Tuesday, September 25, 2012

caya tak caya

dah 3 minggu orang dok sibuk kata dalam kampung makcik ada hantu. yang satu kepala terbang dan yang kes kedua 2 mahluk yang berikat kain putih tu berselindung di sebalik pokok pisang didepan rumah jiran makcik. tu pon makcik hanya taw minggu lalu, balik dari hospital lepas bawa dillah malam tu, makcik hairan jer kawasan kampung senyap sunyi. seorang manusia pun tak bermain kat luar seperti selalu. rumah rumah kat kampung pon bertutup rapat. kemudian bapa bawa cerita ada benda kat kampung, punya lah makcik caya tak percaya tapi takut tu memang ada lah esp bila time azan jer adalah anjing menyalak "howling" tak kira time zohor ke asar atau belah malam nya.ok..make sense juga lah kalau rumah makcik terkena sipi sipi , ada bunyi bunyi pelik dan bau pelik. dah lah dok ngan anak yang suka menyakat. haruu.! makcik gie lah menyibuk diri tuk interview budak yang konon nya ternampak itu, budak darjah 6 sorang yang kena kepung oleh kepala semasa balik dari surau dan juga gadis 21 yang dok melihat kelibat 2 mahluk itu. dia kata memula tengok takut tapi dah banyak kali terserempak so dia buat tak taw jer. katanya lagi benda tu macam menyeru kat dia jer agar pergi ke tempat kawasan pokok pisang. malam lepas makcik interview tu .. budak tu kerasukan. 8 orang dok tahan dia tapi tak terdaya. lepas dia kena, adik perempuan dia plak terkena. then yang tak best nya adik beradik yang terkena rasuk nih plak leh berlawan sesama sendiri.. makcik dengar orang melolong dan memekik dah ketakutan , jgn kan nak merapat. banyak lah benda dan misteri yang terjadi. malam tadi kumpulan ustaz plak datang merawat selepas malam kedua di rawat oleh orang lain tak berjaya. mengilai gilai member kat rumah. makcik kat rumah as usual masuk bilik dan zzzzzzzzz.. takutttttt seh. hopefully kali ini semua setan setan tu dah lari.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...