Thursday, August 30, 2012

Steamboat Anyone?

teringin? hahaha..harus lah lepas ini berkejar kat johnnys atau flamingo kan. jangan salah kan makcik iyer. The healthy one selepas berminggu makan benda tak sihat..alalala..tak sihat tu..kek yang sedap, laksa sarawak dan kari rendang yang berlemak berkrim. tu tak kira mencicip itu dan ini ketika berziarah raya. adoyaii
 photo d20fc367_zps97502852.jpg
Its happens gara gara termimpi makan steamboat di tengahari sampai tido nya terbabas sehingga pukul 2.45 petang. kelam kabut makcik bangun sebab dah terlewat amik budak balik sekolah, padahal pagi tadi makcik dah berjanji nak amik mereka awal. nih gara gara semalam layan cerita korea @ 49 days tu. Lepas amik budak balik sekolah petangnya bergesa ke supermarket untuk membeli ramuan yang di perlukan..penangan mimpi steamboat di siang hari. jahat sungguh kan nafsu bila kita berpuasa ini. huhuhu
 photo b1136f6e_zps596613a2.jpg my unplan steamboat menu untuk berbuka puasa..misi hanya siap pukul 8 malam selepas acara pung pang pung pang pukul 6 petang dalam dapur. terduduk juga lah makcik di buat nya. tapi tengok muka dillah yang kekenyangan dan kepuasan, seronok lah juga. betul lah kata orang..mood akan jadi baik jika makan makanan yang sedap..gara gara membayar puasa dan makcik tak masak  menjadi kan mood dia macam angin kus kus. itu tak kena ini tak kena..cakap pon macam nak tak nak jer. uishhhh sabar lah hati ini..
lets see soup steamboat kita hari ini. i love the taste of the steamboat soup masa makan kat singapore. infact ada 2 version. yang guna rebusan air ikan bilis dan juga soya bean. i remembered sebab rasa sedap sangat sangat itu, makcik sampai tanya cina yang jual  steamboat kat foodcourt  situ. cant remembered mall tu tapi rasanya kat jurong. untuk soup kali ini makcik guna soya bean. the clear soup. bapa komen soup orang sakit tak rasa apa apa..hehehehe..tapi bertambah juga lah 3 mangkuk dinner tadi.
 photo be715be7_zps3e905571.jpg
mine, untuk perbukaan letak seaweed dan juga silken tofu..waduh..okay..nikmat sampai la nih pon boleh telan air liur. Rasa soup yang mild..berkhasiat iyer..boleh buat tuk diet nih.

 photo 2f186875_zpsbee63098.jpg
orait..yang ini the centre of attraction. sambal steamboat yang pergh perghhhhhhh , memang puashati lah
 photo 7d4bb215_zpsc270d938.jpg
sebab cendawan adalah satu kesukaan makcik..maka pilihan hari ini adalah berbagai bagai rupa bentuk cendawan.
 photo 84099c3d_zps57e5fd56.jpg
yeah..cam biasa kena ada fish ball, sotong ball, crab stick..seaweed..tofu, semua tu penambah rasa untuk soup kita.
 photo 0ae0a47e_zpse52998dc.jpg
jangan lupa sayuran hijau , good for you
 photo 6614bb6a_zps026a36d9.jpg
yang ini pendatang tanpa izin...chicken tail..bahasa sopan iyer..kesukaan makcik nih..leh tambah lemak lemak yang memang dah banyak dalam badan makcik nih. cicah ngan sambal steamboat kita tu...waduh waduh.. nak buka kedai steamboat lah  pas nih.


 photo d052e3bc_zpsa5f3d68d.jpg j
Jemput makan..

