Peringatan untuk yang nak bertandang ke Serikin @ kuching. makcik nampak ramai orang kita selamba jer duduk di warung warung dan membeli makanan di kawasan tersebut. Buat pengetahuan kawasan tersebut kebanyakan nya di huni oleh orang kristian dan sudah tentulah makanan mereka terdiri dari makanan yang tidak dapat kita makan. pendek kata di ragui kehalalan nya. Jadi kalau nak pergi sebaik nya kita bawa bekalan makanan sendiri . Di situ juga lah terkenal dengan nasi didalam periuk kera. ada nasi pulut yang di kukus plain dan juga di kukus dengan sambal udang. di jual dengan harga seringgit atau 2 ringgit..memang mengamit selera nak nak time dah tengahari . tapi tolong lah ia..kalau teringin nak makan biar lah kita membuat nya sendiri...atau pun suruh lah geng geng di kuching memasak untuk kita :)
Nak di jadi kan rezeki makcik..Kebetulan sewaktu pergi ke serikin last month makcik terjumpa penduduk di situ menjual produk hutan, salah satu darinya adalah periuk kera . apalagi makcik borong lah semua nya. yalah kan dalam semua tu ada juga yang tak boleh di guna pakai, ada juga yang terkoyak.
lepas cuci berus dalam luar dan buang apa yang patut begini lah periuk kera kita.
Cara makcik :~
PULUT - anggaran 2 kg
Di cuci bersih dan di toskan (boleh di rendam dengan 1/2 hiris asam keping selama 1 jam jika suka) - bergantung dengan berapa banyak periuk kera kita ada.
udang kering - 350gm di rendam dan di kisar halus
ayam cincang - 450gm di cuci dan di toskan
halia - 2 inci - diblend halus
serai - 1 batang - hiris halus dan kemudian di blend bersama halia
bawang merah - 10 ulas -di blend halus
bawang putih - 5 ulas - di blend halus
santan pekat - 3 kilo - di campur dengan 1/2 gelas air dan sedikit garam. kalau tak nak letak air dan garam pun tak apa.
dengan sedikit minyak tumiskan bawangan dan halia/seria blend sehingga naik bau dan garing, masukkan ayam cincang kedalam bahan gorengan , kacau sehingga garing. masukkan udang kering. gaul lagi dan masukkan garam dan perisa stok ayam jika suka. (lebih kan garam kerana adunan ini akan dicampurkan dengan beras pulut.
apabila adunan ayam kita sudah sebati. gaul kan dengan pulut yang telah kita tos . gaul sebati
masukkan sesudu atau sesudu setengah makan beras pulut kedalam periuk kera yang telah kita cuci bersih. pastikan beri ruang untuk beras pulut kita mengembang. jangan penuh kan semua ruang dalam periuk kera itu kerana akan menyebabkan santan kita melimpah keluar. selesai semua pulut di masukkan dalam periuk kera, tuang kan santan pekat kedalam periuk kera.
begini lah rupanya pulut periuk kera kita yang hendak di kukus. kukuslah selama 1/2 jam atau 45minit atau sehingga masak.
malangnya gambar selepas masak terlupa nak snap. yang penting nya pulut ini memang sedap . boleh di buat time ada majlis keraian.. tapi bukan senang kan nak dapat periuk kera ini.
have a nice day...
No comments:
Post a Comment