this year raya makcik dah menggunakan butter sebanyak 15kg untuk sekut saja. sekut untuk di agih kan kepada orang yang tersayang saja.alkisah yang terbuang pun ader. ada lah insiden yang sampai terlupa biskut terover masak dan hangit didalam oven dek terleka menjawab panggilan atau terleka sekejap melayan panggilan drama korea,
macam makcik pernah cakap makcik bukan lah pakar didalam bidang kerja halus rumit sebegini. maka pembuatan biskut bukan lah kemahiran makcik . oleh kerana tidak konfident nya makcik maka beberapa bulan yang lepas makcik masuk kelas belajar biskut. yes,,,,and my friend...like..terkejut..shock.. oklah...dah namanya tak berminat kan sehingga masuk kelas biskut jer, tak abis abis makcik menguap dan rasa flat yang entah haper haper. menandakan betapa tak passion nya makcik berada didalam kelas tersebut. sungguh pun begitu rela terpaksa juga lah makcik untuk mission biskut tahun ini. dapat lah 12 jenis biskut. yang rasanya bila mak puji sedap, makcik rasa lubang hidung makcik yang tak mancung ini mekar setaman. (terbengap bengap~kata orang sini)
dan sungguh sungguh mak promosi di surau sehingga ada yang nak mengorder.. ehhhh...tak sanggup makcik kerja tempah menempah nih.. yang telah siap untuk makan sendiri pon rasa nya masih tak cukup, masih terasa lagi jejari makcik yang agak gebu ini kesakitan dan urat urat telah timbul sana sini. tanda kudrat yang telah di keluarkan hasil dari memaip semperit tart segala. jadi kalau nanti kita nak bersalam salam time raya, andai kata lah tangan makcik ini kasar..salah kan lah adik makcik tu yang tak buat biskut tahun ini. boleh? makin panjang jer makcik melalut...keh keh keh...selamat berpuasa semua.
orait..ini adalah resipi dari betty saw yang makcik ambil dari buku aneka biskut idaman - betty saw. biskut ini agak rapuh - bukan rangup iyer kerana makcik glaze kan dengan kuning telor di atasnya,. jika anda ingin kan tart yang rapuh dan rangup jangan glaze kan diatasnya dengan kuning telor.
2 - 3 hari sebelum kita buat biskut, makcik masukkan tepung gandum dalam 4-5 kg dalam talam kedalam oven dengan api yang sangat kecil untuk memanaskan tepung sehingga ringan (makcik kaup balik - setiap 15 - 20 minit) , boleh juga di sangai jika rajin atau jemurkan di luar kalau cuaca kat luar panas. macam orang dulu dulu kan tapi kalau jemur kan luar mesti kena debu pasir yang di terbang kan oleh angin. yang selamat cuma sangai dalam kuali dengan api yang kecil dan sangai sehingga tepung kita menjadi ringan. lepas sejuk - ayak tepung kita.
BISKUT TART GULUNG - Dari Buku Aneka biskut - BETTY SAW
50gram susu tepung
40gram tepung jagung
365gram tepung gandum serbaguna
300gram mentega sejuk - didadu - makcik guna mentega suhu bilik jer
30gram gula aising - diayak
1 sudu teh esen vanila
1 biji telor grade A - dipukul sebentar
Jem nenas secukupnya - makcik gunakan jem rosselle
Jem rosselle - buah roselle di buang biji nya kemudian di cuci bersih dan toskan. kemudian di blend sehingga halus. tapiskan air nya. separuh di gunakan bersama untuk memasak jem. dan separuh lagi makcik asing kan untuk membuat air roselle. masak jem roselle kita sehingga mendidih . bila dan agak pekat masukkan gula secukupnya.(kena lebih kan sedikit kerana roselle agak masam) rasakan kemanisan yang di inginkan untuk mencapai pawaian citarasa masing masing. sentiasa di kacau agar jem kita tidak hangus di bawah kuali. bila dah agak sedang kering. tutup api nya. jem yang kering sewaktu panas adalah terlampau kering ketika sejuk. maka..biarlah jem kita elok jer masak nya.
Cara membuatnya:-
1.Lapis dulu dulang pembakar dengan kertas minyak tak melekat
2. Ayak bersama susu tepung, tepung jagung dan tepung gandum
3. Putar mentega, gula aising dan esen vanilla sehingga ringan dan gebu. masukkan telur dan pukul selama 30 saat
4. campurkan bahan bahan yang di ayak dan terus memukul selama 30 saat atau secukupnya sehingga adunan sebati dan lembut. (dalam proses ini , makcik hanya gaul kaup balik jer adunan sehingga sebati)
contoh acuan tart nenas yang makcik gunakan
untuk memudahkan pekerjaan membuat biskut kita, makcik beli kan plastic untuk membungkus mee 18 x 18 untuk melapik adunan . bila dah pakai just buangkan saja tanpa banyak cucian yang perlu di lakukan. masa makcik belajar buat biskut, ada chef yang menggunakan tile yang besar (kalau kat tempat makcik dalam rm15 sekeping) khas untuk proses mengiling. senang di cuci juga lebih pratikal). kalau nak beli hat yang marble tu..tak mampu lah makcik.. huhuhuhu
5. masukkan adunan ke dalam tiub piping dengan acuan bentuk reben dan paip sepanjang 10 cm, bubuh jem nenas berbentuk silinder ke atas satu hujung pastri dan gulung pastri sehingga membaluti jem
untuk menyenangkan kita meletak kan jem , gunakan sudu plastic kecil - macam sudu yang kita gunakan untuk makan mashed potatoes kat kfc sinun.
6. Atur kan kedalam dulang dan bakar didalam ketuhar yang sudah di panaskan pada 175C/345F selama 25 minute. biarkan tart sejuk di atas redai. makcik glaze kan atas nya dengan kuning telor dan tabur dengan parutan cheddar cheese.
tips - Untuk glazing yang ekonomi – kalau biskut kita banyak
2 biji telor
1 biji kuning telor
sedikit esen vanila
sedikit pewarna kuning telor
– di kacau semua bahan (kecuali pewarna kuning) dan kemudian di tapis dan letak kan pewarna kuning telor. siap untuk digunakan .
sewaktu buat biskut ini makcik terus jer masukkan kedalam cawan kertas demi memudahkan proses seterusnya.
belum raya lagi dah abis setengah balang. hmmmm
No comments:
Post a Comment