Sunday, June 9, 2013

SUP BELUT

Dah lama mencari belut. kebetulan sangat ketika bukan misi mencari  terjumpa orang menjual belut di pasar tamu di miri. RM50.00 sekilo, sangat mahal tetapi sebab dah teringin kan beli lah 2 kg. Dari KK makcik mencari belut rupanya tah macam mana terjumpa orang menjual belut hidup di Miri, tersesat mungkin tapi kata si penjual itu belut ini datang nya dari sungai di bahagian sri aman. Jauh juga lah pejalanan belut ini kan.. patut lah harga nya sebegini mahal. nak di jadi kan cerita, makcik bernasib baik sebab tukang jual sanggup menyiang sekali ikan belut ini. melihat belut yang ala ala benda yang panjang itu tak sanggup makcik nak memegang nya ketika hidup. Misi teringin dan teruja nak makan belut ini kerana dillah teringin sangat nak merasa sup belut. Takut plak budak tu kempunan, nanti menyesal plak makcik kalau terjadi apa apa. Minta dijauh malaikat 44.


 photo 20130425_185601_zpsfdb08e2e.jpg

Ini soup belut yang dah siap makcik renih. senang  jer makcik membuat nya. masukkan kedalam periuk nasi (makcik suka masak sup didalam periuk nasi sebab rasanya lebih enak dan daging nya masak lembut, try lah masak soup ayam atau kaki ayam.. oh ya..makcik suka soup kaki ayam..rasa lembut nya agak berlainan dengan kalau kita masak dengan cara biasa - tak rugi membeli extra periuk nasi untuk memasak soup disamping memudahkan cara kita memasak ia nya juga sangat sedap)
oh ya didalam soup ini makcik letak bawang putih, merah , serai dan halia. extra halia untuk rasa yang pedas,  Yang penting didalam soup ini adalah air dari belut itu sendiri, sangat bagus untuk badan  kita. kemudian tabur lah apa apa saja yang kita suka didalam soup kita tadi. sedap u.
 photo 20130425_204041_zpsd071b6a8.jpg

nah..ini lah dia selepas abis sampah sarap masuk perut...lastly kita nikmati isi belut itu sendiri. kalau terjumpa kat pasar, why not give a try, sangat bagus untuk kesihatan
 photo 20130425_205544_zpsf78e13c4.jpg

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...