Tuesday, July 17, 2012

BUBUR PEDAS UMBUT PISANG

Hari makan sedunia, mana tak nya hari ini kita orang memang plan untuk berulam - makan linut@lemantak.pekena dengan sambal mangga atau pun sambal belacan yang kaw kaw pedas nya memang cun sesangat. petang nya pula ada jemputan untuk kenduri arwah.harus the next day kena puasa. kui kui kui
Photobucket
some people called it ambuyat, ada yang panggil lemantak atau linut. kalau dah berkumpul ramai ramai ini memang seronok makan benda ini. kena lagi kalau ada sambal yang cun, then ada  sayur keladi masak rebus atau lemidin goreng..kemudian ikan tengiri salai atau udang salai... wahhhh very da sarawak
Berulam lah makcik hari ini.ala ala nak berdiet kunun nya tapi tidak lah benar. umbut pisang ini selain makcik masak kan gulai bubur pedas makcik ulam  (makan dengan sambal belacan ) begitu sajer . hari ini berulam daun selom, daun selasih, pegaga dan pucuk ubi kayu.. sungguh lah meriah nya .habis lah geng makcik calling calling meneman kan makcik di rumah sambil makan makan n gather gather gitu.
Photobucket
umbut pisang kapas ini makcik tebang semalam. untuk membuat gulai umbut pisang ini makcik ambil bahagian yang muda jer dan buang kan urat urat yang umpama tali itu. makcik hiris halus sikit kemudian  makcik rebuskan umbut pisang ini dalam air mendidih yang bercampur 2 sudu cuka. tujuan cuka ini adalah untuk mengekalkan rupa umbut batang pisang ini supaya tidak layu dan kehitaman,
Siput gongong ini makcik beli masa kat kk bulan lepas. masih lagi bersisa didalam peti sejuk. hari ini makcik campurkan siput dengan umbut batang pisang. sedap juga rasanya nya walaupun kekadang rasa makan getah jer, agak liat sedikit dari siput yang kecik kecik tu, yang ini hat yang besar
Photobucket
cara nak memasaknya sungguh lah simple. blend perencah nya (bawang putih , bawang merah, serai, halia, cili dan belacan) tumis kan perencah ini didalam minyak yang telah masak dan masukkan pes cili kering atau cili boh. tahap kepedasan ikut suka iyer. tumis sampai mengeluarkan minyak. masukkan siput gongong dan masak sehingga naik wangi, masukkan 2 gelas air. masak sehingga mendidih , kemudian masukkan umbut pisang yang telah kita masak terlebih dulu. (buang air rebusan yg bercampur cuka dan cuci sebentar kemudian toskan umbut pisang).  gaul sebati. tambah kan air jika kurang air. masukkan rempah bubur pedas. makcik bubuh dalam sebungkus @ 200gm rempah. masak lagi dengan api perlahan sambil di kacau kacau. tambah kan air lagi  kerana rempah ini akan memekatkan gulai umbut pisang kita. masukkan santan  secukupnya. perasakan dengan garam dan sedikit gula.. tu jer..siap untuk di hidangkan.
Photobucket
begini lah rupa gulai umbut pisang kita. memang sedap sangat sangat, menu simple.. di tambah dengan kesegaran rempah bubur pedas yang makcik beli dengan kawan makcik. pergh.. memang bertambah tambah gulai ni dalam mangkuk kita. bercakap tentang rempah bubur pedas ini , pia pon ada pesan, masuk setahun juga lah pesanan pia itu, insyaallah kalau turun kl nanti makcik beli kan untuk pia. dekat nak ramadan nih banyak lah rempah bubur pedas ini dalam market melayu. kalau bukan musim puasa lambat lah kita nak tengok rempah ini dalam pasaran.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...