Sunday, July 29, 2012

DAGING MASAK ASAM PEDAS

This is the best recipe makcik dapat, thanks to fiona, budak IG yang makcik kenal dekat 7 tahun dah. alhamdulilah, tak lokek ilmu fiona nih, makcik doakan dia sukses dalam apa jua yang bidang yang dia ceburi. Sekarang dah banyak amik catering. memang masakan dia superb. simple yet so nice. tetiba rindu plak dengan mee soto fifi .as usual bila tengok jer gambar yang dia tepek kat thread di myforum.interaksigosip.com terliur lah plak dek kerana ingatan trip kat melaka masih lagi mengamit rasa. nasib baik fiona agak pantas orang nya, sms tanya resipi cepat jer sms di reply, i lap u fiona.
 photo 3641444a_zpsd46e8be2.jpg
macam ini lah resipi daging masak asam pedas fiona. bahan sungguh simple giler. senang jer nak dapat ramuan nya , cuma kalau dok obersea tu tak bleh lah makcik nak menolong. kena telan air liur dulu yach. 

DAGING @ TULANG DAGING - DIREBUS SEHINGGA EMPUK. SIMPAN AIR SUP NYA JUGA

*BAWANG MERAH/PUTIH
*HALIA/SERAI/ SEDIKIT SERBUK KUNYIT @KUNYIT HIDUP
*CILI KERING
 * DI BLENDER HALUS KECUALI KALAU MENGUNAKAN SERBUK KUNYIT - DI CAMPUR KEMUDIAN

BUNGA KANTAN DAN DAUN KESOM SECUKUPNYA
BUAH TOMATOES SECUKUPNYA - (MAKCIK TAK MASUK SEBAB TAK ADA STOCK KAT RUMAH)
AIR ASAM JAWA SECUKUPNYA

memula rebus daging sampai empuk, makcik guna bahagian tulang dan juga tetel . rebus sampai lembut dan empuk .
blender bawang merah, putih, halia, serai dan cili kering. bahagian ini agak agak u ols lah berapa banyak bawang nak guna kan. pada pendapat makcik kalau dalam masakan melayu lebih kan sedikit bawang merah dari bawang putih. untuk masakan cina , hanya perlu bawang putih jer.
tumis bahan blender sehingga naik bau dan garing. masuk kan serbuk kunyit sedikit. masuk air asam jawa secukup nya. ikut rasa u ols semua lah..mana yang suka masam, letak lah lebih sikit. yang tak suka masam, letak sikit tapi nama dah asam pedas kenalah masam dan pedas yang kaw kaw

masukkan daging yang sudah di rebus dengan air sup nya sekali. dah mendidih  masukkan pula bunga kantan , hirisan tomato (belah 4 atau 6) , daun kesom, garam , gula dan aji jika suka.  renih lagi sehingga mendidih dan tutup kan api.
 photo 2d3eb9d4_zps95a828b7.jpg
enak banget kalau di makan dengan nasi panas. tak yah lauk lain. yang ini dah perfect. makcik makan dengan nasi putih bersama air budu. waduh waduh..tak larat nak bangun lepas tu.


follow this simple resipi, insyaallah u ols tak akan menyesal. i wonder kalau daging kambing boleh di buat asam pedas camgini.. berbau ker tak iyer?

Friday, July 27, 2012

TERSENTUH

sewaktu mengisi minyak kereta semalam , a guy tanya adik route untuk ke sungai tujuh imigresen. adik cakap lurus jer..straight straight gitu. makcik senyum jer kat adik sebab mengelabah di tanya mat salleh yang muka nya agak penat dengan beg galas macam budak nak gie sekolah. I wonder gak mana pergi nya beg pakaian nya. memang travel sehelai sepinggang kot. tapi yang tak seronok nya bila adik cakap dia berjalan kaki nak ke pos kawalan itu sebab nak masuk brunei. huh..jalan kaki at 4 petang, kol berapa tah dia sampai. dengan hati yang kesian, makcik nih memang pun asik jer fefeeling kesian kat orang.  makcik sapa dia, makcik kata amik lah bas, tak ada makna nya berjalan kaki time itu. jauh giler abt 50 km. dia kata dia tak ada duit, kehausan dan kelaparan, makin lah makcik kesian. makcik pon tak pk panjang terus jer suruh dia masuk dalam kereta dan niat nak antar dia walaupun time itu makcik harus membeli juadah berbuka puasa untuk keluarga di rumah. udah lah terlibat dalam jam yang teramat sangat, borak borak rupa nya dia dari romania. dia kata dia travel around the world sejak december 2011 . dah sekarang travel atas ikhsan orang sebab duit dah abis. tak ada duit dia kerja untuk makan and for tiket. travel naik kapal laut mostly and tido kat bangku atau dimana mana. dia bahkan dah tak tahu rasa enak nya tido di atas tilam. si abang dan adik senyap jer dengar cakap dia. owhh...bau masam mat salleh tu jangan cakap lah kan..masa borak borak tu terpk lah juga what if dia nih pyscho ker, atau penjenayah antarabangsa ker..kan main lagi makcik berdoa dan berzikir dalam hati. cuak lah juga masa itu, tapi nampak muka kehausan dan kelaparan mesti tak ada tenaga nak buat jahat ker aper. minta jauh malaikat 44. otw tu  makcik singgah lah ke drive thru macdonald, beli kan dia burger beef with 3 slices of cheese dan 2 botol besar air mineral. bila kita kata kita orang fasting, yang best nya masa dia buka makanan tu terus tak jadi nak makan. cuma minum air coke tu sekali sip sahaja. kesian lah makcik tengok dia. tak leh bayang kan kalau my family travel dalam keadaan camgitu.  yes makcik antar dia terus ke border malaysia dengan berbekal kan 20 ringgit untuk dia. dah 20 ringgit makcik belanja untuk tol ke sungai tujuh.  dalam percaya tak percaya itu rasa nya 20 rm dah cukup untuk belanja dia kot. pepandai lah dia cari cara untuk survive nanti. 

