad sehingga tak boleh bercakap apa apa. the mom pengsan beberapa kali. the father tak ada ayat untuk di cakapkan. semua trauma. selepas di mandikan dan di kafan kan and all those last farewell. dia pergi selama nya. yes kaki kiri itu yang konon nya cancer, isinya pahanya pecah. still a misteri

Alfatihah untuk Ina Salim. She was only 20 years old, the only daughter and eldest of 4 siblings.My ipar punya anak buah. seorang yang comel, cantik dan peramah and now she's in heaven. semoga mereka semua tabah dalam penderitaan ini. huhhhhh...I was so speechless.Lets not talk abt that anymore.

 photo a5259df7_zps1c0ff450.jpg
 this year as i told u guys semua nya kebanyakan kek kukus lama. yang resipi  nya makcik dah simpan berabad dah. kalau manusia dan beranak pinak juga lah gamaknya. one of my favourite kek. jangan pandang pada rupa kek..rasa dulu baru taw. 
 photo 89f13ae5_zpsf1223212.jpg
 
KEK SULTANA KACANG GAJUS

10 biji telor
16oz mentega
100gm  ghee
1 botol kecil horlick
480gm  tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1 gelas gula kasar
1 tin susu manis
Sedikit pewarna kuning
1 sudu kecil vanilla

Digaul bersama bersama sedikit tepung gandum dan baking powder
½ kg kacang gajus – di belah dua dan di sangai – oven sekejap
6 bungkus masam manis

Pukul telor dan gula sehingga kembang . mentega dan susu  di kuar rata. Masukkan kedalam adunan telor. Masukkan horlick dan tepung. Kuar lagi sehingga sebati. Masukkan buah buahan. Kuar perlahan. Akhir sekali masukkan ghee,  kuar lagi sebati.
Lenser loyang dengan kertas minyak, tuangkan adunan kedalam loyang dan kukus sehingga 5 jam.

Tutup permukaan Loyang dengan plastic dan aluminium foil. Kukus sehingga masak.

Thursday, August 30, 2012

Steamboat Anyone?

teringin? hahaha..harus lah lepas ini berkejar kat johnnys atau flamingo kan. jangan salah kan makcik iyer. The healthy one selepas berminggu makan benda tak sihat..alalala..tak sihat tu..kek yang sedap, laksa sarawak dan kari rendang yang berlemak berkrim. tu tak kira mencicip itu dan ini ketika berziarah raya. adoyaii
 photo d20fc367_zps97502852.jpg
Its happens gara gara termimpi makan steamboat di tengahari sampai tido nya terbabas sehingga pukul 2.45 petang. kelam kabut makcik bangun sebab dah terlewat amik budak balik sekolah, padahal pagi tadi makcik dah berjanji nak amik mereka awal. nih gara gara semalam layan cerita korea @ 49 days tu. Lepas amik budak balik sekolah petangnya bergesa ke supermarket untuk membeli ramuan yang di perlukan..penangan mimpi steamboat di siang hari. jahat sungguh kan nafsu bila kita berpuasa ini. huhuhu
 photo b1136f6e_zps596613a2.jpg my unplan steamboat menu untuk berbuka puasa..misi hanya siap pukul 8 malam selepas acara pung pang pung pang pukul 6 petang dalam dapur. terduduk juga lah makcik di buat nya. tapi tengok muka dillah yang kekenyangan dan kepuasan, seronok lah juga. betul lah kata orang..mood akan jadi baik jika makan makanan yang sedap..gara gara membayar puasa dan makcik tak masak  menjadi kan mood dia macam angin kus kus. itu tak kena ini tak kena..cakap pon macam nak tak nak jer. uishhhh sabar lah hati ini..
lets see soup steamboat kita hari ini. i love the taste of the steamboat soup masa makan kat singapore. infact ada 2 version. yang guna rebusan air ikan bilis dan juga soya bean. i remembered sebab rasa sedap sangat sangat itu, makcik sampai tanya cina yang jual  steamboat kat foodcourt  situ. cant remembered mall tu tapi rasanya kat jurong. untuk soup kali ini makcik guna soya bean. the clear soup. bapa komen soup orang sakit tak rasa apa apa..hehehehe..tapi bertambah juga lah 3 mangkuk dinner tadi.
 photo be715be7_zps3e905571.jpg
mine, untuk perbukaan letak seaweed dan juga silken tofu..waduh..okay..nikmat sampai la nih pon boleh telan air liur. Rasa soup yang mild..berkhasiat iyer..boleh buat tuk diet nih.

