Sunday, July 14, 2013

Oh la la

I was reading Hjh Esah blog entry Happy..Happylah. membuat makcik terpk pilihan happy atau sadness kita. how makcik melangkah untuk memilih jalan kehidupan makcik dari dulu sehingga sekarang. banyak sangat ranjau yang makcik tempuhi, yang baik atau pun sebalik nya.  being memilih kehidupan gembira oh lal ala atau kehidupan negatif meraung meratap hiba membuat kita berfikir adakah qada qadar kita atau tuhan being good or bad toward kita. see...again kita merasakan orang sekeliling being tak unfair dengan kita..sehingga kita merasa tuhan tidak sayang kan kita.. maafkan hamba mu ini ya ALLAH for being so the very entah haper haper.

bercakap tentang blogger ini, makcik dah menfollow dia sejak dari zaman infogossip pertama dulu. agak lama juga maybe lebih dari 7 tahun kalau tak silap makcik. i was introduce by kumac dan sejak dari itu makcik adalah pembaca setia blog nya. well if you ols feel free jenguk lah ke laman beliau and you know why i stick to her for long time.
I was terpanggil untuk melanjut kan di sini with her entry happy ...happylah. In my life idak lah makcik katakan hidup makcik nih sentiasa happy. ada ketika nya stress yang maha dasyat melanda makcik sehingga kan terpaksa menelan panadol. macam hari ini makcik tersangat stress dengan anak anak makcik yang tidak lah sampai setengah dozen itu.
siabang yang supposed buat interview untuk kerja U nyer terlajak tido..ini memang membuat makcik stress kerana dia ini dah umur cukup untuk berbini pun belum lagi boleh menjalan kan tanggungjawab pada diri sendiri. selepas makcik bersusah payah membuat temujanji dengan chef yang agak terkenal itiew dan tetiba dia just buat derk jer..aishhhhh...makcik stress then semalam plak si kakak nya itiew susah di hubungi dengan 2 hp yang bertutup konon nya kehabisan battery tetapi bila check bbm boleh plak berstatus read..dah langsung tak bertanggung jawab untuk menreply bbm makcik. padahal kita kat rumah ini sangat lah risau, dable stress

then petang ini si adik plak menghabiskan waktu berpuasa nya dengan bermain pool. triple stress
kemudian acara sesi luahan rasa mak bapak plak yang kehabisan baget nak melengkap kan hall di rumah dan adik makcik plak pura pura tak mendengar.,,bermakna makcik lah kena settle kan apa apa yang perlu.berganda ganda lah stress makcik.
patutlah rambut makcik ini tak pernah nak subur. asal panjang jer gugur asal cantik sikit makin banyak lah rambut makcik berjatuhan.. yes im not happy with all this. benda senang sebenarnya tapi sebab tidak ada rasa tanggungjawab maka nya berakhir dengan makcik have to settle it. aisehhhhh

when makcik baru jer berjinak jinak dengan makeup dan baru jer nak mengenali lelaki..se ingat makcik time tu umur 18tahun im not happy with apa yg my family ada. dengan kata lain..why must i di lahirkan didalam keluarga yang serba kekurangan. . time tu berkawan dengan orang glamer jadi segalanya berubah mendadak. the negatif side...
Sejak dari kecil kehidupan kami tidak lah mewah. my father kerja as polis..and my mom surirumah yang berkebun sayur, bertanam padi atau ke laut bersama bapa untuk menangkap ikan demi untuk menampung belanja makan kami adik beradik. kereta tak ada, jauh sekali motorsikal sebab bapa tidak suka berhutang piutang. me as anak sulung terpaksa menjaga adik adik yang kecil . darjah 4 makcik dah start masak untuk family. dari darjah tiga makcik dah ikut mak berjual kuih muih. i cant remember my masa kecil  dengan gaya zaman kanak kanak riang ria dan ceria tapi my life ketika itu adalah menjaga adik adik, sidai baju, lipat baju dan petangnya tolong mak berkebun ..samada mengangkat air untuk menyiram sayur atau mencabut rumput. hard life for me, time tu kiranya makcik dah matang sikit dari umur makcik yang sebenar. muka pun comot jer, tidak ramai kawan dan makcik akan membaca buku atau keratan majalah atau buku cerita berulang kali jika terjumpa di kedai runcit. sangat sangat susah kehidupan dahulu berbanding sekarang. syukur kepada illahi untuk apa yang makcik ada hari ini.. dan sangat bersyukur anak anak makcik tidak melalui zaman kepayahan begitu
makcik pernah mogok , pernah juga mempersoalkan kenapa kami hidup dalam keadaan miskin begitu. miskin dalam erti kata tidak mempunyai harta benda dan susah duit. kadang kadang sayur yang mak tanam akan di tukar dengan system barter. sayur tukar dengan ikan atau beras di tukar dengan buah buahan. when i was in form 3 routin berjalan seperti biasa, gadis lain berseronok naik basikal atau berjogging di kawasan padang flat tapi makcik di rumah prepare untuk makanan malam , melipat pakaian dan memandikan adik. which for a while i really hate it so much sampai nak melarikan diri dari rumah. yes because im not happy with the situation. melihat muka mak yang lelah, melihat muka bapa yang risau dengan bil yang bertunggak.

melihat ke belakang hari ini makcik sangat bersyukur, atas susah payah itu makcik menjadikan ianya satu pengalaman hidup yang tidak mungkin orang akan alami lagi di zaman sekarang . makcik berbangga dengan sifat mak yang tidak mudah mengalah kepada takdir. so sehingga sekarang apa jer permintaan mak dan bapa makcik akan cuba tunaikan..dek kerana makcik tidak mahu mereka merasai kesengsaraan seperti dahulu lagi.

so before tido malam ini..kena telan panadol..nak happy ker nak stress..semuanya ditangan kita..i choose happy tapi camna iyer kalau kepala nih beratnya menyucuk yucuk otak...alahaiiii stresss nyer..

2 comments:

Makji Esah said...

sakit kepala tu sebab pikir byk makcik eh..bukannya sebab stress. tapi kan...kita org pompuan ni mg suka menyeksa kepala kita dgn stress dan walaupun dah diwarning dgn sakit kepala..tak gak insaf kann?

p/s..apa jadik dgn info gossip dgn Ku Mac tu? Hilang cenggitu aje..susah I nak skodeng ex bf I dah..hihi

Unknown said...

pasal stress malas dah nak cakap..nih dekat nak raya makin sesak kepala..apa kahh..
btw kumac ilang tanpa nisan..even ku zizah mencari dia ke hulu kehilir, tak terjawap makcik ngan dia tu selepas dia dok menyebar gossip gossip di istana emas itiew,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...