masa drop him tu dia kata santarina, thank you so much, i wish you all the best and happy in you life. makcik balas kata kata dia dengan doa dia juga akan menempuhi perjalanan yang lancar untuk ke brunei. dan harap ada orang yang sudi menolong mengantar dia ke brunei. kalau berjalan kaki tu meraser lah tengah malam baru sampai ke kuala belait. 
sampai rumah dekat nak berbuka puasa dah. bapa dah masam muka, mak  buru buru masak. dalam membebel sebab lewat balik tu, makcik explain yang makcik dah buat kebaikan hari ini, dari membebel tu terus mat salleh tu jadi topik kita orang, sampai mak cakap, naper tak nak bawak gie rumah, suruh mandi, bagi makan, bagi tido..adoyai mak...camna nak bawa lelaki masuk rumah, harus jer jadi umpatan orang. sampai ke malam mak dok kenang omputih tu..kesian kesian kesian. see...ruper nya makcik warisi sifat kesian tu dari mak. and yes makcik rasa makcik adalah santarina semalam..am proud of myself kerana telah buat kebaikan untuk yang memerlukan walau tak besar mana pun. dan bangga sebab anak anak makcik turut rasa simpati n sanggup nak tolong omputih tu.   

 photo a665c106_zps9388bf6c.jpg
itu hal semalam. tapi ahad lepas on the way nak gie bazaar ramadan tersinggah kat kedai kucing nih.. tak ada plan langsung pon just "TER" sajer.. alalla dah tersinggah tu, tegor lah kucing kucing kat situ, yang tak besh nya makcik terpaut hati plak dengan si comel ini yang makcik pegang belai sekejap.. sekejap tu..alalalala..si comel nih plak cam nak minta bawa balik jer. okeh..terpaut terus bawa kucing nih balik, punya lah mak membebel dengan makcik..owh btw suka plak makcik bila mak aji esah address me as makcik k..tiada kena mengena dengan datuk k laki si siti tu yer.
mak dah awal awal cakap tak nak jaga kucing nih kalau makcik outstation. alalalala.sedihnya hati makcik. nampak nya makcik kena cari new home for her, si comel yang makcik panggil intan.
 photo b02ea83c_zps3f46366d.jpg
baru jer 3 bulan..comel manja..2 malam tido sekatil ngan makcik,
 photo 5f101103_zpsc66fbe22.jpg
aksi tengah tengok tv
 
 photo f699a067_zps986598bb.jpg
suka menjilat taw...model jari adalah si adik iyer..bukan jejari makcik k..hehehhe
 
 photo e4d73087_zps137966c3.jpg
udah penat tengok tv ..tertido lah plak...shud i give away?

Thursday, July 26, 2012

KELADI MASAK ASAM PEDAS @ BUBUR PEDAS

Menu makcik kali ini adalah masak asam pedas sayur keladi. sayur kampung yang menjadi mewah bila makan di restoren dibandar besar. sekali sekala bila pekena sayur camgini boleh bertambah nasi di pinggan. 

Photobucket

kata orang tua tua miang keladi, makin tua makin menjadi tapi makcik harap lah kan..orang tua tu tak menjadi jadi lah miang nya.. huh.
Photobucket

keladi yang mak tanam. alhamdulilah bila duduk dekat mak ini, rezeki murah jer. kira nak makan sayuran kampung semua nya ada. sejuk tangan mak bila bercucuk tanam. tanam apa jer semua menjadi, sayang nya ilmu tu tak ada kat makcik nih..bak kata orang..tangan panas. tanam sayur tumbuh rumput..hehehe
Photobucket

some people tak reti nak masak keladi nih.. untuk anak ku si puteri lilin itiew, one day kalau teringin nak masak sayur keladi , memula, cuci batang keladi tu, kalau takut getah keladi atau miang keladi tu, pakai sarung tangan plastic okeh. pastu buang kulit keladi...hahahhaha..betul ker ayat makcik ini....buang the first green layer tu.
seperti gambar kat bawah ini. rendam dan cuci sekali lagi (untuk membuang sisa pasir/tanah yang tak nampak dek mata rabun ) dan tos kan.
Photobucket

keladi dan buah keladi yang sudah siap di cuci di rebus dalam mendidih dalam 15 minit camtu. ada orang tak buang airnya tapi makcik akan buang air rebusan pertama. udah terbiasa macam itu..so kinda habit gitu. buang air rebusan pertama dan toskan keladi yang sudah di rebus empuk. buah keladi nih plak kalau kena sayur keladi yang sedap, maka buah nya pun enak jugak. ada buah keladi yang bila di rebus tak sedap dan kadang kadang boleh mempergaruhi rasa sayur kita.nak masak buah keladi ini kena potong kecil , cube, nipis..lagi sekali terpulang pada kehendak masing masing. tapi tak kan lah kita nak masak buah keladi besar besar macam kat gambar ni kan.
Photobucket