 photo 2f186875_zpsbee63098.jpg
orait..yang ini the centre of attraction. sambal steamboat yang pergh perghhhhhhh , memang puashati lah
 photo 7d4bb215_zpsc270d938.jpg
sebab cendawan adalah satu kesukaan makcik..maka pilihan hari ini adalah berbagai bagai rupa bentuk cendawan.
 photo 84099c3d_zps57e5fd56.jpg
yeah..cam biasa kena ada fish ball, sotong ball, crab stick..seaweed..tofu, semua tu penambah rasa untuk soup kita.
 photo 0ae0a47e_zpse52998dc.jpg
jangan lupa sayuran hijau , good for you
 photo 6614bb6a_zps026a36d9.jpg
yang ini pendatang tanpa izin...chicken tail..bahasa sopan iyer..kesukaan makcik nih..leh tambah lemak lemak yang memang dah banyak dalam badan makcik nih. cicah ngan sambal steamboat kita tu...waduh waduh.. nak buka kedai steamboat lah  pas nih.


 photo d052e3bc_zpsa5f3d68d.jpg j
Jemput makan..

Thank you

 photo 295f8aad_zpse3dca4da.jpg coklat pavlova jer yang makcik sempat buat untuk si puteri lilin masa raya ari tu. wishlist yang lain terpaksa di simpan dulu . almaklum lah stock makanan kat rumah nih 2 tahun pon lom tentu abis. riak tak..errr..idak lah...2 tahun tu sebab orang kat rumah nih  bukan jenis yang krap krup sepanjang masa. tak tahu dari mana datang nya mood rajin si puteri lilin malam sebelum dia nak balik kay el. memasak dinner untuk kita semua. tersentuh lah hati makcik, ala ala terharu yang di simpan didalam hati. mana tak nya, dalam makcik asyik membebel risau dengan berihitam yang sentiasa di tangan serta tasbih dan exercise jari yang kecik gebu, okay fine, makcik nih risau jer kalau dia nih salah pilih dot dot dot, takut giler makcik kalau makcik tak mampu nak menjaga dia as encik somi cakap dia amanahkan anak anak di bawah jagaan makcik, baik buruk makcik yang bentuk, huhhh berat giler dah tanggungjawab makcik, maka kekadang urat urat yang timbul dan kejadian kedut itu adalah atas pengaruh pemikiran terhadap mereka mereka ini.. boleh tak gitu.

 photo befb5e75_zps1865c9b0.jpg
sometimes kids right, tapi instinct mom jangan lah di pelekeh kan.. di saat kita sudah putus harap blessing parent esp mom adalah yang terbaik..owh...makcik dah melalut. sebelum gi jauh elok fullstop sini.

okay, this recipe menjadi faberet kita orang. labu kuning yang di panggang. selalunya makcik rebus dulu kemudian di dash kan dengan olive oil , lada dan garam serta rosemary atau mixed herb.. pastu panggang..
 photo 3194e7f6_zps4dfc33be.jpg


 photo 25dc3ff5_zpsf585d2bc.jpg
grill tomatoes, we loves tomatoes, alhamdulilah my kids makan sayuran

 photo 9121555f_zps4f112810.jpg

i love this one, mushroom nih  sedap jer. of koz lah kan sebab makcik suka sayuran. tak taw dia buat camna sebab the food semua tersedia jer untuk makcik jamah.

