Friday, May 10, 2013

DONUT YOGURT

tahun ini adalah tahun yang agak memenatkan makcik kerana terpaksa berulang alik dari 3 tempat - kl miri kuching sepanjang masa. penat didalam perjalanan satu hal , penat mengemas rumah satu hal. Dan ya makcik rasa makcik 'mengabaikan' sibongsu yang masih bersekolah harian . selain merasa mengabaikan orang kesayangan makcik., (kesian anak makcik) terasa wrinkle dan kerut kedut di muka dah juga banyak kat dahi, aiyooooo. :(

Isnin lepas makcik menziarahi pakcik sebelah bapa yang sakit akibat kanser dan malam nya telah pergi mengadap illahi. Dari pengamatan makcik hanya si bongsu yang rapat dan mendampingi arwah. yang lain nya buat hal masing masing. terutamanya yang sulong duduk jauh di kaunter jururawat. apa ke faedah nya dia duduk jauh jauh sambil memerhatikan orang tua nya yang sedang nazak. Hati makcik berkata kata. alangkah kesiannya mempunyai anak yang berjaya tetapi miskin di hadapan orang tua. makcik lihat sang isteri diam membisu sambil menitis airmata.
banyak cerita yang timbul sebelum dan selepas kematian pakcik ahmad. Semalam makcik pergi menghadiri tahlil arwah rupanya anak anak yang 4 orang itu tidak bermalam di rumah ibunya kerana masing masing punya alasan sendiri untuk tidak bermalam di rumah orang tua. hanya si bongsu yang tetap setia dengan ibunya.
Ya ALLAH jangan lah kami mengalami keadaan sebegitu. makcik mohon agar perasaan makcik terhadap
keluarga terutama nya ibubapa makcik tidak berbelah bagi. walau bagaimana keadaan mereka.

Selamat Menyambut Hari Ibu. Semoga kita semua jadi ibu yang berdedikasi dan bertolak ansur dengan anak anak agar anak kita tidak pernah menjauhkan diri dari kita. In Sya ALLAH.

BTW here doughnut yang teringin sangat makcik nak try. memang gebu sangat. sedap di makan ketika masih  suam. terima kasih dan kredit kepada  penyumbang resepi:  rosmarlina @ jintanmanis.com. Makcik copy paste jer.
   photo P4160247_zpsfe837704.jpg
 Donut Yogurt Vanila

Bahan-bahan
400gram tepung gandum
45gram Plain Yogurt@Natural Yogurt
6gram Yis
2 sudu kecil esen vanila
150ml cecair ( susu segar+1biji telur)
40gram marjerin
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
minyak untuk menggoreng

Untuk Salutan - sedikit serbuk gula - di kisar  (makcik tambah tepung susu nespray)

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan di dalam bekas adunan kecuali marjerin, uli hingga menjadi doh, setelah menjadi doh baru masukkan marjerin dan uli lagi sehingga betul-betul lembut, untuk mendapakat doh yang lembut dengan cara yang mudah dan cepat, setelah menguli doh beberapa minit masukkan doh dalam platik bersih dan ramas-ramaskan doh selama 5 minit, kemudian keluarkan dan uli sekali lagi dalam bekas adunan. ( jika guna Bread Maker, masukkan semua bahan dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli dan boleh tumbuk-tumbukkan doh bagi keluarkan angin dan terus bentukkan).

2. Selepas itu perap doh selama 40 minit sehingga satu jam, atau sehingga doh menjadi dua kali ganda, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sekali lagi beberapa minit, kemudian bahagi doh pada bebola kecil, bentukkan doh seperti donut, lubangkan tengahnye dan biarkan naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit. ( pastikan alas dulang dengan kertas minyak, supaya senang untuk diangkat apabila tiba proses menggoreng nanti).

3. Setelah donut naik, panaskan minyak dan goreng donut dengan api yang sederhana, balik-balikkan donut supaya masak sekata, setelah perang, angkat dan toskan minyak yang berlebihan, salutkan donut dengan serbuk gula dan sedia untuk dihidangkan,

Nota: Kalau nak topping dengan cooking coklat pun boleh dan jika mahu frozenkan donut ni, boleh goreng donut separuh masak, sejukkan dan kemudian dimasukkan didalam plastic ziplock, simpan di dalam peti sejuk beku, bila mahu makan, keluarkan donut frozen tadi dan biarkan di dalam suhu bilik beberapa minit baru digoreng.

   photo P4160246_zps059cc58e.jpg

 photo P4160242_zps4524a558.jpg 
jemputlah makan :)

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...