asalamualaikum, nampak nya semakin limited masa untuk makcik disini, masa amat mencemburu makcik, i have not been online rasa macam dah setengah tahun. rindu nak baca omelan makji esah , rindu nak baca blog orang lain tapi kena tolak tepi sebab bila letak jer kepala kat bantal bak kata dill tunggu lah 10 minute lagu rock akan di dendangkan. dill kurang mengomen, tapi bila dia bersuara makna nya benda itu sungguh tak kena. Haihhh ,dengkuran yang menandakan bertapa penat nya makcik di siang hari. padahal makcik rasa tidak lah banyak sangat kerja rumah makcik ini. okaylah maybe otak sudah sarat berfikir lalu tersangat penat untuk berbuat benda lain.
Alhamdulilah Dill sihat, sihat yang terpaksa bergantung dengan ubatan seumur hidup tapi at the same time ubat yang hanya di makan jika kita yang menyediakan nya. Budak budak lah katakan . Sering makcik menahan hati agar tidak meletup didepan dia. berdepan dengan Dill memerlukan kawalan perasaan. Satu hari makcik harap dia dapat berfikir dengan baik. Seperti seorang lelaki dewasa yang telah matang.
Yeah, puteri lilin makcik dah nak grade, another short sem and lepas tu intern. hopefully dia dapat kerja yang baik. lepas kerja then dapat jumpa lelaki yang baik dan bukan kaki dera pyhsical dan mental. I hope satu hari dia dapat berkahwin dan hidup bahagia selamanya sehingga akhir hayat nya. Dapat anak anak yang comel..berangan angan dah makcik nak bermenantu..hahhaha..tapi itu kan putaran manusia..the wishes is always unlimited.
My baby buchuk is going to have his SPM this year. kejap jer rasanya memelihara mereka sedari kecil. makcik rindu nak mendukung mereka seperti semasa mereka masih lagi kecil..cepat nya masa berlalu and makcik dah makin menuju ke alam veteran..bila rambut putih dah mula keluar makin banyak pulak tu makin lah hormon jadi tak menentu. This the time u need ur supplement. *sigh*
No comments:
Post a Comment