 photo 475540cd_zps7228bf5a.jpg
and yes this one..dunno know camna dia dapat idea nih untuk buat camgini but kembang juga lah hati makcik sebab skill memasak tu masih ada lagi dalam diri dia selepas bertahun tahun jarang masuk dapur. the white sauce with brocolli with cheese.. memang superb tapi dalam superb tu , berbekas juga lah tangan dia tu dek kerana oven yang panas..hmmm....
 photo 3e647f2b_zpse7b750db.jpg

sayang intan payung nyawa mama. thank you sebab masak untuk mama, thank you sebab kembang dan bunga bunga kan hati mama dan thank you sebab jadi anak mama yang baik.

Monday, August 27, 2012

CRUMBLE TART BELIMBING

Assalamualaikum dan selamat hari raya  pada teman alam maya yang sudi singgah ke tempat makcik hari ini... camna raya u ols semua. makcik as usual bz yang tak henggat dunia. 2 hari open house cukup memenat kan. kerja giler lah open house untuk 2 hari berturut turut. memang pengsan lepas tu. hari pertama untuk keluarga dan saudara mara dan hari kedua untuk vip gitu. the next day travel ke tempat mertua. memang penat badan dan minda. next year nak bercuti lah rasanya. harus mak bising bising lagi kalau raya kat tempat orang.
Alhamdulilah kerana hari ini makcik  bangun dari tidur dan masih sihat seperti semalam. Alhamdulilah dan syukur kehadrat Allah SWT yang makcik masih lagi bernafas dan diberi peluang untuk hidup di kalangan orang orang yang makcik kasihi dan juga di berikan kesempatan oleh NYA agar makcik bertaubat kepada-Nya hari ini.


Hari ini makcik terfikir tentang manusia yang sering berfikiran jahat dan berburuk sangka terhadap manusia lain. Siapa lah kita untuk menilai baik dan buruk insan lain. Di akhir zaman ini baik dan buruk diri manusia itu bukan kita yang harus menilai sebaliknya ALLAH  yang MAHA ESA. Jadi hari ini marilah kita (termasuk diri makcik sendiri) Buangkanlah sikap suka memburuk- buruk kan sesama kita kerana sifat itu paling disukai oleh syaitan yang suka melihat kita bermusuhan dan berburuk sangka kepada mereka yang kita sendiri tidak kenali kebaikan budinya.. Semoga Allah SWT sentiasa menerima keampunan dari kita hamba hamba yang lalai juga menganiaya diri sendiri. ~ *sekadar mengingati diri makcik sendiri*

btw tart belimbing ini telah lama makcik buat. kesempatan nak mengupload jer belum ada.   Untuk filling nya makcik gunakan belimbing dan memberi sedikit minyak sapi untuk kelainan rasanya. ternyata gabungan rasa belimbing dan minyak sapi itu sendiri memberi rasa ummphhh pada sauce kita pada hari ini walaupun pada mula nya makcik agak ragu ragu. tak cuba tak taw kan..untuk kulit nya pula makcik masih menggunakan resipi kulit pie dari cik azlita. untuk crumble nya makcik gunakan crumble dari resipi plum cobbler yang sering makcik buat dulu. yuk kita lihat resep nya.
 photo b8aaa5c8_zps4eac7596.jpg
 CRUMBLE TART BELIMBING

Bahan Untuk Kulit Pastri:-
1 kuning telor
2 sudu air sejuk dari peti sejuk
1 sudu kecil vanilla extract
1 1/4 cawan tepung gandum
1/3 cawan gula
1/4 sudu kecil garam
8 sudu besar mentega dari peti sejuk

caranya:
dalam mangkuk kecil, campurkan kuning telor , air dan vanila, biarlah sebentar dalam mangkuk besar, campurkan tepung, gula dan garam. kacau sebati. dengan menggunakan pasrty cutter atau pisau, potong mentega kedalam tepung dan gaul sehingga menjadi serbuk roti masukkan campuran kuning telor dan gaul dengan garfu sehingga dough sekata.