Ini kawan rapat untuk sayur keladi kita hari ini, ada daun kunyit, bunga kantan dan daun selom. seperti biasa, cuci bersih dan rendam seketika untuk membuang pasir atau serangga @ semut yang bertenggek kat daun daun tersebut. hiris bunga kantan atau pun just belah 6. untuk daun kunyit plak - hiris halus dan untuk daun kesom cukup di ambil daun daun nya saja. batang kesom tak mau ok..
Photobucket

Rempah bubur pedas nih hanya terdapat di sarawak. sangat digemari kalau time bulan puasa, bulan tak puasa orang tak berapa nak makan ini tapi kalau ada lah sayur yang dimasak dengan rempah bubur pedas ni, mesti lauk tu paling laris. bahan untuk rempah bubur pedas ini terdiri dari beras, cili,  kelapa , kunyit, lengkuas, serai  dan lain lain lagi. cara mengadun nya plak membuat sesuatu rempah tu rasa berbeza, bak kata orang hanya jauhari mengenal manikam ~ kalau rempah tak cukup bahan, cium bau jer dah tak sedap. tapi kalau rempah yang cukup ramuan nya..bau semerbak jer kalau kita buka dari plastic nya.
Photobucket

BTW Makcik terjumpa resipi ini tatkala sedang mengoogle. mungkin resipi ini sedikit sebanyak boleh membantu u ols semua mencuba nya. satu hari nanti makcik akan cuba resipi bubur pedas ini ..kalau masa mengizin kan.. insyaallah

Resipi rempah/bumbu bubur pedas pn jay  - credit to DCD79 @ Hobbies

Bahan-bahan
Bahan A
*hiris dan jemur berasingan
600g bawang merah
2 labu bawang putih
400g halia
400g lengkuas
200g kunyit hidup
10 batang serai

Bahan B
1 1/2kg kelapa parut -goreng tanpa minyak sehingga kekuningan
1/2 kg ketumbar biji - cuci dan toskan. kemudian digoreng tanpa minyak sehingga kering.

Bahan C - 4 tin susu beras - cuci dan toskan. kemudian goreng tanpa minyak hingga kering.

Bahan D
100g cili kering
5 bungkus rempah tumis - dipotong kecil

Bahan E
1 sudu pedas-pedas (yang ini kena gie kedai rempah India lah kot)
1 sudu jintan manis

Bahan F - 2 sudu makan serbuk lada putih

Cara membuatnya
1. Masukkan Bahan A dan Bahan D ke dalam Bahan C dan goreng tanpa minyak menggunakan api kecil sehingga beras dan rempah garing.
2. Bahan E hendaklah dimasukkan sebelum langkah 1 selesai.
3. Masukkan semua bahan ke dalam besen. Seterusnya masukkan bahan-bahan selebihnya (Bahan B dan Bahan F) ke dalam besen yang sama. Gaul semua bahan sehingga rata.
4. Kemudian, blend sedikit demi sedikit mengunakan pengisar kering. Pastikan bahan tersebut tidak dikisar terlalu halus.
5. Rempah bubur pedas anda telah siap dan sedia untuk dimasak.

Begini lah rupa rempah bubur pedas kita. makcik tak pernah buat rempah bubur pedas ini, di samping agak leceh nak membuat nya ,maka makcik hanya mengorder saja dari orang old skool.
Photobucket

Yang ini plak udang salai. since masih ada lagi stok, makcik tambah kan udang mengantikan ikan bilis, amik lah dalam semangkuk kecik gitu. makcik blend kasar jer udang ini. kalau tak ada stock udang kering, u ols boleh gantikan dengan ikan bilis, daging tetel ker (daging di rebus terlebih dulu sehingga masak dan empuk). up to kehendak selera u ols.
Photobucket

wokeh, dah ada semua bahan tu, kita blend bawang merah, bawang putih, serai, sedikit halia belacan dan cili kering, tapi kalau ada stock cili giling kat rumah tu just guna kan saja. tumiskan kan bahan bawang yang telah di blend halus tu. masukkan cili giling/paste anggaran sesudu makan atau 1 1/2 sudu. tak payah pedas sangat sebab nanti rempah bubur pedas kita akan menambahkan rasa pedas tersebut. dah sudah tu. masukkan udang kering atau pun daging. masuk kan  keladi yang telah di rebus tadi. tambah air atau air soup dari daging tetel, masuk air asam jawa atau gunakan asam keping, makcik guna 2 keping asam keping dan sesudu asam jawa. ikut selera tekak . kalau nak terasa masam nya tambah lah apa yang terkurang. masukkan rempah bubur pedas anggaran 150gm @ 1 senduk besar. kuar rata dan biarkan  mendidih . dah siap masak masukkan garam dan sedikit gula.biarkan mendidih sebentar dalam 2 minute. tutup api. siap untuk di hidang kan 
Photobucket

