laksam anyone? bukan laksam sepenuh nya sebab makcik letak bee hoon di dalam nya. makcik buat untuk sedekah ke surau malam jumaat lepas. Suka benar jemaah surau. kan main pujian yang di terima. ALhamdulilah..credit untuk empunya resipi. tapi makcik adjust sikit sana sini)
i cant remember dari blogger mana makcik dapat resipi ini tapi kalau dia terjumpa credit to her. terima kasih kerana sudi share resipi ini.
esok pagi makcik dah nak ke tempat mertua. berbanding dulu kali ini berkobar kobar jer rasanya nak kesana, awal jer makcik berkemas baju tuk travel esok hari..apa kes? hahahaha..sebab makcik dah taw kat mana nak beli cerita korea dengan harga yang murah. last trip makcik dah borong banyak.. memang puashati lah leh mengadap tv without rasa boring tanpa aktiviti kononnya. tadi siang siap cakap nak borong cerita..encik somi just diam jer..tak pa..tak pa ..dah sampai sana leh pujuk lagi.
oraittt enuff of all the cerita kosong itiew..jom kita masak laksam cara makcik
Resepi Laksam:
4 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum (resipi asal tak ada tepung gandum tapi makcik letak)
2 cawan air sejuk (makcik tambah 1 1/2 cawan air lagi)
3 cawan air panas
Sedikit garam
Minyak utk melengser
Caranya:
Tepung beras dicampur sedikit garam dan digaul sebati dgn air sejuk terlebih dahulu baru dimasukkan air panas.Biar seketika atau lebih kurang dalam setengah jam. Panaskan periuk kukusan hingga mendidih(lebih besar lebih cepat proses mengukus kerana tudung periuk yg besar boleh diguna)
Masukkan aduanan kedlm tudung periuk yg dilengser minyak dan sudah diletakkan dalam kukusan.Lebih elok tudung kukusan dibalut kain bersih supaya wap2 air tidak menitik.Biarkan agak mengelembung atau lebih kurang dalam 2 minit.Angkat dan sejukan barulah digulung.Seelok2nya guna tudung periuk@dulang berlainan setiap kali mengukus supaya lebih cantik gulungan laksam yg terhasil .
Kuah Laksam or Laksa:
5 ekor ikan selayang@sardin plus 2 ekor selar(direbus)-asing isi dan tulang
(makcik guna ikan kembong)
15 biji bawang merah
Seulas bawang putih
Sebuku halia
1 sudu besar lada hitam
2-4 keping asam keping ikut kesesuaian
1 Pek Santan(jadikan dalam 350-400 ml)/RM2)(makcik guna 1 liter santan kara)
Cara:
Isi dan tulang ikan ikan diblender asing2 dgn sedikit air dan yg tulang ditapis.Bahan2 lain ditumbuk atau blender pastu campurkan dgn santan dan sedikit air hingga mengelegak tutup api supaya santan tidak naik minyak. (makcik letak daun kesom didalam kuah laksam untuk membangkitkan rasa dan bau wangi)
Dressing:
Daun serai kayu{sebagai ulam utama/nama lain daun salam,samak kelat,bay leaf,daeng klua(Thai)}
Daun kesum
Daun ketereh/gajus
Timun Batang
Kacang Panjang
Bunga Kantan
Kacang Cambah@Taugeh
Kubis
***semua ulam2an dihiris halus2...
makcik cuma guna kobis, kacang panjang, bunga kantan dan taugeh
Sambal Lado:
Cili padi,
Cili kering
Belacan bakar
Sedikit perahan limau nipis
Garam & gula secukup rasa
selamat mencuba
No comments:
Post a Comment