Saturday, July 27, 2013

DAGING BAKAR

sesekali pekena daging bakar adalah sangat nikmat iyer. teringat makan kambing bakar kat rumah fiona di kpg melayu batu cave sinun. Daging organic katakan..memang makan berkilo pun gerenti  tak pening kepala. Dan menu kali ini juga adalah hasil dari fb fiona. Bila dia upload gambar dinner mereka....wahhh makcik pon terasa ngan try. agak nyer kan orang yang share makanan kat fb sinun memang nak buat orang yang melihat nyer macam terasa nak craving sama.. btw fiona's a good chef..asal jer dari airtangan dia gerenti sedap.
 photo 20130614_135746_zps14397b9b.jpg
Pilih daging gred A kata fiona..kata lain daging batang pinang. Cuci bersih kemudian di rebus empuk seketul besar daging tu ( dengan halia, bawang merah dan putih yang telah di blend. banyak mana bawang halia tu terpulang lah ikut suka)  . kalau suka terasa bawangan maka blend lah lebih sikit - part bawang nih makcik saja kasi - ikut resipi fiona tak perlu kata nya.

Untuk daging
Daging yang seketul besar tu dah siap masak lumur dengan garam dan serbuk kunyit sikit. kalau terlalu besar potong kecil sikit supaya masuk didalam pan grill atau magic pan kita. minyak mesti panas..process ini sekejap jer lebih agak elok kulit luar nya dah boleh angkat dan kemudian hiris nipis nipis daging tersebut

Untuk nasi :-
Panaskan  minyak makan dan sedikit minyak sapi (boleh juga butter juga- again idea makcik) tumiskan bawang putih, bawang merah, halia (yg telah di blend halus) bersama daun bay - letak lah 2 helai gitu bersama dengan rempah nasi  daging (kalau tak ada rempah  nasi daging masukkan rempah sup atau pun rempah kurma dalam 3 sudu makan bersama dengan sos tomatoes sikit. , (makcik guna rempah kurma bersama dengan sos tomatoes)

apabila rempah  kita dah naik wangi masukkan beras kita. gaul sehingga wangi dan sebati kemudian baru masukkan air rebusan daging dan sedikit garam (sukatan beras dan air daging ikut cara masak nasi dan tengok macam mana beras kita . kalau beras kita jenis lembut kurang kan air - seeloknya guna beras basmathi tapi makcik just guna beras biasa. alhamdulilah menjadi.
selalunya lepas acara menumis makcik jer masuk didalam periuk elektrik..so kerja kita senang sikit.
 photo 20130614_135755_zps6c762602.jpg
untuk cicah air asam nya:-
Air asam jawa
bawang besar yang di hiris nipis- dadu
buah tomato
sedikit belacan
cili api dan cili besar - dipotong halus atau ikut suka
garam dan gula
bahan di atas di gaul sebati.

kalau ada daun pudina pun sedap juga untuk side dishes,
untuk acar sempoi tu, nenas, timun n carrot, semua ini di hiris halus . timun lepas di buang bahagian tengah nya di perap dengan sedikit garam. kemudian cuci dan toskan airnya - ini untuk merangup kan timun . untuk merangupkan carrot pon  buh sedikit garam..let rest sebentar , ramas sikit sikit dan cuci bersih dan toskan airnya
hiris cili besar, bawang merah, sedikit udang kering yang di blend. sedikit gula dan cuka..gaul sebati. masuk lam peti sejuk..

kalau terlebih rajin tu buat lah kari dalca sayuran.. memang cun sesangat..

cicah dengan air asam
 photo 20130614_174823_zps2d2f5f4c.jpg
tak perlu side dish berlebihan. cukup sekadar apa yang ada didalam pinggan. without u sedar bertambah tambah juga lah nasi kat dalam pinggan itu.
nasi daging, daging bakar , air asam  dan salad timun. pergh...
 photo 20130614_174808_zps2f1db0ee.jpg
enjoyyy
 