**jika menggunakan stand mixer, masukkan tepung, gula dan garam kedalam mangkuk pengadun dan adun agar ia nya sebati. masukkan mentega dan pukul dengan medium low speed sehingga doh menjadi seperti serbuk roti. masukkan bahan telor. adun sekejap jer sehingga doh  terbentuk .masukkan doh kedalam plastic bag dan simpan didalam peti sejuk selama 30 minit.
Bahan Inti
6 biji Buah Belimbing - di potong memanjang dan kemudian di potong kecik kecik
Secubit garam
1 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak sapi
100g gula perang
2 sudu besar tepung jagung + 1 sudu air masak

Belimbing di cuci bersih dan dibuang bijinya dan kemudian dihiris nipis.Ketepikan.Panaskan gula dan mentega. Kacau rata.Masukkan hirisan belimbing. Gaul rata. Masukkan tepung jagung.Kacau hingga belimbing lembut dan kuahnya pekat. masukkan minyak sapi. rasakan sos belimbing ini jika ia mengena selera manis tekak anda. tambah gula jika perlu tapi perlu diingatkan kita akan membuat crumble di atasnya yang menggunakan gula lagi .angkat kan filling kita dan sejukkan.

 photo 95b4facb_zpse7163ebc.jpg
Bahan Crumble menggunakan Oats
1/3 cawan light brown sugar (Gula Perang)
1/3 cawan  tepung gandum
1/2 cawan old-fashioned rolled oats
1/8 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis (jika suka)
3 sudu makan mentega sejuk – potong kecil

Campurkan gula perang dengan tepung gandum, oats , garam dan kayu manis (jika suka) dan mentega sejuk sehingga menjadi serbuk roti. Taburkan crumble ini keatas tart belimbing tadi dan bakar sehingga 30 – 35 minutes atau sehingga crumble di atas menjadi garing. Boleh di hidangkan dengan aiskrim.  Hehehe.
   
Disini makcik berikan resipi crumble tanpa menggunakan oat. Bagi yang tak suka oat gunakan lah crumble yang mudah ini saja. 

Bahan Crumble tanpa Oats
65 g Butter (Unsalted)  - dari peti sejuk                        
30 g gula castor                                       
35 g  gula perang                                
125g tepung gandum
Secubit serbuk kayu manis jika suka
   
Potong Cube mentega untuk memudahkan kerja kita semua. Masukkan semua bahan didalam mangkuk besar dan pastikan jejari anda sudah di cuci bersih, boleh gunakan sudu atau garfu untuk keselesaan anda semua. Campur semuanya sehingga rata dan seperti serbuk roti. Taburkan crumble diatas tart kita tadi, sprinkle atas nya dengan serbuk kulit kayu manis (jika suka) dan sedikit gula perang untuk rupa yang menawan. Kalau tak nak pon tak apa.
   photo 60c82396_zps01ffdecc.jpg
Cara Menyediakan Tart
Panaskan ketuhar pada suhu 180°C / 350°F / Gas Mark 5. kepanasan oven tak sama jadi sila lah bercinta dulu dengan  oven anda sebelum meng set kan suhu oven ~ harus di ingatkan suhu oven yang baru dengan yang lama agak tak sama,. Sediakan acuan tart kecil kecil. kalau nak guna acuan tart yang besar pun tak apa. Keluarkan doh pastri dari peti sejuk.Canai doh pastri menjadi sederhana nipis . Alihkan kedalam acuan tart. Kemaskan tepinya dengan cara memotong dengan pisau untuk kemasan yang cantik dan buangkan lebihan doh. Masukan inti ke dalam tart hingga penuh. Tutupkan atas tart dengan crumble..Bakar tart selama 30-40 minit pada suhu sederhana oven anda. tart yang sempurna masaknya bila crumble yang terhasil di  bahagian atas tart berwarna perang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...