Assalamualaikum dan selamat hari raya pada teman alam maya yang sudi singgah ke tempat makcik hari ini... camna raya u ols semua. makcik as usual bz yang tak henggat dunia. 2 hari open house cukup memenat kan. kerja giler lah open house untuk 2 hari berturut turut. memang pengsan lepas tu. hari pertama untuk keluarga dan saudara mara dan hari kedua untuk vip gitu. the next day travel ke tempat mertua. memang penat badan dan minda. next year nak bercuti lah rasanya. harus mak bising bising lagi kalau raya kat tempat orang.
Alhamdulilah kerana hari ini makcik bangun dari tidur dan masih sihat seperti semalam. Alhamdulilah dan syukur kehadrat Allah SWT yang makcik masih lagi bernafas dan diberi peluang untuk hidup di kalangan orang orang yang makcik kasihi dan juga di berikan kesempatan oleh NYA agar makcik bertaubat kepada-Nya hari ini.
Hari ini makcik terfikir tentang manusia yang sering berfikiran jahat dan berburuk sangka terhadap manusia lain. Siapa lah kita untuk menilai baik dan buruk insan lain. Di akhir zaman ini baik dan buruk diri manusia itu bukan kita yang harus menilai sebaliknya ALLAH yang MAHA ESA. Jadi hari ini marilah kita (termasuk diri makcik sendiri) Buangkanlah sikap suka memburuk- buruk kan sesama kita kerana sifat itu paling disukai oleh syaitan yang suka melihat kita bermusuhan dan berburuk sangka kepada mereka yang kita sendiri tidak kenali kebaikan budinya.. Semoga Allah SWT sentiasa menerima keampunan dari kita hamba hamba yang lalai juga menganiaya diri sendiri. ~ *sekadar mengingati diri makcik sendiri*
btw tart belimbing ini telah lama makcik buat. kesempatan nak mengupload jer belum ada. Untuk filling nya makcik gunakan belimbing dan memberi sedikit minyak sapi untuk kelainan rasanya. ternyata gabungan rasa belimbing dan minyak sapi itu sendiri memberi rasa ummphhh pada sauce kita pada hari ini walaupun pada mula nya makcik agak ragu ragu. tak cuba tak taw kan..untuk kulit nya pula makcik masih menggunakan resipi kulit pie dari cik azlita. untuk crumble nya makcik gunakan crumble dari resipi plum cobbler yang sering makcik buat dulu. yuk kita lihat resep nya.
CRUMBLE TART BELIMBING
Bahan Untuk Kulit Pastri:-
1 kuning telor2 sudu air sejuk dari peti sejuk
1 sudu kecil vanilla extract
1 1/4 cawan tepung gandum
1/3 cawan gula
1/4 sudu kecil garam
8 sudu besar mentega dari peti sejuk
caranya:
dalam mangkuk kecil, campurkan kuning telor , air dan vanila, biarlah sebentar dalam mangkuk besar, campurkan tepung, gula dan garam. kacau sebati. dengan menggunakan pasrty cutter atau pisau, potong mentega kedalam tepung dan gaul sehingga menjadi serbuk roti masukkan campuran kuning telor dan gaul dengan garfu sehingga dough sekata.
**jika menggunakan stand mixer, masukkan tepung, gula dan garam kedalam mangkuk pengadun dan adun agar ia nya sebati. masukkan mentega dan pukul dengan medium low speed sehingga doh menjadi seperti serbuk roti. masukkan bahan telor. adun sekejap jer sehingga doh terbentuk .masukkan doh kedalam plastic bag dan simpan didalam peti sejuk selama 30 minit.
Bahan Inti
6 biji Buah Belimbing - di potong memanjang dan kemudian di potong kecik kecik
Secubit garam
1 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak sapi
100g gula perang
2 sudu besar tepung jagung + 1 sudu air masak
Belimbing di cuci bersih dan dibuang bijinya dan kemudian dihiris nipis.Ketepikan.Panaskan gula dan mentega. Kacau rata.Masukkan hirisan belimbing. Gaul rata. Masukkan tepung jagung.Kacau hingga belimbing lembut dan kuahnya pekat. masukkan minyak sapi. rasakan sos belimbing ini jika ia mengena selera manis tekak anda. tambah gula jika perlu tapi perlu diingatkan kita akan membuat crumble di atasnya yang menggunakan gula lagi .angkat kan filling kita dan sejukkan.
Bahan Crumble menggunakan Oats
1/3 cawan light brown sugar (Gula Perang)
1/3 cawan tepung gandum
1/2 cawan old-fashioned rolled oats
1/8 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis (jika suka)
3 sudu makan mentega sejuk – potong kecil
Campurkan gula perang dengan tepung gandum, oats , garam dan kayu manis (jika suka) dan mentega sejuk sehingga menjadi serbuk roti. Taburkan crumble ini keatas tart belimbing tadi dan bakar sehingga 30 – 35 minutes atau sehingga crumble di atas menjadi garing. Boleh di hidangkan dengan aiskrim. Hehehe.
Disini makcik berikan resipi crumble tanpa menggunakan oat. Bagi yang tak suka oat gunakan lah crumble yang mudah ini saja.
Bahan Crumble tanpa Oats
65 g Butter (Unsalted) - dari peti sejuk
30 g gula castor
35 g gula perang
125g tepung gandum
Secubit serbuk kayu manis jika suka
Potong Cube mentega untuk memudahkan kerja kita semua. Masukkan semua bahan didalam mangkuk besar dan pastikan jejari anda sudah di cuci bersih, boleh gunakan sudu atau garfu untuk keselesaan anda semua. Campur semuanya sehingga rata dan seperti serbuk roti. Taburkan crumble diatas tart kita tadi, sprinkle atas nya dengan serbuk kulit kayu manis (jika suka) dan sedikit gula perang untuk rupa yang menawan. Kalau tak nak pon tak apa.
Cara Menyediakan Tart
Panaskan ketuhar pada suhu 180°C / 350°F / Gas Mark 5. kepanasan oven tak sama jadi sila lah bercinta dulu dengan oven anda sebelum meng set kan suhu oven ~ harus di ingatkan suhu oven yang baru dengan yang lama agak tak sama,. Sediakan acuan tart kecil kecil. kalau nak guna acuan tart yang besar pun tak apa. Keluarkan doh pastri dari peti sejuk.Canai doh pastri menjadi sederhana nipis . Alihkan kedalam acuan tart. Kemaskan tepinya dengan cara memotong dengan pisau untuk kemasan yang cantik dan buangkan lebihan doh. Masukan inti ke dalam tart hingga penuh. Tutupkan atas tart dengan crumble..Bakar tart selama 30-40 minit pada suhu sederhana oven anda. tart yang sempurna masaknya bila crumble yang terhasil di bahagian atas tart berwarna perang.
No comments:
Post a Comment