Wednesday, July 24, 2013

Jus Carrot n Epal

 photo 20130613_164252_zps8f50a5c2.jpg

rasanya satu hari tanpa menjuice ibarat makcik tak menggunakan cream pelindung UV50+ makcik, lepas menjuice plak menjadikan badan dan perut macam lepas telan pil penaik semangat...huhuhu ada kah pill penaik semangat..sungguh lah tak masuk akal kan tapi if u into the juicing thingy u will know keselesaan badan selepas minum jus begini.. so kalau yang tak berapa nak suka buah buahan dan sayuran please...berjinak lah mula dari sekarang.

apa kabar semua nya? Esok hari ke 16 kita berpuasa, makcik nyer terawih udah out. seminggu di kuching makcik memonteng kan diri dari ke surau..ok lah alasan mengemas rumah dan entertain diri sendiri.. nak kata setan iblis...rasanya semua kena ikat di bulan mulia ini. makcik lah yang goyah
.  photo 20130613_163415_zpsb6f67595.jpg
Ini lah bahan yang makcik guna untuk kali ini..celery, carrot dan epal hijau. . Untuk epal hijau ini nak tak nak terpaksa lah makcik kupaskan kulit nya dek kerana bimbang makan banyak wax yang menyaluti epal import itiew.. kalau lah kan.. epal tu tak yah kupas mesti nikmatnya berganda ganda.

   photo 20130613_163957_zps10387ab0.jpg
a good juicer buat juice kita sedap.. i saw one kat cosway..try lah beli yang similar macam ini.

ini makcik nak cerita kejadian 2 minggu lalu isnin 15hb july 2013. makcik dan arcie meronda ronda lah di bandar miri sebelum petang nya makcik ke kuching. nak di jadikan cerita lepas ke hulu kehilir archie ajak makcik singgah di rumah kawan nya yang bernama bali , konon nya kucing dia terbiar begitu saja kerana bali balik ke mukah. bila sampai ke rumah tersebut (barrack kerajaan lama) dia dengan selamba nya masuk halaman rumah tersebut yang gate nya tidak berkunci. assuming memang kejiranan tersebut tak berpenghuni sangat, barrack lama lah katakan.. makcik plak duduk didalam kereta sambil main hp kerana menganggap dia memang kenal baik dengan bali. Bila archie kembali dengan selamba nya dia bawa balik kucing persian. makcik plak mengigil didalam kereta kerana merasakan archie dah buat benda salah. tapi dia menyakin kan makcik bahawa bali adalah kawan dia dan dia pesan supaya mengambil kucing persian tersebut. takkan lah tuan punya kucing biarkan kucing nya tak berjaga..macam  pelik pada makcik tapi makcik try tak pk bukan bukan sebab bulan puasa lah kata kan.
tapi esok nya  my father called me sebab my kereta dah kena trace* jiran sebelah rumah bali catit number kereta makcik). si bali plak mengamuk ke rumah sambil menangis mencari kucing nya dengan amaran lagi,,kalu tak jumpa kucing nya dia akan lapor kan ke polis.. owh ia bali tu pun sorang maknyah..  yang best nya si bali tak mengaku kenal archie.
nasib baik lah makcik berada di kuching kalau idak harus dia mengamuk makcik. masa kejadian itu  my father plak naik hangin sebab dia tuduh makcik pencuri kucing..dan kereta makcik tu memang kereta untuk mencuri kucing, aisehhhhhh now makcik in the picture of stealing cats. mesti cerita ini merebak kat rumah jiran tetangga sebelah.. waduhhh malu....
selepas calling dan threaten archie supaya hantar balik kucing tersebut makcik call personally bali dan his.err her friend yang ikut kerumah , teruk juga lah makcik kena hentam. konon nya makcik bersubahat mencuri kucing dia.
yang pelik nya kan..nombor telephone yang bali bagi kat bapa tak betul. bila makcik minta kat archie nombor telephone bali boleh plak bali menjawab.
and bali kata tak kenal archie..tapi macam mana archie boleh tahu nama bali ..rumah bali dan no tel bali.