oppss...kalau suka nak letak santan letak lah santan ,tapi untuk kali ini makcik hanya nak merasai sedap nya keladi masak asam berempah bubur pedas
Photobucket

hmmmmmmmmm.....sedapppnyaaaaaaa

Monday, July 23, 2012

NASI CARROT

Salam ramadan buat semua . makcik ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf pada semua yang mengenali  makcik jika selama ini ada kata kata dan tingkah laku makcik yang tidak menyenangkan atau pernah menyinggung hati u ols, almaklum lah kan, kekadang ada benda yang menjengkel kan..kekadang aura tak berapa nak cun..so please forgive me.  Hari ini hari ke tiga kita berpuasa, nampak nya puasa bertiga jer lah untuk minggu ini dan seterus nya. pagi tadi encik somi ada urgent call , kena gi outstation. meaning makcik errr...kalau tak bersahur pun tak apa..buleh ka..hihihihi..owh..knowing makcik yang kalau dah terlena agak susah nak bangun, hmmmm tapi kesian juga lah dengan dillah, walaupun dia pon serupa mama nya juga  yang kalau dah sedap tido payah nak bangun. Btw cuaca kat tempat makcik agak panas maka duduk didalam rumah adalah pilihan yang terbaik buat masa ini. Minggu lepas makcik buat nasi carrot ini tapi makcik combine kan dengan kacang dhal dan juga kismis, combination yang cukup baik, apatah lagi encik somi tengah tak sedap badan,  alhamdulilah habis juga lah sepinggan nasi walaupun cuma berlauk kan daging masak hitam.
Photobucket

NASI CARROT

2 CAWAN BERAS - dicuci dan toskan
2 GENGGAM KACANG DHAL - rebus sehingga masak tapi jangan pecah
1 BATANG CAROT - di parut halus dan di goreng tanpa minyak - untuk mengeringkan air karrot
1 GENGGAM KISMIS HITAM ATAU KUNING
1 HELAI DAUN PANDAN -
3 ULAS BAWANG PUTIH - di hiris nipis
1 BIJI BAWANG BOMBAY - di hiris nipis
2 SUDU BESAR MENTEGA
1 SUDU BESAR MINYAK SAPI
1 CAWAN SUSU CAIR*
1 1/2 CAWAN AIR * (Ikut sukatan cawan beras- kalau beras yang memerlukan banyak air, tambah kan sedikit air lagi. nisbah 1:1 )
1 SUDU KUIB PATI AYAM
 GARAM SECUKUP RASA

CARANYA:-
Panaskan mentega dan tumiskan bawang putih  dan bawang bombay sehingga naik baunya. masukkan daun pandan, kemudian masukkan carrot yang telah di sangai, kacang dhal dan beras yang telah di tos. kacau rata dan sebati. masukkan susu cair , Gaul sebati, masukkan air, garam secukup rasa dan pati ayam. kecilkan api dan biarkan beras mengering. apabila beras dah mengering masukkan minyak sapi dan kismis.gaul sebati dan minyak sapi mencair rata  (at this stage makcik masuk kan kedalam rice cooker )
Photobucket
thinking of having this menu untuk rumah terbuka nanti. dengan lauk ayam masak kunyit or daging masak hitam...owh...makcik dah telan air liur..huhuhu

Tuesday, July 17, 2012

BUBUR PEDAS UMBUT PISANG

Hari makan sedunia, mana tak nya hari ini kita orang memang plan untuk berulam - makan linut@lemantak.pekena dengan sambal mangga atau pun sambal belacan yang kaw kaw pedas nya memang cun sesangat. petang nya pula ada jemputan untuk kenduri arwah.harus the next day kena puasa. kui kui kui
Photobucket
some people called it ambuyat, ada yang panggil lemantak atau linut. kalau dah berkumpul ramai ramai ini memang seronok makan benda ini. kena lagi kalau ada sambal yang cun, then ada  sayur keladi masak rebus atau lemidin goreng..kemudian ikan tengiri salai atau udang salai... wahhhh very da sarawak
Berulam lah makcik hari ini.ala ala nak berdiet kunun nya tapi tidak lah benar. umbut pisang ini selain makcik masak kan gulai bubur pedas makcik ulam  (makan dengan sambal belacan ) begitu sajer . hari ini berulam daun selom, daun selasih, pegaga dan pucuk ubi kayu.. sungguh lah meriah nya .habis lah geng makcik calling calling meneman kan makcik di rumah sambil makan makan n gather gather gitu.
Photobucket
umbut pisang kapas ini makcik tebang semalam. untuk membuat gulai umbut pisang ini makcik ambil bahagian yang muda jer dan buang kan urat urat yang umpama tali itu. makcik hiris halus sikit kemudian  makcik rebuskan umbut pisang ini dalam air mendidih yang bercampur 2 sudu cuka. tujuan cuka ini adalah untuk mengekalkan rupa umbut batang pisang ini supaya tidak layu dan kehitaman,
Siput gongong ini makcik beli masa kat kk bulan lepas. masih lagi bersisa didalam peti sejuk. hari ini makcik campurkan siput dengan umbut batang pisang. sedap juga rasanya nya walaupun kekadang rasa makan getah jer, agak liat sedikit dari siput yang kecik kecik tu, yang ini hat yang besar
Photobucket
cara nak memasaknya sungguh lah simple. blend perencah nya (bawang putih , bawang merah, serai, halia, cili dan belacan) tumis kan perencah ini didalam minyak yang telah masak dan masukkan pes cili kering atau cili boh. tahap kepedasan ikut suka iyer. tumis sampai mengeluarkan minyak. masukkan siput gongong dan masak sehingga naik wangi, masukkan 2 gelas air. masak sehingga mendidih , kemudian masukkan umbut pisang yang telah kita masak terlebih dulu. (buang air rebusan yg bercampur cuka dan cuci sebentar kemudian toskan umbut pisang).  gaul sebati. tambah kan air jika kurang air. masukkan rempah bubur pedas. makcik bubuh dalam sebungkus @ 200gm rempah. masak lagi dengan api perlahan sambil di kacau kacau. tambah kan air lagi  kerana rempah ini akan memekatkan gulai umbut pisang kita. masukkan santan  secukupnya. perasakan dengan garam dan sedikit gula.. tu jer..siap untuk di hidangkan.
Photobucket
begini lah rupa gulai umbut pisang kita. memang sedap sangat sangat, menu simple.. di tambah dengan kesegaran rempah bubur pedas yang makcik beli dengan kawan makcik. pergh.. memang bertambah tambah gulai ni dalam mangkuk kita. bercakap tentang rempah bubur pedas ini , pia pon ada pesan, masuk setahun juga lah pesanan pia itu, insyaallah kalau turun kl nanti makcik beli kan untuk pia. dekat nak ramadan nih banyak lah rempah bubur pedas ini dalam market melayu. kalau bukan musim puasa lambat lah kita nak tengok rempah ini dalam pasaran.