Thank you

 photo 295f8aad_zpse3dca4da.jpg coklat pavlova jer yang makcik sempat buat untuk si puteri lilin masa raya ari tu. wishlist yang lain terpaksa di simpan dulu . almaklum lah stock makanan kat rumah nih 2 tahun pon lom tentu abis. riak tak..errr..idak lah...2 tahun tu sebab orang kat rumah nih  bukan jenis yang krap krup sepanjang masa. tak tahu dari mana datang nya mood rajin si puteri lilin malam sebelum dia nak balik kay el. memasak dinner untuk kita semua. tersentuh lah hati makcik, ala ala terharu yang di simpan didalam hati. mana tak nya, dalam makcik asyik membebel risau dengan berihitam yang sentiasa di tangan serta tasbih dan exercise jari yang kecik gebu, okay fine, makcik nih risau jer kalau dia nih salah pilih dot dot dot, takut giler makcik kalau makcik tak mampu nak menjaga dia as encik somi cakap dia amanahkan anak anak di bawah jagaan makcik, baik buruk makcik yang bentuk, huhhh berat giler dah tanggungjawab makcik, maka kekadang urat urat yang timbul dan kejadian kedut itu adalah atas pengaruh pemikiran terhadap mereka mereka ini.. boleh tak gitu.

 photo befb5e75_zps1865c9b0.jpg
sometimes kids right, tapi instinct mom jangan lah di pelekeh kan.. di saat kita sudah putus harap blessing parent esp mom adalah yang terbaik..owh...makcik dah melalut. sebelum gi jauh elok fullstop sini.

okay, this recipe menjadi faberet kita orang. labu kuning yang di panggang. selalunya makcik rebus dulu kemudian di dash kan dengan olive oil , lada dan garam serta rosemary atau mixed herb.. pastu panggang..
 photo 3194e7f6_zps4dfc33be.jpg


 photo 25dc3ff5_zpsf585d2bc.jpg
grill tomatoes, we loves tomatoes, alhamdulilah my kids makan sayuran

 photo 9121555f_zps4f112810.jpg

i love this one, mushroom nih  sedap jer. of koz lah kan sebab makcik suka sayuran. tak taw dia buat camna sebab the food semua tersedia jer untuk makcik jamah.

 photo 475540cd_zps7228bf5a.jpg
and yes this one..dunno know camna dia dapat idea nih untuk buat camgini but kembang juga lah hati makcik sebab skill memasak tu masih ada lagi dalam diri dia selepas bertahun tahun jarang masuk dapur. the white sauce with brocolli with cheese.. memang superb tapi dalam superb tu , berbekas juga lah tangan dia tu dek kerana oven yang panas..hmmm....
 photo 3e647f2b_zpse7b750db.jpg

sayang intan payung nyawa mama. thank you sebab masak untuk mama, thank you sebab kembang dan bunga bunga kan hati mama dan thank you sebab jadi anak mama yang baik.

Monday, August 27, 2012

CRUMBLE TART BELIMBING

Assalamualaikum dan selamat hari raya  pada teman alam maya yang sudi singgah ke tempat makcik hari ini... camna raya u ols semua. makcik as usual bz yang tak henggat dunia. 2 hari open house cukup memenat kan. kerja giler lah open house untuk 2 hari berturut turut. memang pengsan lepas tu. hari pertama untuk keluarga dan saudara mara dan hari kedua untuk vip gitu. the next day travel ke tempat mertua. memang penat badan dan minda. next year nak bercuti lah rasanya. harus mak bising bising lagi kalau raya kat tempat orang.
Alhamdulilah kerana hari ini makcik  bangun dari tidur dan masih sihat seperti semalam. Alhamdulilah dan syukur kehadrat Allah SWT yang makcik masih lagi bernafas dan diberi peluang untuk hidup di kalangan orang orang yang makcik kasihi dan juga di berikan kesempatan oleh NYA agar makcik bertaubat kepada-Nya hari ini.