selepas makcik bising ngan archie sampai sekarang plak dia merajuk dengan makcik. patut nya makcik yang merajuk nih dia plak yang mengambil hati.. aisehh.. malas tul lah makcik bila geng kaum kerabat mak nyah nih buat drama.
lesson learnt..biar pun seseorang tu dah jadi kawan baik kita simpan lah sikit keraguan didalam hati, kadang kadang tanpa kita perasan kita boleh jadi kambing hitan..cer tengok pengajaran yang makcik dapat dari kejadian ini..now dapat nama lagi..si pencuri kucing.. (waduh..makcik dah penat menjaga kucing..penah ada 50 ekor kucing untuk satu masa now seboleh nya mengelak untuk memelihara kucing sebab tak ada masa untuk mereka..and sorry to say lah setakat kucing cross breed makcik masih mampu nak beli yang lebih cantik dari yang archie ambil/curi itiew,,,opssss

Jom kita minum dulu
  photo 20130613_164308_zps5899277a.jpg
 

Sunday, July 14, 2013

Oh la la

I was reading Hjh Esah blog entry Happy..Happylah. membuat makcik terpk pilihan happy atau sadness kita. how makcik melangkah untuk memilih jalan kehidupan makcik dari dulu sehingga sekarang. banyak sangat ranjau yang makcik tempuhi, yang baik atau pun sebalik nya.  being memilih kehidupan gembira oh lal ala atau kehidupan negatif meraung meratap hiba membuat kita berfikir adakah qada qadar kita atau tuhan being good or bad toward kita. see...again kita merasakan orang sekeliling being tak unfair dengan kita..sehingga kita merasa tuhan tidak sayang kan kita.. maafkan hamba mu ini ya ALLAH for being so the very entah haper haper.

bercakap tentang blogger ini, makcik dah menfollow dia sejak dari zaman infogossip pertama dulu. agak lama juga maybe lebih dari 7 tahun kalau tak silap makcik. i was introduce by kumac dan sejak dari itu makcik adalah pembaca setia blog nya. well if you ols feel free jenguk lah ke laman beliau and you know why i stick to her for long time.
I was terpanggil untuk melanjut kan di sini with her entry happy ...happylah. In my life idak lah makcik katakan hidup makcik nih sentiasa happy. ada ketika nya stress yang maha dasyat melanda makcik sehingga kan terpaksa menelan panadol. macam hari ini makcik tersangat stress dengan anak anak makcik yang tidak lah sampai setengah dozen itu.
siabang yang supposed buat interview untuk kerja U nyer terlajak tido..ini memang membuat makcik stress kerana dia ini dah umur cukup untuk berbini pun belum lagi boleh menjalan kan tanggungjawab pada diri sendiri. selepas makcik bersusah payah membuat temujanji dengan chef yang agak terkenal itiew dan tetiba dia just buat derk jer..aishhhhh...makcik stress then semalam plak si kakak nya itiew susah di hubungi dengan 2 hp yang bertutup konon nya kehabisan battery tetapi bila check bbm boleh plak berstatus read..dah langsung tak bertanggung jawab untuk menreply bbm makcik. padahal kita kat rumah ini sangat lah risau, dable stress

then petang ini si adik plak menghabiskan waktu berpuasa nya dengan bermain pool. triple stress
kemudian acara sesi luahan rasa mak bapak plak yang kehabisan baget nak melengkap kan hall di rumah dan adik makcik plak pura pura tak mendengar.,,bermakna makcik lah kena settle kan apa apa yang perlu.berganda ganda lah stress makcik.
patutlah rambut makcik ini tak pernah nak subur. asal panjang jer gugur asal cantik sikit makin banyak lah rambut makcik berjatuhan.. yes im not happy with all this. benda senang sebenarnya tapi sebab tidak ada rasa tanggungjawab maka nya berakhir dengan makcik have to settle it. aisehhhhh