Monday, July 16, 2012

APPLE CRUMBLE PIE

Assalamualaikum semua, apa yang u ols buat hari ini, dapat kabaran baik tak hari ini? atau tengah mood sedih? apa pun mood anda sekalian hari ini, nikmati lah hari ini dengan penuh kesyukuran . kalau yang rasa sedih dan marah itu, berfikir lah secara positif, ada hikmah di sebalik semua kejadian yang kita alami semalam atau hari ini, bersyukur lah kerana kita masih sihat dan bernafas untuk membetulkan kejadian kejadian yang kurang menyenangkan samada diantara kita dengan keluarga, adik beradik atau pun kawan kawan.. Perkataan maaf sebenarnya tidak sulit jika kita mahu bersikap bertolak ansur, tak apa merendah kan ego kita, tolak lah ke tepi, kerana satu hari nanti kita akan sedar, tak rugi untuk memulakan benda yang baik. ALLAH suka orang yang memaafkan orang lain. kalau lah kita didalam masa kesusahan berzikir lah untuk menenangkan diri sambil mengingati DIA

 لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
(La ilaha illa anta  Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)
 Ertinya :(Tidak ada tuhan selain Engkau Ya Allah , Maha Suci Engkau. sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim) " SURAH AL-ANBIYA'(21):87

Menurut riwayat, Nabi Yunus telah dicampakkan ke laut setelah diundi beberapa kali, tatkala kapal yang dinaiki oleh baginda hampir karam. Allah memerintahkan kepada ikan Nun (Paus)  untuk menelannya. Keadaan di dalam perut ikan Nun (Paus) itu sungguh tidak selesa dan baginda berharap agar Allah mengeluarkan baginda dari perut ikan tersebut. Allah telah mengilhamkan Nabi Yunus untuk membaca doa tersebut. Dan apabila Nabi Allah Yunus membaca doa tersebut, baginda terasa lapang dan tenang. Akhirnya Nabi  Yunus terselamat apabila dimuntahkan kembali oleh ikan Nun (Paus) dan baginda terdampar di tepi pantai serta diselamatkan oleh orang lain. (teringat kan arwah nenek selalu bercerita tentang nabi dan makcik akan baring disebelahnya sambil ternganga mendengar cerita dari dia ~ alfatihah untuk nenek.)

Jika kita rasa susah hati dan menghadapi kesusahan serta kepayahan, maka bacalah doa ini. kita jangan lupa berdoa dan mengharapkan pertolongan Allah. Yakin dan percaya insyaallah segala musibah yang menimpa kita akan terlerai juga.  Zikir ini juga dapat mengukuhkan iman dan menimbulkan keinsafan di dalam diri kita. Ketika kita berdoa, hayatilah bersungguh-sungguh bahawa kita telah menzalimi diri kita. Oleh itu kita bertaubat daripada segala dosa, samada kecil atau besar, yang disedari atau tidak, terhadap manusia atau dosa terhadap Allah. Mudah mudahan Allah mengampunkan segala dosa kita dan melapangkan segala kesempitan kita.  Insyaallah

makcik dah jauh melalut..its a good thing to share tho..mana taw kan ada orang yang tengah kesempitan..jangan pandang remeh ayat kat atas..cuba lah..insyaallah tenang hati tu.  okay now let see apa makcik masak hari minggu lepas. terover rajin sebenarnya, eh yang betulnya menge ~ clearkan peti sejuk yang agak penuh dengan buah buahan. selepas mengintai rumah cik azlita kita, teringin lah plak nak mencuba pie dia tu. selalu makcik buat plum crumble. dillah mesti suka epal crumble pie nih..one of his favourite.
Photobucket


APPLE CRUMBLE PIE -  credit azlita

Bahan Untuk Kulit Pastri
240g Tepung Gandum                                            
170g Mentega sejuk ~ dipotong kecil
2 sudu besar Gula Aising                                       
4 sudu besar air ais (makcik tambah 2 sudu )

Gaulkan tepung dengan gula aising .Masukkan Mentega dan gaul semula menggunakan garfu sehingga tekstur seperti serbuk roti.Campurkan air ais sesudu demi sesudu dan gaul rata dengan menggunakan garfu sehingga ia menjadi doh.masukkan doh kedalam plastik dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit.