Hari ini makcik terfikir tentang manusia yang sering berfikiran jahat dan berburuk sangka terhadap manusia lain. Siapa lah kita untuk menilai baik dan buruk insan lain. Di akhir zaman ini baik dan buruk diri manusia itu bukan kita yang harus menilai sebaliknya ALLAH  yang MAHA ESA. Jadi hari ini marilah kita (termasuk diri makcik sendiri) Buangkanlah sikap suka memburuk- buruk kan sesama kita kerana sifat itu paling disukai oleh syaitan yang suka melihat kita bermusuhan dan berburuk sangka kepada mereka yang kita sendiri tidak kenali kebaikan budinya.. Semoga Allah SWT sentiasa menerima keampunan dari kita hamba hamba yang lalai juga menganiaya diri sendiri. ~ *sekadar mengingati diri makcik sendiri*

btw tart belimbing ini telah lama makcik buat. kesempatan nak mengupload jer belum ada.   Untuk filling nya makcik gunakan belimbing dan memberi sedikit minyak sapi untuk kelainan rasanya. ternyata gabungan rasa belimbing dan minyak sapi itu sendiri memberi rasa ummphhh pada sauce kita pada hari ini walaupun pada mula nya makcik agak ragu ragu. tak cuba tak taw kan..untuk kulit nya pula makcik masih menggunakan resipi kulit pie dari cik azlita. untuk crumble nya makcik gunakan crumble dari resipi plum cobbler yang sering makcik buat dulu. yuk kita lihat resep nya.
 photo b8aaa5c8_zps4eac7596.jpg
 CRUMBLE TART BELIMBING

Bahan Untuk Kulit Pastri:-
1 kuning telor
2 sudu air sejuk dari peti sejuk
1 sudu kecil vanilla extract
1 1/4 cawan tepung gandum
1/3 cawan gula
1/4 sudu kecil garam
8 sudu besar mentega dari peti sejuk

caranya:
dalam mangkuk kecil, campurkan kuning telor , air dan vanila, biarlah sebentar dalam mangkuk besar, campurkan tepung, gula dan garam. kacau sebati. dengan menggunakan pasrty cutter atau pisau, potong mentega kedalam tepung dan gaul sehingga menjadi serbuk roti masukkan campuran kuning telor dan gaul dengan garfu sehingga dough sekata.

**jika menggunakan stand mixer, masukkan tepung, gula dan garam kedalam mangkuk pengadun dan adun agar ia nya sebati. masukkan mentega dan pukul dengan medium low speed sehingga doh menjadi seperti serbuk roti. masukkan bahan telor. adun sekejap jer sehingga doh  terbentuk .masukkan doh kedalam plastic bag dan simpan didalam peti sejuk selama 30 minit.
Bahan Inti
6 biji Buah Belimbing - di potong memanjang dan kemudian di potong kecik kecik
Secubit garam
1 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak sapi
100g gula perang
2 sudu besar tepung jagung + 1 sudu air masak

Belimbing di cuci bersih dan dibuang bijinya dan kemudian dihiris nipis.Ketepikan.Panaskan gula dan mentega. Kacau rata.Masukkan hirisan belimbing. Gaul rata. Masukkan tepung jagung.Kacau hingga belimbing lembut dan kuahnya pekat. masukkan minyak sapi. rasakan sos belimbing ini jika ia mengena selera manis tekak anda. tambah gula jika perlu tapi perlu diingatkan kita akan membuat crumble di atasnya yang menggunakan gula lagi .angkat kan filling kita dan sejukkan.

 photo 95b4facb_zpse7163ebc.jpg
Bahan Crumble menggunakan Oats
1/3 cawan light brown sugar (Gula Perang)
1/3 cawan  tepung gandum
1/2 cawan old-fashioned rolled oats
1/8 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis (jika suka)
3 sudu makan mentega sejuk – potong kecil

Campurkan gula perang dengan tepung gandum, oats , garam dan kayu manis (jika suka) dan mentega sejuk sehingga menjadi serbuk roti. Taburkan crumble ini keatas tart belimbing tadi dan bakar sehingga 30 – 35 minutes atau sehingga crumble di atas menjadi garing. Boleh di hidangkan dengan aiskrim.  Hehehe.
   
Disini makcik berikan resipi crumble tanpa menggunakan oat. Bagi yang tak suka oat gunakan lah crumble yang mudah ini saja. 