when makcik baru jer berjinak jinak dengan makeup dan baru jer nak mengenali lelaki..se ingat makcik time tu umur 18tahun im not happy with apa yg my family ada. dengan kata lain..why must i di lahirkan didalam keluarga yang serba kekurangan. . time tu berkawan dengan orang glamer jadi segalanya berubah mendadak. the negatif side...
Sejak dari kecil kehidupan kami tidak lah mewah. my father kerja as polis..and my mom surirumah yang berkebun sayur, bertanam padi atau ke laut bersama bapa untuk menangkap ikan demi untuk menampung belanja makan kami adik beradik. kereta tak ada, jauh sekali motorsikal sebab bapa tidak suka berhutang piutang. me as anak sulung terpaksa menjaga adik adik yang kecil . darjah 4 makcik dah start masak untuk family. dari darjah tiga makcik dah ikut mak berjual kuih muih. i cant remember my masa kecil  dengan gaya zaman kanak kanak riang ria dan ceria tapi my life ketika itu adalah menjaga adik adik, sidai baju, lipat baju dan petangnya tolong mak berkebun ..samada mengangkat air untuk menyiram sayur atau mencabut rumput. hard life for me, time tu kiranya makcik dah matang sikit dari umur makcik yang sebenar. muka pun comot jer, tidak ramai kawan dan makcik akan membaca buku atau keratan majalah atau buku cerita berulang kali jika terjumpa di kedai runcit. sangat sangat susah kehidupan dahulu berbanding sekarang. syukur kepada illahi untuk apa yang makcik ada hari ini.. dan sangat bersyukur anak anak makcik tidak melalui zaman kepayahan begitu
makcik pernah mogok , pernah juga mempersoalkan kenapa kami hidup dalam keadaan miskin begitu. miskin dalam erti kata tidak mempunyai harta benda dan susah duit. kadang kadang sayur yang mak tanam akan di tukar dengan system barter. sayur tukar dengan ikan atau beras di tukar dengan buah buahan. when i was in form 3 routin berjalan seperti biasa, gadis lain berseronok naik basikal atau berjogging di kawasan padang flat tapi makcik di rumah prepare untuk makanan malam , melipat pakaian dan memandikan adik. which for a while i really hate it so much sampai nak melarikan diri dari rumah. yes because im not happy with the situation. melihat muka mak yang lelah, melihat muka bapa yang risau dengan bil yang bertunggak.

melihat ke belakang hari ini makcik sangat bersyukur, atas susah payah itu makcik menjadikan ianya satu pengalaman hidup yang tidak mungkin orang akan alami lagi di zaman sekarang . makcik berbangga dengan sifat mak yang tidak mudah mengalah kepada takdir. so sehingga sekarang apa jer permintaan mak dan bapa makcik akan cuba tunaikan..dek kerana makcik tidak mahu mereka merasai kesengsaraan seperti dahulu lagi.

so before tido malam ini..kena telan panadol..nak happy ker nak stress..semuanya ditangan kita..i choose happy tapi camna iyer kalau kepala nih beratnya menyucuk yucuk otak...alahaiiii stresss nyer..

Friday, July 12, 2013

ANGGUR DAN EPAL

 photo P7110094_zps50ecb0f0.jpg
tetiba anak bongsu makcik request minta grape juice balik dari terawih semalam. alhamdulilah sudah ada keinginan untuk menjuice. well for a start kita beri dia buah buahan dulu. Jangan lupa mengupas apple bila kita hendak makan ok. di antara lapisan kulit itu memang elok tapi bila buah import kena lah berhati hati sikit.. ingat wax yang melekat di lapisan kulit yang menahan buah dari cepat rosak. kita tak nak selain dari nak sihat tapi mendatangkan mudarat pula ke atas organ dalaman kita. kena hati hati sikit ok . makcik tambah kan apple didalam juice grape anak makcik supaya rasanya balance dengan rasa masam manis dari jenis anggur yang berbeza

   photo P7110096_zpsbaf2e478.jpg
Dia suka kan nya dan minta another glass..
 photo P7110095_zpsd4103a80.jpg

benefit? for now selain dari prevent arteries dari clogging seperti yang makcik baca kat google nun makcik rasa ia juga bagus untuk penghadaman kita.