Bahan Inti
5 biji apple hijau (Granny Smith)
1 biji parutan kulit lemon
Secubit garam
2 sudu besar mentega (next time makcik kurang kan pada 1 sudu makan saja)
100g gula perang (next time makcik kurangkan 60gm saja) ~ agak manis pada tekak makcik
secubit serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar tepung jagung (makcik bancuh kan dengan sedikit air)

Apple dibuang kulit dan biji dan kemudian dihiris nipis.Ketepikan.Panaskan gula dan mentega. Kacau rata.Masukkan hirisan Apple. Gaul rata.Masukkan garam. serbuk kayu manis dan tepung jagung.Kacau hingga apple lembut dan kuahnya pekat
Angkat dan biarkan sejuk

Bahan Crumble
75g tepung gandum                                     
35g mentega tanpa garam
35g gula                                                        
35g chip cokelat (makcik tak masukkan ini)

Gaulkan mentega, tepung dan gula sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan chip cokelat dan gaul rata

Cara Menyediakan Pie
Panaskan ketuhar pada suhu 220C.Sediakan acuan pie 12"Keluarkan doh pastri dari peti sejuk.Canai doh pastri menjadi nipis dengan ketebalan 5mm.Alihkan kedalam acuan pie. Kemaskan tepinya dan buangkan lebihan.Masukan inti ke dalam pie hingga penuh. Tinggalkan sedikit hirisan apple sebagai hiasan.Tutupkan atas pie dengan crumble.Hiaskan dengan baki hirisan apple.Bakar pie selama 15 minit pada suhu 220C.Kemudian turunkan suhu kepada 190C dan bakar selama 45 minit hingga bahagian atas pie berwarna perang.
Photobucket

makcik sukakan texture pie crumble ini walaupun pada tekak makcik rasanya agak manis. for the next projek akan makcik kurangkan gula nya kerana crumble di atas sendiri juga sudah terasa manis nya. thanks azlita kerana sudi berkongsi resipi tart ini. 

Thursday, July 12, 2012

WARM CHOCOLATE PUDDING

Photobucket
ketika makcik buat pudding nih memang tengah terbayang bayang kan kek chocolate chilis yang kat klcc sinun. malang nya icecream plak tak ada dalam peti sejuk. huh..kalau lah letak sikit ice cream vanilla or mint flavour icecream wah wah wah...mesti makan dengan geleng geleng dan hangguk hangguk kepala. pastu menyesal plak makan sebab timbang dah naik.  kan...waduh waduh..malang sungguh bila metabolisma macam makcik nih yang bergerak seperti kura kura. aisehhh
 Photobucket

RICH WARM CHOCOLATE PUDDINGfrom  AGNES CHANG- I can bake

A:
250g butter/margarine
250g dark chocolate, broken into pieces

B:
160g caster sugar (or less) (a bit too sweet for my tougue)
1 tsp vanilla
7 eggs lightly beaten
¼ tsp salt

C:
100g plain flour – sifted

Method:
1.      Put A into a double- boiler, double boil with low heat and stir till smooth.(I just put in microwave for 1 min)  Leave aside to cool slightly. Mix in B till smooth

2.      Add C and  mix till just blended ( do not over mix)

3.      Grease and flour 12 small oven proof pyrex custard bowls. Divide cake mixture into the custard bowls till ¾ full.

4.      Bake in a pre-heated oven at 160 C for 12-15 minute till edges are set but centres are still very wet and a little sunken

5.      Leave to cool in the custard bowls for 5 minutes before carefully removing by running a small knife around edge of each cake
6.      Serve warm so that the rich and tasty chocolate sauce will flow out when cut open
 Photobucket
kalau lah ada icecream kan...icecream lagi...keh keh keh

 Photobucket
kalau ada waktu terluang tu cuba lah . agak senang nak membuat nya. u know makcik simpan few cups dalam peti sejuk dan bakar the next day for just 15 minute. Infact lebihan lain makcik simpan for 5 days dalam peti sejuk dan ianya tetap dalam keadaan baik. just keluarkan for 10 minute (for room temperature) pas tu boleh lah bakar dalam oven. a good dessert untuk di hidangkan pada tetamu.

