Tuesday, July 9, 2013

ICE CREAM DURIAN

Ramadan datang lagi. Alhamdulilah jika di panjang kan usia lusa kita sama sama berpuasa untuk tahun 1434H @ 2013.  Tidak seperti tahun tahun sudah tahun ini 2 orang anak makcik akan berpuasa di kuantan dan ayah mereka pula akan berada di trengganu. Seperti biasa makcik akan berpuasa bersama si bongsu eh technically lah..
Banyak kisah terjadi di sepanjang setengah tahun 2013. Beberapa orang ahli keluarga jauh dan dekat telah di panggil oleh Illahi, Sebahagian nya kerana kanser, Yang muda atau yang tua bertarung nyawa melawan penyakit ini.  amat memilukan melihat mereka menderita penyakit tersebut. Ada yang meninggal kerana kanser rahim, kanser hati  dan kanser tulang. Menyerah kan pada takdir atau sudah tertulis oleh NYA adalah sesuatu yang makcik anggap tidak betul. yes..permakanan kita memainkan peranan didalam membina organ organ dalaman yang sihat. 
Diatas kesedaran ini lah makcik perlahan lahan cuba mengubah cara permakanan makcik. Dari makan apa saja kini  makcik cuba beralih kepada rebusan dan mengelak lemak dari santan atau makanan gorengan. Tidak secara drastik tetapi makcik mencuba sedaya mungkin walaupun kekadang nafsu teringin itu terus saja bermain didalam minda makcik. Di kesempatan ini makcik berharap ketika kita memilih makanan untuk berbuka marilah kita memilih dengan akal yang sihat. Melihat pada kandungan didalam sesuatu makanan tersebut. Berlemak ada lah sedap, pedas sangat thrill , bergorengan sangat garing tapi beringat ingat lah agar tubuh badan kita tidak terlalu stress dengan apa yang di cerna oleh organ kita. 

Di bulan yang mulia ini juga makcik ingin meminta maaf kepada sesiapa saja yang makcik telah sakitkan hati mereka. Jika terkasar bahasa, jika ada yang terguris perasaan terhadap perbuatan makcik, makcik memohon maaf dan ampun. Walaupun orang rumah makcik tidak akan membaca blog makcik ini, tetapi ingin juga makcik memohon ampun terhadap keluarga makcik, ibu bapa makcik, suami makcik yang banyak beralah dengan sikap makcik, anak anak makcik yang merasa diri di abai kan dan kaum keluarga makcik yang berkecil hati sebab makcik tidak berkesempatan menziarahi mereka. sesungguh nya masa kini sangat cepat berlalu. 
Berlalu nya waktu mengingatkan kita bertapa banyak dosa dosa yang kita lakukan sewaktu kecil dan dewasa terhadap ibu bapa dan kaum keluarga kita. selain itu ada beberapa perkara yang menjadi sesalan sehingga hari ini. Sesuatu yang kita rasa dapat kita hindarkan  atas dasar kepercayaan. 

~ di waktu awal pagi beberapa tahun yang lalu ~ hati berbisik kenapa muka itu berubah begitu. pucat, hitam dan lesu.  makcik masih ingat wajah itu, sampai mati pun makcik akan ingat. hati berbisik dan berkata. tapi mustahil , tidak mahu mempercayai naluri makcik tapi kenyataan sebenarnya sangat pahit di telan. ya sungguh..makcik sangat menyesal sehingga kini. 

~ atas dasar kepercayaan juga lah kini keluarga makcik menanggung beban hutang kereta seratus ribu lebih
dan menjadi dosa pula makcik mengutuk ketika bank call untuk payment

~ beberapa hari yang lalu makcik sangat berkecil hati dengan ibubapa makcik. Ada perkara yang menyinggung makcik. apabila kita membayar semua bill di rumah mereka dan ketika kita minta sesuatu favour dan di tolak terasa hendak balik saja ke rumah lain dan tidak payah peduli kan mereka.. oh ya itu sudah menjadi dosa besar. Apa hak kita sebagai anak untuk berkecil hati terhadap mereka. Dan siapa  makcik untuk berkecil hati pada mereka yang menjadi orang tua makcik.  bahkan makcik telah menambah dosa atas rasa ketidak puasan hati makcik itu. contoh nya : ayat cliche..kalau makcik begini begitu, cuba adik beradik yang lain ok jer..arghhhh...dah jadi dosa lagi kan..
tak per lah korang tak faham..biar jer lah makcik faham seorang. 