Hari pertama berbuka makcik keseorangan jer cos adalah cina tu datang fixed the parabola, ada ker datang waktu orang nak berbuka , Janji pukul 3 petang tapi datang nya dekat maghrib....aissssshhhhhhh
Semalam berbuka dengan parent dan in sya allah hari ini makcik berbuka dengan encik darl. meaning makcik harus masak..hmmm lama dah tak masak..lari dah skill itu.
alhamdulilah syukur pada ALLAH atas nikmat dan kurniaan NYA. AMIN

jom start menjuice :)

Tuesday, July 9, 2013

JUS SAYURAN

yeahhhh...esok puasa..makcik bersimpati dengan orang yang bersendirian seperti makcik ketika ini, tetapi simpati makcik lebih kepada orang tua yang tinggal berseorangan yang berjauhan dengan anak anak, orang tua yang baru saja kematian suami atau anak..mereka ini lebih sunyi dan hiba dari makcik. Dan syukurlah walaupun berjauhan makcik berharap anak anak makcik akan menjadi insan yang berguna  dan berjaya dari segi mental dan fizikal. semoga esok hari dan hari seterusnya menjadi hari yang terbaik didalam kehidupan kita disamping kita mencari keredhaan Allah dan juga semoga amalan dan taubat kita di terima ALLAH.


oh ya..hari ini ..JUICE HIJAU - ada berann?
mesti ada yang yuckkk...wekkkk...huuhhh. even makcik sendiri pon masa nak menjuicekan benda ini rasa agak ragu ragu samaada makcik dapat menelan benda ini..
bahannya : bayam aka spinach
 photo images_zpsa56858e1.jpg
ada halia merah, celery  dan juga sejemput daun parsli
   photo 20130610_203635_zpse0c91f65.jpg  photo 20130610_204011_zps2ac8372a.jpg
nah...makcik manage habis kan air ini. rasanya pedas dan agak pelik sikit tapi makcik telan juga.
u will be surprise macam mana makcik boleh menghabiskan nya. 1st timer macam makcik well...jika kita boleh telan ubat beranak selama 44 hari tak kan yang ini tak boleh kan..
 photo 20130610_204112_zps68a4026b.jpg
for health cuba lah..peace yo!

 

ICE CREAM DURIAN

Ramadan datang lagi. Alhamdulilah jika di panjang kan usia lusa kita sama sama berpuasa untuk tahun 1434H @ 2013.  Tidak seperti tahun tahun sudah tahun ini 2 orang anak makcik akan berpuasa di kuantan dan ayah mereka pula akan berada di trengganu. Seperti biasa makcik akan berpuasa bersama si bongsu eh technically lah..
Banyak kisah terjadi di sepanjang setengah tahun 2013. Beberapa orang ahli keluarga jauh dan dekat telah di panggil oleh Illahi, Sebahagian nya kerana kanser, Yang muda atau yang tua bertarung nyawa melawan penyakit ini.  amat memilukan melihat mereka menderita penyakit tersebut. Ada yang meninggal kerana kanser rahim, kanser hati  dan kanser tulang. Menyerah kan pada takdir atau sudah tertulis oleh NYA adalah sesuatu yang makcik anggap tidak betul. yes..permakanan kita memainkan peranan didalam membina organ organ dalaman yang sihat. 
Diatas kesedaran ini lah makcik perlahan lahan cuba mengubah cara permakanan makcik. Dari makan apa saja kini  makcik cuba beralih kepada rebusan dan mengelak lemak dari santan atau makanan gorengan. Tidak secara drastik tetapi makcik mencuba sedaya mungkin walaupun kekadang nafsu teringin itu terus saja bermain didalam minda makcik. Di kesempatan ini makcik berharap ketika kita memilih makanan untuk berbuka marilah kita memilih dengan akal yang sihat. Melihat pada kandungan didalam sesuatu makanan tersebut. Berlemak ada lah sedap, pedas sangat thrill , bergorengan sangat garing tapi beringat ingat lah agar tubuh badan kita tidak terlalu stress dengan apa yang di cerna oleh organ kita. 