Wednesday, July 11, 2012

UBI KAYU GORENG

masa kecik kecik dahulu mak selalu rebuskan ubi kayu kemudian di hidangkan dengan gula ataupun kelapa parut yang telah di campur dengan sedikit gula dan garam. dedulu..yelah kan dalam seminggu tu mungkin 3 kali bersarapan kan dengan ubi kayu. muak memang lah muak ..udah lah tahap ekonomi keluarga tak memungkin kan kami adik beradik bersarapan cornflake atau pun roti toast. kalau setakat ubi kayu dan lempeng memang dah jadi makanan kami ..tetap menjadi  memori indah. mengingati masa lalu, terkenang bagaimana makcik sukakan bau rumput rumput di pagi hari, atau mandi air sungai di kawasan sawah padi. kemudian bila mak masak sayur sayur yang di petik kat hutan berdekatan kita orang adik beradik berselera sungguh mengadap lauk rebus itu. tak ada ayam tak ada daging, cuma kalau rasa mewah sikit, ada lah telor asin. mak tak pernah mengeluh..tetap bersemangat menjaga kami walaupun kurang duit tapi mewah dengan makanan kampung ~ tak terbalas jasa mak, sehingga hari ini pon mak masih sibuk jer nak masak untuk makcik kalau makcik komplen malas. sayang mak. rindu sungguh suasana itu. malangnya masa jadi kanak kanak riang yang tak tahu apa apa  itu telah berlalu sekarang  cuma ada dalam kenangan.

Photobucket
makcik rindu kan dilla, rindu kan popond - yeah tiap kali dengan lagu najwa,,teringat popond~ kuat kan radio anda - Aku yang patut, yang patut ...Memberinya segala..Kerna aku mampu, ya aku mampu..Melakukan apa-apa saja..
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)...
...la.la la.la..sekadar mengingati kecomelan popond menyanyi kan lagu itu. kanak kanak riang yang bakal menjadi ibu. oklah..masa kat kl dilla dan popond belanja makan kat poyo - makan ubi kayu yang rasanya kalau kat rumah makcik mau mengantuk mereka dihidangkan dengan setalam ubi kayu goreng.  iyerlah kat kl apa jer keluaran hasil tani lebih lebih lagi yang dari kampung nih pon dah harga berapi, cuba dok kampung..hari hari makan ubi kayu mau pengsan jadi nya.
Photobucket
senang jer caranya nak buat nih iyer adik adik...kupas dan rebus ubi kayu tu dulu, agak agak dah masak, masukkan sedikit garam untuk rasa lemak ubi kayu. toskan dan biarkan sejuk dulu sebentar, kalau tak leh sabar untuk makan ubi kayu goreng nih, just goreng dalam minyak yang banyak. macam kita buat kentang goreng tu. toskan sebentar, kalau suka boleh dashkan sedikit garam dan serbuk lada putih. (makcik nih suka jer nak guna serbuk lada putih - a magic spice for me.) kalau tak nak letak lada putih tak per..hidang jer dengan sambal goreng kesukaan anda. nikmati lah sementara masih panas ,
Photobucket
telan air liur tak?

Monday, July 9, 2012

Mee Kolok

Photobucket
its our dinner semalam. sebenarnya  malas hendak memasak tapi kena masak juga. kesian lah dengan budak budak yang buka tutup peti sejuk dan kemudian bila dah pukul 9 malam beri alasan lapar untuk keluar membeli tapau. lately memang makcik macam tak bersemangat jer nak masak lebih . sejak dillah dan adik dah pandai keluar makan dengan geng geng mereka dan tinggal lah makcik makan seorang sorang. begini lah nasib ibu yang tak banyak anak , hurmm. terasa kurang kasih sayang ler plak bila anak anak dah pandai berdikari . makcik cemburu juga lah dengan ibu yang beranak ramai. dalam keluarga yang ramai mesti meriah kan. like our own family. di lahirkan dalam keluarga  yang kecil ~ still kecik lah kalau setakat 4 orang adik beradik dan semuanya sudah berkeluarga. and now my parent pon tinggal berdua sajer. si adik pula duduk with my mom sementara dillah duduk dengan makcik. alahaii nasib baik lah tinggal berdekatan,

Photobucket
let see apa bahan untuk mee kolok kita kali ini. this time memang simple and sempoi jer mee kolok makcik. grab apa benda yang ada didalam dapur. tak payah susah susah lagi. seperti yang u ols tahu mee kolok nih lebih kurang mee maggi jer. my ipar yang cina tu buat lagi lah sempoi, masuk minyak goreng bawang merah , letak cili sos and tomato sos with white pepper. then dia buat telor dadar kemudian di campur ke dalam mee kolok . sebegitu mudah jer. tetap sedap.
 Photobucket
kat sini makcik guna kan :-

minyak goreng bawang merah - 5 biji bawang merah di hiris nipis
minyak goreng bawang putih - 4 biji bawang putih di hiris nipis
sedikit lada putih
sedikit garam
kalau ada minyak bijan - just a dash of it (makcik tak guna kali ini kerana tak ada stock dalam rumah)
taugeh kepala besar tu - taugeh kacang soya
smoked chicken - yang nipis nipis tuk makan sandwich yang selalu kita jumpa dalam peti sejuk kat supermarket

mee tu makcik celur dalam air masak yang telah mendidih. kalau mee tu dah timbul kira dah boleh angkat dah (ada orang rebus mee nih agak lama tapi kat tekak makcik tak sedap - sebab mee tu rasa kembang jer~ sebab tu makcik prefer bila mee tu dah timbul kat atas boleh lah di angkat, celurkan sebentar dalam air sejuk plak..dalam 1 minute gitu. toskan mee dan masukkan kedalam pinggan/mangkuk yang telah di masukkan

bahan penting:-
1 - 2 sudu makan minyak bawang goreng merah (buat sendiri lebih sedap)
1/2 sudu makan minyak bawang goreng putih (optional)
2 sudu makan bawang goreng
sedikit (abt 1/2 sudu pati ayam - maggie atau knorr - terpulang pada selera masing masing
1/2 sudu garam - terpulang pada selera masing masing
a dash of serbuk lada putih