Bahan Crumble tanpa Oats
65 g Butter (Unsalted)  - dari peti sejuk                        
30 g gula castor                                       
35 g  gula perang                                
125g tepung gandum
Secubit serbuk kayu manis jika suka
   
Potong Cube mentega untuk memudahkan kerja kita semua. Masukkan semua bahan didalam mangkuk besar dan pastikan jejari anda sudah di cuci bersih, boleh gunakan sudu atau garfu untuk keselesaan anda semua. Campur semuanya sehingga rata dan seperti serbuk roti. Taburkan crumble diatas tart kita tadi, sprinkle atas nya dengan serbuk kulit kayu manis (jika suka) dan sedikit gula perang untuk rupa yang menawan. Kalau tak nak pon tak apa.
   photo 60c82396_zps01ffdecc.jpg
Cara Menyediakan Tart
Panaskan ketuhar pada suhu 180°C / 350°F / Gas Mark 5. kepanasan oven tak sama jadi sila lah bercinta dulu dengan  oven anda sebelum meng set kan suhu oven ~ harus di ingatkan suhu oven yang baru dengan yang lama agak tak sama,. Sediakan acuan tart kecil kecil. kalau nak guna acuan tart yang besar pun tak apa. Keluarkan doh pastri dari peti sejuk.Canai doh pastri menjadi sederhana nipis . Alihkan kedalam acuan tart. Kemaskan tepinya dengan cara memotong dengan pisau untuk kemasan yang cantik dan buangkan lebihan doh. Masukan inti ke dalam tart hingga penuh. Tutupkan atas tart dengan crumble..Bakar tart selama 30-40 minit pada suhu sederhana oven anda. tart yang sempurna masaknya bila crumble yang terhasil di  bahagian atas tart berwarna perang.

Tuesday, August 14, 2012

PEACHES BAKED CHEESECAKE

Ijah request cake cheese from her mama wa. katanya dah lama tak makan cheese cake ever since dia berpindah sekolah dari labuan ke kolej sekarang. yer tak yer juga coz bila im free dia kat asrama, bila dia bercuti makcik plak di rumah satu lagi kat sinun. since last weekend makcik request dia datang tolong makcik kemas apa yang patut di rumah, makcik bagi reward tuk dia. gembira sungguh budak tu makan, sampai mata naik juling tak henggat. sedap ler tu. siap tapau tuk kawan kat kolej lagi. seronok makcik tengok budak makan dengan berselera. jadi rindu plak pada puteri lilin makcik tu. counting the day. insyallah lusa puteri lilin balik.. owh tak sabar nya tunggu my eating patner balik for raya. so those ternak lemak kinda tema makanan dah ada dalam list kepala ini. with her wishlist lagi.. and yes..every year kalau balik rumah jer ada lah wishlist puteri lilin nih yang kena di penuhi. makin mengelembung dan kembang lah perut makcik lepas ini.
 photo e2c965d0_zps23f8ca1a.jpg
PEACHES  BAKED CHEESECAKE - Adapted from baking code by Alex Goh

for the sponge cake
A
5 Egg Yolk
20g sugar
1/2 tsp vanilla essence

B.     5 egg white (pukul sehingga kembang - like meringue, tak faham juga, macam kita nak buat pavlova tu)

C.    120g sugar

D
90g plain flour
20g cocoa powder

E.    60g corn oil

method:-
whip A till light and fluffy
whip B until soft peak, add in ingredient C, continue whipping until stiff
mix the egg white mixture with A until well blended
fold in D. mix untul well combined. add in E. mix till well incorporated, pour mixture into a greased and line round mould. bake at 180 C for 30 minutes. remove the cake immediately when baked.

for the cheese layer
Ingredient A
250gm  cream cheese
20gm sugar
1 orange zest (makcik tak guna)
cream ingredient A until light.

