Monday, July 9, 2012

Mee Kolok

Photobucket
its our dinner semalam. sebenarnya  malas hendak memasak tapi kena masak juga. kesian lah dengan budak budak yang buka tutup peti sejuk dan kemudian bila dah pukul 9 malam beri alasan lapar untuk keluar membeli tapau. lately memang makcik macam tak bersemangat jer nak masak lebih . sejak dillah dan adik dah pandai keluar makan dengan geng geng mereka dan tinggal lah makcik makan seorang sorang. begini lah nasib ibu yang tak banyak anak , hurmm. terasa kurang kasih sayang ler plak bila anak anak dah pandai berdikari . makcik cemburu juga lah dengan ibu yang beranak ramai. dalam keluarga yang ramai mesti meriah kan. like our own family. di lahirkan dalam keluarga  yang kecil ~ still kecik lah kalau setakat 4 orang adik beradik dan semuanya sudah berkeluarga. and now my parent pon tinggal berdua sajer. si adik pula duduk with my mom sementara dillah duduk dengan makcik. alahaii nasib baik lah tinggal berdekatan,

Photobucket
let see apa bahan untuk mee kolok kita kali ini. this time memang simple and sempoi jer mee kolok makcik. grab apa benda yang ada didalam dapur. tak payah susah susah lagi. seperti yang u ols tahu mee kolok nih lebih kurang mee maggi jer. my ipar yang cina tu buat lagi lah sempoi, masuk minyak goreng bawang merah , letak cili sos and tomato sos with white pepper. then dia buat telor dadar kemudian di campur ke dalam mee kolok . sebegitu mudah jer. tetap sedap.
 Photobucket
kat sini makcik guna kan :-

minyak goreng bawang merah - 5 biji bawang merah di hiris nipis
minyak goreng bawang putih - 4 biji bawang putih di hiris nipis
sedikit lada putih
sedikit garam
kalau ada minyak bijan - just a dash of it (makcik tak guna kali ini kerana tak ada stock dalam rumah)
taugeh kepala besar tu - taugeh kacang soya
smoked chicken - yang nipis nipis tuk makan sandwich yang selalu kita jumpa dalam peti sejuk kat supermarket

mee tu makcik celur dalam air masak yang telah mendidih. kalau mee tu dah timbul kira dah boleh angkat dah (ada orang rebus mee nih agak lama tapi kat tekak makcik tak sedap - sebab mee tu rasa kembang jer~ sebab tu makcik prefer bila mee tu dah timbul kat atas boleh lah di angkat, celurkan sebentar dalam air sejuk plak..dalam 1 minute gitu. toskan mee dan masukkan kedalam pinggan/mangkuk yang telah di masukkan

bahan penting:-
1 - 2 sudu makan minyak bawang goreng merah (buat sendiri lebih sedap)
1/2 sudu makan minyak bawang goreng putih (optional)
2 sudu makan bawang goreng
sedikit (abt 1/2 sudu pati ayam - maggie atau knorr - terpulang pada selera masing masing
1/2 sudu garam - terpulang pada selera masing masing
a dash of serbuk lada putih

(kalau nak kaler hitam sikit, letak lah kicap masin atau kicap manis, pastu tu ada orang letak sos tiram sikit, a dash of minyak bijan ) terpulang pada selera masing masing

makcik masukkan taugeh yang telah makcik celur dan hirisan smoked chicken yang makcik microwave sebentar - abt 1 minute.  gaul dengan mee yang telah di celur tadi bersama bahan minyak..gaul sebati dan sedia untuk di hidang,
kalau suka buat lah sup tulang ker sup ayam ker untuk di makan bersama mee kolok. kali ini makcik tak sediakan sup tapi makcik makan dengan cili padi yang telah makcik buat jeruk .
Photobucket

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...