Untuk suami makcik berdoa untuk kesejahteraan dan kesihatan yang baik, dilimpahkan rahmat  serta di murahkan rezeki selalu, stay handsome as always. seorang insan yang sangat bersabar dengan kerenah makcik. alhamdulilah syukur kepada ALLAH yang menghantar seorang malaikat untuk menjaga kami. Banyak sangat dosa makcik pada suami dan makcik berharap sempena ramadan ini suami makcik sudi mengampunkan kesalahan dan kesilapan makcik selama kehidupan kami bersama. 

untuk anak anak, makcik berharap mereka sentiasa di lindungi dan dirahmati ALLAH di murahkan rezeki juga di berikan kesihatan dan kebahagiaan di dunia dan diakhirat. Makcik berharap mereka menemui ketenangan hati dan mempunyai iman yang kuat dalam melayari kehidupan yang penuh cabaran. Makcik juga berharap mereka akan menemui teman hidup yang dapat menemani mereka di masa senang dan susah. yang beriman serta menjaga solat mereka. sebagai orang tua makcik merasa susah hati dengan kehidupan yang akan mereka tempuhi. dengan character yang berlainan makcik berharap mereka bertiga ini dapat menjalani kehidupan yang baik dan tidak terjerumus di jalan yang salah serta mempunyai masa depan yang cerah serta di kelilingi oleh teman teman yang baik dan tidak menikam mereka di belakang. Begitu juga makcik berharap mereka akan sentiasa bersama dan tidak bergaduh sesama sendiri. Makcik juga berharap ramadan ini hati mereka bertiga akan lebih terbuka luas untuk tunduk tawaduk dan beriman kepada ALLAH. 

Tidak akan hidup kita kemana kerana dari DIA kita datang dan kepada NYA kita kembali. kerana itu sesungguhnya makcik ingin meminta maaf sekali lagi kepada sesiapa saja yang mengenali makcik. jika ada terkasar bahasa, jika makcik ada berhutang apa apa yang makcik sendiri tidak ingat (sila ingatkan makcik untuk membayar nya) serta jika ada perbuatan makcik yang menyinggung perasaan kaum keluarga, sahabat handai serta teman teman  makcik mohon ampun diatas kesilapan makcik. 

salam ramadan dari makcik mala
 photo 20130609_120427_zpsd7e0ce45.jpg
Durian Icecream
Kali ini kita berCerita tentang Ice Cream durian yang makcik buat menggunakan ice cream vanilla jenama nestle. Ice cream ini telah lama makcik buat kan beberapa bulan dulu cuma kesempatan untuk menguploadkan gambar saja memakan waktu. al maklum lah kan...dah jadi burung singgah ke sana ke mari.

1 container ice cream vanilla - dibiarkan mencair sederhana
1 packet roti cracker - di ramas hancur
1 kotak 200gm santan
600gm isi durian di mash - di gaul kan bersama santan dan ice cream - Adunan A
hirisan badam - (optional)

sediakan loyang yang telah di lapikkan dengan aluminium foil . taburkan roti cracker yang telah di ramaskan hancur (kasar) kedalam loyang kemudian masukkan adunan A. Jika suka taburkan diatas permukaan ice cream dengan hirisan badam yang telah di oven kan sebentar. tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan masukkan kedalam freezer, sejuk bekukan selama 1 hari. setelah keras boleh lah di makan.

 photo 20130609_120455_zps7ca8d154.jpg
mukadimah nya makcik bercerita tentang kesihatan tapi cerita hari ini pula adalah cerita ice cream ini penuh dengan carbo dan lemak. sesungguh nya makcik tidak layak untuk bercerita mengenai kesihatan tetapi marilah kita mengambil iktibar dari kawan kawan kita yang sedang bertarung dari penyakit yang membunuh ini. 

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...