Ingredient B             3 egg yolk

Ingredient C
30 gm orange juice ( makcik guna peaches dalam tin)
80gm sour cream (makcik guna yogurt berperisa asli)

Ingredient D           25g plain flour

Ingredient E
3 egg white
55g sugar
whip until soft peak stage. makesure u ols punya beater tu kering dan bersih dari minyak. supaya putih telor kita naik dengan bergaya dan berganda.

method
1. grease and line the sides and bottom of 23cm round mould. base a greaseproof paper. wrap the outside of the mould with aluminium foil.

2. add in ingredient B into A, cream till smooth. add in C. cream until well blended. add in D. mix till well combined . add in E. mix until well incorporated.

3. Place a layer of sponge at the botton of the mould. pour the cheese mixture over the cake. bake in water bath at 160 C for 1 hour.
 photo b46b198e_zpsd4bbdab6.jpg

makcik letak kan buah markisa yang sejuk kat atas nya.. dan slurppppp...so very nice. wahhhh sedap giler

Thursday, August 9, 2012

TART ROSSELLE

 photo e80edb94_zpsf1fbb725.jpgBiskut  yang wajib masa raya. dahulu my sister yang contract buat biskut tapi semenjak dia sambung belajar dan tidak lagi memikirkan benda lain selain dari buku,,,kerja sekolah...buku...dengan ayat glamer nya..minggu ini aku sibuk.banyak kerja..semua hari dan minggu dia sibuk sehingga encik somi mengadu dirinya telah di abai kan oleh si isteri. sadis sungguh pernyataan di atas kan...ok ..since dia terlampau sibuk maka urusan anak anak dia telah di ambil alih oleh kakak nya yang agak kurang baik hati tapi paksa rela sebab sayangkan anak anak buah yang kelihatan seperti anak anak yang kekurangan zat makanan. walaupun alasan puasa adalah satu alasan yang kukuh buat bulan ini. uhhhh...makcik terbebel lah pulak...

this year raya makcik dah menggunakan butter sebanyak 15kg untuk sekut saja. sekut untuk di agih kan kepada orang yang tersayang saja.alkisah yang terbuang pun ader. ada lah insiden yang sampai terlupa biskut terover masak dan hangit didalam oven dek terleka menjawab panggilan atau terleka sekejap melayan panggilan drama korea,

macam makcik pernah cakap makcik bukan lah pakar didalam bidang kerja halus rumit sebegini. maka pembuatan biskut bukan lah kemahiran makcik . oleh kerana tidak konfident nya makcik maka beberapa bulan yang lepas makcik masuk kelas belajar biskut. yes,,,,and my friend...like..terkejut..shock.. oklah...dah namanya tak berminat kan sehingga masuk kelas biskut jer, tak abis abis makcik menguap dan rasa flat yang entah haper haper. menandakan betapa tak passion nya makcik berada didalam kelas tersebut. sungguh pun begitu rela terpaksa juga lah makcik untuk mission biskut tahun ini. dapat lah 12 jenis biskut. yang rasanya bila mak puji sedap, makcik rasa lubang hidung makcik yang tak mancung ini mekar setaman. (terbengap bengap~kata orang sini)
dan sungguh sungguh mak promosi di surau sehingga ada yang nak mengorder.. ehhhh...tak sanggup makcik kerja tempah menempah nih.. yang telah siap untuk makan sendiri pon rasa nya masih tak cukup,  masih terasa lagi jejari makcik yang agak gebu ini kesakitan dan urat urat telah timbul sana sini. tanda kudrat yang telah di keluarkan hasil dari memaip semperit tart segala. jadi kalau  nanti kita nak bersalam salam time raya, andai kata lah tangan makcik ini kasar..salah kan lah adik makcik tu yang tak buat biskut tahun ini. boleh? makin panjang jer makcik melalut...keh keh keh...selamat berpuasa semua.

orait..ini adalah resipi dari betty saw yang makcik ambil dari buku aneka biskut idaman - betty saw. biskut ini agak rapuh - bukan rangup iyer kerana makcik glaze kan dengan kuning telor di atasnya,. jika anda ingin kan tart yang rapuh dan rangup jangan glaze kan diatasnya dengan kuning telor.

