Sunday, September 2, 2012

KEK SULTANA KACANG GAJUS

before kita tengok resepi nya makcik nak cerita sikit. 3 month sebelumnya, dia bermimpi di patuk ular hitam yang besar, actually didalam mimpinya ular itu hendak membaham kawan baik nya tetapi dia sempat menyelamatkan kawan nya sebelum dia sendiri di patuk ular tersebut dekat kaki kiri. bila dia terjaga pada pagi nya dia ceritakan mimpi itu pada ibunya. ibunya kata itu hanya mainan tido. jangan fikir sangat sangat. yang pelik nya pada sebelah petang, dia perasan kaki kirinya bengkak dan kehitaman. mula mula hanya bengkak yang tidak sakit tapi sebelah malam nya menyengat bisa. start from that moment, banyak juga lah tempat dia berubat, kat tempat tradisional dan hospital. kemudian kat hospital kecil itu mereferkan dia sebagai terkena bone cancer. macam cepat jer benda ini terjadi. dari hospital kecil itu di rujuk ke hospital besar kuching for chemo. 1st chemo done. since dia perlu berulang alik ke hospital maka dia di tempat kan di rumah kebajikan di kuching untuk memudahkan dia mendapat rawatan. on 1st day of raya 2012, the family spent time with her, beraya di rumah kebajikan  she was so happy. on the second day , the family bawa dia pergi berkelah di tepi pantai since dia sihat, dia pun bukan lah duduk dlm hospital cuma sebagai out patient jer.

Mesti happening makan time dan beraya di tepi pantai. Imaging the hugging, the touching, the soft spoken words at ease dan senyuman yang tak lekang di bibir thanking the mother for everything tiba tiba petang nya dia mengadu dia sakit perut dan cuma perkataan tolong before dia pengsan dan tidak bangun bangun lagi dalam pelukan ibunya.
the kelam kabut moment di pantai jadi peristiwa yang tidak dapat di lupakan. the ambulance came and dia di sahkan meninggal dunia.
....membawa jenazah balik ada lah satu hal yang sungguh menyayat hati. untuk membawa jenazah balik ke limbang via airplane untuk keluarga kurang mampu adalah mustahil. since mereka tidak kenal orang di kuching untuk menolong mereka, urusan jenazah terpaksa di lakukan melalui jalan darat. satu malam terbuang sia sia kerana urusan mendapat permit membawa jenazah melalui jalan brunei agak sukar kerana ketika itu semua pejabat sudah tutup untuk cuti raya. dari kuching ke miri kalau driving dalam 14 jam untuk pemanduan biasa. kalau macam pelesit kurang kan 2 jam itu. dari miri ke limbang akan mengambil masa 5 jam jika tidak ada jem kat border. bayang kan jenazah di bawa siang malam dalam van rusa melalui jalan berlubang serta melintas hutan tebal di malam hari.
they reached limbang pukul 10 pagi 2 hari selepas dia meninggal. the boyfriend was so sad sehingga tak boleh bercakap apa apa. the mom pengsan beberapa kali. the father tak ada ayat untuk di cakapkan. semua trauma. selepas di mandikan dan di kafan kan and all those last farewell. dia pergi selama nya. yes kaki kiri itu yang konon nya cancer, isinya pahanya pecah. still a misteri

Alfatihah untuk Ina Salim. She was only 20 years old, the only daughter and eldest of 4 siblings.My ipar punya anak buah. seorang yang comel, cantik dan peramah and now she's in heaven. semoga mereka semua tabah dalam penderitaan ini. huhhhhh...I was so speechless.Lets not talk abt that anymore.

 photo a5259df7_zps1c0ff450.jpg
 this year as i told u guys semua nya kebanyakan kek kukus lama. yang resipi  nya makcik dah simpan berabad dah. kalau manusia dan beranak pinak juga lah gamaknya. one of my favourite kek. jangan pandang pada rupa kek..rasa dulu baru taw. 
 photo 89f13ae5_zpsf1223212.jpg
 
KEK SULTANA KACANG GAJUS

10 biji telor
16oz mentega
100gm  ghee
1 botol kecil horlick
480gm  tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1 gelas gula kasar
1 tin susu manis
Sedikit pewarna kuning
1 sudu kecil vanilla

Digaul bersama bersama sedikit tepung gandum dan baking powder
½ kg kacang gajus – di belah dua dan di sangai – oven sekejap
6 bungkus masam manis

Pukul telor dan gula sehingga kembang . mentega dan susu  di kuar rata. Masukkan kedalam adunan telor. Masukkan horlick dan tepung. Kuar lagi sehingga sebati. Masukkan buah buahan. Kuar perlahan. Akhir sekali masukkan ghee,  kuar lagi sebati.
Lenser loyang dengan kertas minyak, tuangkan adunan kedalam loyang dan kukus sehingga 5 jam.

Tutup permukaan Loyang dengan plastic dan aluminium foil. Kukus sehingga masak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...