(kalau nak kaler hitam sikit, letak lah kicap masin atau kicap manis, pastu tu ada orang letak sos tiram sikit, a dash of minyak bijan ) terpulang pada selera masing masing

makcik masukkan taugeh yang telah makcik celur dan hirisan smoked chicken yang makcik microwave sebentar - abt 1 minute.  gaul dengan mee yang telah di celur tadi bersama bahan minyak..gaul sebati dan sedia untuk di hidang,
kalau suka buat lah sup tulang ker sup ayam ker untuk di makan bersama mee kolok. kali ini makcik tak sediakan sup tapi makcik makan dengan cili padi yang telah makcik buat jeruk .
Photobucket

 

Sunday, July 8, 2012

ASAM PEDAS DAGING KERBAU

Photobucket

mungkin ia nya tak seperti yang ada di melaka tapi boleh lah untuk mengubati rindu tekak makcik yang sentiasa teringin itu dan ini .. alahai nafsu nafsi.
Daging kerbau ini mak beli ketika kami berkunjung ke kk baru baru ini. Apa bezanya daging kerbau dan lembu? Daging kerbau isinya lebih kasar dan perlu dimasak dalam jangka masa yang agak lama  manakala daging lembu isinya lebih halus dan banyak lemak. Pada setengah orang mereka lebih menyukai daging kerbau kerana ianya kurang berbau berbanding daging lembu. Pada makcik plak..makcik tolak batu dengan kayu jer..makna nya tak menjadi kesalahan kalau daging kerbau tak ada. buleh gitu. hihi. sebagai rujukan makcik gunakan resipi yang makcik jumpa di alam maya ini

Asam pedas daging tetel   credit to quinnie@myresipi.com


Bahan-bahan ( sekeluarga )
• 1 kilo daging tetel - direbus dlm 2 jam utk empukkan daging
• 1 bawang besar *
• 5- 6 bawang putih*
• 1 inci halia*
• 1 sudu kecil lada hitam biji*
• 1sudu besar ketumbar biji*
• 1 sudu besar jintan kasar*
• 1 sudu besar jintan halus*
• 1inci lengkuas *
• 2 buah keras*
• 1 inci kunyit hidup* ( blend bahan*)
• 1 sudu besar belacan **
• 20-30 cili kering **- direbus dulu dan toskan ( blend bahan** hingga lumat...isi sedikit minyak masak utk hancurkan biji cili kering)
• 8 batang serai - diketuk bagi hancur
• 2 sudu besar asam jawa - dicampur dgn air
• minyak tuk menumis, garam dan gula
• 6 helai daun limau purut
• 2 biji tomato - dibelah 6
• 2 biji terung panjang/ bulat - dipotong jgn dibuang kulitnya
• 1 sudu besar kerisik

Cara-cara :
tumis minyak sedikit....agak2 jgn byk sgt...nanti berminyak kuah dia...tumiskan bahan blend * hingga naik bau dan masukkan serai yg telah diketuk tadi...bila dah agak kering airnya tumisan tadi...baru masukkan bahan blend **....masak sampai pecah minyak....macam masak asam pedas biasa.. bila dah pecah minyak...masukkan daging tetel yg telah direbus tadi bersama2 air rebusan daging..sebelum masukkan daging buang dulu minyak2 yg dah beku kat permukaan air rebusan supaya tak berminyak sgt nanti kuahnye...masak sampai kuah didih dan masukkan air asam jawa.....tambah air kalau terasa kurang air.....masak lagi hingga daging betul2 dah lembut...kalau kurang air boleh tambah air lagi... bila dah empuk daging...masukkan kerisik, buah tomato dan terung. masak hingga terung tadi layu atau bertukar warna ..kemudian masukkan daun limau purut yg dicarik2...garam serta gula..rasa kuahnya...kalau o.k boleh tutup api.......siap utk dihidangkan
Photobucket
macam kari pon ader kan..hurmm
Photobucket
oleh kerana ini lah pertama kali encik somi melihat menu ini maka perasaan teruja itu tidak lah ada. makan pun macam pelik jer. well asam pedas? sebab bila di katakan asam pedas maka encik somi hanya terfikirkan ikan saja. kali ini bila di buat asam pedas..wahhh...macam errr....sedap ker? tapi untuk makcik plak cukuplah untuk melepaskan rindu asam pedas itiew. as a beginner sekurang kurang nya makcik trial and error. tak cukup melawan sedap nya masakan orang melaka jadi makcik tanamkan hasrat untuk kesana lagi..untuk asam pedas? jonker walk? owhh tidak...my kasut dan sling bag kat jonker street.. alasan kukuh untuk kembali..hehehehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...