Di bulan yang mulia ini juga makcik ingin meminta maaf kepada sesiapa saja yang makcik telah sakitkan hati mereka. Jika terkasar bahasa, jika ada yang terguris perasaan terhadap perbuatan makcik, makcik memohon maaf dan ampun. Walaupun orang rumah makcik tidak akan membaca blog makcik ini, tetapi ingin juga makcik memohon ampun terhadap keluarga makcik, ibu bapa makcik, suami makcik yang banyak beralah dengan sikap makcik, anak anak makcik yang merasa diri di abai kan dan kaum keluarga makcik yang berkecil hati sebab makcik tidak berkesempatan menziarahi mereka. sesungguh nya masa kini sangat cepat berlalu. 
Berlalu nya waktu mengingatkan kita bertapa banyak dosa dosa yang kita lakukan sewaktu kecil dan dewasa terhadap ibu bapa dan kaum keluarga kita. selain itu ada beberapa perkara yang menjadi sesalan sehingga hari ini. Sesuatu yang kita rasa dapat kita hindarkan  atas dasar kepercayaan. 

~ di waktu awal pagi beberapa tahun yang lalu ~ hati berbisik kenapa muka itu berubah begitu. pucat, hitam dan lesu.  makcik masih ingat wajah itu, sampai mati pun makcik akan ingat. hati berbisik dan berkata. tapi mustahil , tidak mahu mempercayai naluri makcik tapi kenyataan sebenarnya sangat pahit di telan. ya sungguh..makcik sangat menyesal sehingga kini. 

~ atas dasar kepercayaan juga lah kini keluarga makcik menanggung beban hutang kereta seratus ribu lebih
dan menjadi dosa pula makcik mengutuk ketika bank call untuk payment

~ beberapa hari yang lalu makcik sangat berkecil hati dengan ibubapa makcik. Ada perkara yang menyinggung makcik. apabila kita membayar semua bill di rumah mereka dan ketika kita minta sesuatu favour dan di tolak terasa hendak balik saja ke rumah lain dan tidak payah peduli kan mereka.. oh ya itu sudah menjadi dosa besar. Apa hak kita sebagai anak untuk berkecil hati terhadap mereka. Dan siapa  makcik untuk berkecil hati pada mereka yang menjadi orang tua makcik.  bahkan makcik telah menambah dosa atas rasa ketidak puasan hati makcik itu. contoh nya : ayat cliche..kalau makcik begini begitu, cuba adik beradik yang lain ok jer..arghhhh...dah jadi dosa lagi kan..
tak per lah korang tak faham..biar jer lah makcik faham seorang. 

Untuk suami makcik berdoa untuk kesejahteraan dan kesihatan yang baik, dilimpahkan rahmat  serta di murahkan rezeki selalu, stay handsome as always. seorang insan yang sangat bersabar dengan kerenah makcik. alhamdulilah syukur kepada ALLAH yang menghantar seorang malaikat untuk menjaga kami. Banyak sangat dosa makcik pada suami dan makcik berharap sempena ramadan ini suami makcik sudi mengampunkan kesalahan dan kesilapan makcik selama kehidupan kami bersama. 

untuk anak anak, makcik berharap mereka sentiasa di lindungi dan dirahmati ALLAH di murahkan rezeki juga di berikan kesihatan dan kebahagiaan di dunia dan diakhirat. Makcik berharap mereka menemui ketenangan hati dan mempunyai iman yang kuat dalam melayari kehidupan yang penuh cabaran. Makcik juga berharap mereka akan menemui teman hidup yang dapat menemani mereka di masa senang dan susah. yang beriman serta menjaga solat mereka. sebagai orang tua makcik merasa susah hati dengan kehidupan yang akan mereka tempuhi. dengan character yang berlainan makcik berharap mereka bertiga ini dapat menjalani kehidupan yang baik dan tidak terjerumus di jalan yang salah serta mempunyai masa depan yang cerah serta di kelilingi oleh teman teman yang baik dan tidak menikam mereka di belakang. Begitu juga makcik berharap mereka akan sentiasa bersama dan tidak bergaduh sesama sendiri. Makcik juga berharap ramadan ini hati mereka bertiga akan lebih terbuka luas untuk tunduk tawaduk dan beriman kepada ALLAH. 

