Melihat kan saat terakhir arwah makcik baru terfikir bahawa amat penting bagi kita untuk menjaga permakanan kita. Mula hari ini marilah kita sayangi badan kita. Dan pelan pelan menjauhi makanan segera.
secara perlahan balik ke basic, seperti datuk nenek moyang kita yang tidak pernah terkena penyakit sebegini. fikir lah walaupun sejenak..demi kesihatan kita sendiri.
crepe di bawah ini telah lama makcik buat, baru hari ini ada kesempatan menepek nya. ada beberapa lagi hasil kerja airtangan makcik yang belum makcik updatekan, selepas itu mungkin makcik beralih kepada permakanan sihat sahaja. In sya allah.
mari kita tengok resipi kali ini. untuk kali ini makcik guna kan resipi dari sheila of spices journey. makcik sukakan texture crepe ini kerana ianya sangat lembut dan sangat sedap di tekak makcik. jom skodeng!
Crepe Durian 7 Jenis Tepung Credit kepada : Sheila: Spices Journey
Bahan-bahan:
3 sudu besar tepung Hong Kong
3 sudu besar tepung naik sendiri
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kentang
2 sudu besar tepung Super Fine
2 sudu besar gula icing 2 biji telur - buang tali pusat
1/2 tin susu cair - atau gunakan santan kelapa
1 sudu kecil garam halus
3 sudu besar mentega yang dicairkan
2 cawan air 3 helai daun pandan - atau gunakan 1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna hijau & kuning -
bahagikan adunan kepada 2 bahagian untuk warna hijau dan kuning.
Cara:
1. Satukan semua bahan dan kacau sebati dengan menggunakan whisker.
2. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam. Keluarkan dan kacau rata.
3. Panaskan sebentar kuali non-stick menggunakan api paling perlahan.
4. Masukkan adunan ke dalam kuali dan lenggangkan kuali supaya adunan tidak terlalu tebal atau terlalu nipis sehingga adunan likat dan biarkan hingga atasnya masak.
5. Tidak perlu terbalikkan crepe sewaktu mengangkat dari kuali.
6. Ulangi sehingga adunan habis dan biarkan crepe sejuk sebentar. Sheila menggunakan kuali berukuran anggaran 20cm dan memperolehi lebih 20 keping crepe.
kita sediakan intinya pula. Oleh kerana whipping cream yang di gunakan sudah cukup manis (walaupun arahan di luar mengatakan boleh tambah gula jika mahu), kita tidak mahu tambah apa-apa lagi. Untuk memudahkan kerja, putar sahaja whipping cream sampai kental!
Sebelum itu lenyek isi durian mengikut tahap kehancuran yang disukai. Okey... kulit crepe sudah sejuk,
isi durian sudah dilenyek semangkuk, whipping cream pun sudah mengental,
marilah kita teruskan acara membalut melipat pula. Mula-mula, bentangkan crepe dengan sempurna, jangan ada yang terlipat-lipat. Kemudian ambil sesudu kecil krim kental (kalau nak banyak bubuhlah satu sudu besar), kemudian letakkan isi durian dan tutup kembali atas isi durian tadi dengan krim. Tarik crepe dari kiri ke kanan, dan dari kanan ke kiri sehingga menutupi, dan lipat bahagian atas serta bawah crepe.
Proses terakhir... terbalikkan Crepe Durian 7 Jenis Tepung tadi. Hasilnya seperti di bawah ini... dan juga yang di atas tu.... Jangan lupa, untuk rasa yang lebih enak, simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum dinikmati
No comments:
Post a Comment