2 - 3 hari sebelum kita buat biskut,  makcik masukkan tepung gandum dalam 4-5 kg dalam talam  kedalam oven dengan api yang sangat kecil untuk memanaskan tepung  sehingga ringan (makcik kaup balik - setiap 15 - 20 minit) , boleh juga di sangai jika rajin atau jemurkan di luar kalau cuaca kat luar panas. macam orang dulu dulu kan tapi kalau jemur kan luar mesti kena debu pasir yang di terbang kan oleh angin. yang selamat cuma sangai dalam kuali dengan api yang kecil dan sangai sehingga tepung kita menjadi ringan. lepas sejuk - ayak tepung kita.
 photo 80c17fdf_zps26f51486.jpg
 
BISKUT TART GULUNG - Dari Buku Aneka biskut - BETTY SAW

50gram susu tepung
40gram tepung jagung
365gram tepung gandum serbaguna
300gram mentega sejuk - didadu - makcik guna mentega suhu bilik jer
30gram gula aising - diayak
1 sudu teh esen vanila
1 biji telor grade A - dipukul sebentar
Jem nenas secukupnya - makcik gunakan jem rosselle

Jem rosselle - buah roselle di buang biji nya kemudian di cuci bersih dan toskan. kemudian di blend sehingga halus. tapiskan air nya. separuh di gunakan bersama untuk memasak jem. dan separuh lagi makcik asing kan untuk membuat air roselle. masak jem roselle kita sehingga mendidih . bila dan agak pekat masukkan gula secukupnya.(kena lebih kan sedikit kerana roselle agak masam) rasakan kemanisan yang di inginkan untuk mencapai pawaian citarasa masing masing.  sentiasa di kacau agar jem kita tidak hangus di bawah kuali. bila dah agak sedang kering. tutup api  nya. jem yang kering sewaktu panas adalah terlampau kering ketika sejuk. maka..biarlah jem kita elok jer masak nya.

Cara membuatnya:-

1.Lapis dulu dulang pembakar dengan kertas minyak tak melekat

2. Ayak bersama susu tepung, tepung jagung dan tepung gandum

3. Putar mentega, gula aising dan esen vanilla sehingga ringan dan gebu. masukkan telur dan pukul selama 30 saat

4. campurkan bahan bahan yang di ayak dan terus memukul selama 30 saat atau secukupnya sehingga adunan sebati dan lembut. (dalam proses ini , makcik hanya gaul kaup balik jer adunan sehingga sebati)

contoh acuan tart nenas yang makcik gunakan
 photo 4f43e047_zps4ef709a3.jpg
untuk memudahkan pekerjaan membuat biskut kita, makcik beli kan plastic untuk membungkus mee 18 x 18 untuk melapik adunan . bila dah pakai just buangkan saja tanpa banyak cucian yang perlu di lakukan. masa makcik belajar buat biskut, ada chef  yang menggunakan tile yang besar (kalau kat tempat makcik dalam rm15 sekeping)  khas untuk proses mengiling. senang di cuci  juga lebih pratikal). kalau nak beli hat yang marble tu..tak mampu lah makcik.. huhuhuhu

5. masukkan adunan ke dalam tiub piping dengan acuan bentuk reben dan paip sepanjang 10 cm, bubuh jem nenas berbentuk silinder ke atas satu hujung pastri dan gulung pastri sehingga membaluti jem

untuk menyenangkan kita meletak kan jem , gunakan sudu plastic kecil - macam sudu yang kita gunakan untuk makan mashed potatoes kat kfc sinun.
 photo faa5b620_zpsbd3431dc.jpg
6. Atur kan kedalam dulang dan bakar didalam ketuhar yang sudah di panaskan pada 175C/345F selama 25 minute. biarkan tart sejuk di atas redai. makcik glaze kan atas nya dengan kuning telor dan tabur dengan parutan cheddar cheese.