Tidak akan hidup kita kemana kerana dari DIA kita datang dan kepada NYA kita kembali. kerana itu sesungguhnya makcik ingin meminta maaf sekali lagi kepada sesiapa saja yang mengenali makcik. jika ada terkasar bahasa, jika makcik ada berhutang apa apa yang makcik sendiri tidak ingat (sila ingatkan makcik untuk membayar nya) serta jika ada perbuatan makcik yang menyinggung perasaan kaum keluarga, sahabat handai serta teman teman  makcik mohon ampun diatas kesilapan makcik. 

salam ramadan dari makcik mala
 photo 20130609_120427_zpsd7e0ce45.jpg
Durian Icecream
Kali ini kita berCerita tentang Ice Cream durian yang makcik buat menggunakan ice cream vanilla jenama nestle. Ice cream ini telah lama makcik buat kan beberapa bulan dulu cuma kesempatan untuk menguploadkan gambar saja memakan waktu. al maklum lah kan...dah jadi burung singgah ke sana ke mari.

1 container ice cream vanilla - dibiarkan mencair sederhana
1 packet roti cracker - di ramas hancur
1 kotak 200gm santan
600gm isi durian di mash - di gaul kan bersama santan dan ice cream - Adunan A
hirisan badam - (optional)

sediakan loyang yang telah di lapikkan dengan aluminium foil . taburkan roti cracker yang telah di ramaskan hancur (kasar) kedalam loyang kemudian masukkan adunan A. Jika suka taburkan diatas permukaan ice cream dengan hirisan badam yang telah di oven kan sebentar. tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan masukkan kedalam freezer, sejuk bekukan selama 1 hari. setelah keras boleh lah di makan.

 photo 20130609_120455_zps7ca8d154.jpg
mukadimah nya makcik bercerita tentang kesihatan tapi cerita hari ini pula adalah cerita ice cream ini penuh dengan carbo dan lemak. sesungguh nya makcik tidak layak untuk bercerita mengenai kesihatan tetapi marilah kita mengambil iktibar dari kawan kawan kita yang sedang bertarung dari penyakit yang membunuh ini. 

 

Sunday, July 7, 2013

PIZZA SEGERA

Ini lah minyak olive makcik yang makcik buat kan sebagai chili oil dan yang berdaun tu plak adalah thyme.  Untuk curahan diatas pizza atau pun apa apa yang memerlukan kepedasan, macam thyme oil tu makcik suka curah kan ke atas grilling ~ roasted ayam atau pun pumpkin yang makcik panggang. Ala ala mengantikan chili sauce gitu.

camna nak buat?
renih kan dengan api yang kecik jer minyak kita tu..agak agak lam 3 minute jika pastu tutup kan api dan masukkan herba yang kita suka tu. tutupkan periuk tempat kita panaskan minyak olive supaya bauan nya tidak keluar. bila dah sejuk masukkan kedalam botol.

.  photo 20130609_113220_zpsea4be628.jpg  photo 20130609_113208_zpsdc929e40.jpg

 photo 20130609_113110_zps83016c65.jpg
memandangkan kita dalam mood malas masak mari lah kita buat pizza versi orang malas. product kat atas tu makcik beli kat supermarket sogo.
just ambil wrap tu satu dan letak kat dalam loyang. letak cheese dan tomato , kemudian grill dalam oven kita sekejap..3 minute jer.. time nak makan drizzling dengan olive oil atau chili oil kita..kan senang...kejap jer dah menjadi
 photo 20130609_113122_zpscd85f654.jpg       
ini lah di namakan pizza orang malas.. buat jer masa time malas..and yes..u do enjoy it. :)

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...