tips - Untuk glazing yang ekonomi – kalau biskut kita banyak
2 biji telor
1 biji kuning telor
sedikit esen vanila
sedikit pewarna kuning telor
– di kacau semua bahan (kecuali pewarna kuning)  dan kemudian di tapis dan letak kan pewarna kuning telor. siap untuk digunakan .
sewaktu buat biskut ini makcik terus jer masukkan kedalam cawan kertas demi memudahkan proses seterusnya.

belum raya lagi dah abis setengah balang. hmmmm

Tuesday, August 7, 2012

JERUK SAWI PAHIT

tak lama lagi dah nak raya,. minggu lepas makcik sibuk wat biskut untuk agihan pada adik dan mak saudara. juga doing the cabinet cleaning, apa apa yang tak di perlukan lagi, baju, tudung, hangbag dan sebagai nya di bungkus dan di sedekah kan. memandang kan cabinet macam tak muat jer nak menampung apa yang ada, baik yang tak pakai dan tak muat di sarung kita sedekah kan pada yang sudi. sayang tu memang sayang, tapi dari tak di guna pakai, elok kita sedekah kan pada yang nak pakai. kinda sibuk juga lah rutin makcik, general cleaning baru start sikit . malasssss betul lah rasanya.  btw mungkin separuh reader yang tersinggah my blog nih tak suka makan sayur. especially sawi pahit nih. udah nama nya pahit kan tapi tidak lah pahit sangat seperti nama nya. well sayur is good for you , consume lah sayur banyak banyak agar kita lebih sihat dan kulit lebih cantik.
 photo 7d5fc5f3_zpsb4cde6b7.jpg
Nasib baik lah anak anak kat rumah tidak menolak bab sayuran nih. yang manis, yang pahit semua mereka telan. dan nasib baik lah dapat mama yang telah memaksa mereka makan sayur sejak dari bayi lagi. dari puree tomato, puree labu sehingga jus buah buahan. alhamdulilah, seperti makcik, kalau tak ada lauk sayur macam tak sah jer menu hari tu. Rezeki ALLAH bagi melalui mak..mak antar sebakul besar sayur sawi nih. huh ..tak taw nak wat cammana . banyak sangat untuk di consume seminggu. so dari makcik..panjang kan lagi sedekah tu. bagi kat kawan makcik plak.
 photo e53a53d4_zpsd1a17266.jpg
kena makan panas panas setelah di masak , makcik masak nih bila anak anak duduk kat meja makan. memang laku lah kalau time panas. tapi kalau dah sejuk me~layu, kaler tak cantek, jangan kata budak budak, mak budak pon tak pandang, kena tumis less then 5 minute, tumiskan bawang putih, ikan bilis dan juga cili yang telah di hiris. tumis sehingga naik bau kemudian masukkan batang sawi yang telah di potong (makcik just patah kan kemudian di press @ di ketuk kasar ~ sesuai ukuran untuk di telan). masuk kan air sedikit . dah mendidih masukkan daun sawi. masukkan garam dan sedikit pati ayam. tutup api..siap untuk di hidangkan.
 photo 108ffd78_zps792ffe4e.jpg
yang selebihnya makcik jemur untuk di buat lobak asin.
 
BEGINI CARANYA:- SEPERTI DI AJAR OLEH MAK
 
cuci bersih daun sawi (buang daun kuning)  kemudian kemudian jemur dengan cara mengantung sayur sawi ini di tempat jemuran. kira macam kita sidai kain baju gitu. lepas kering - me~layu, kita check lagi sayur sawi kita tu, mana yang daun nya kuning dan batang yang lembik buruk tu, kita buang agar kita punya sayur jeruk tu tahan lama. dah sudah kita  perapkan sayur sawi  dengan garam secukupnya.  masa kita mengaram tu  renyuk renyuk kan sawi tu supaya garam masuk dalam sawi kita. jangan terlalu banyak garam nanti sawi kita terlalu masin, tak seronok plak bila kita nak makan. biarkan sawi kita didalam bekas tertutup semalaman.

the next morning masa kita nak cuci beras untuk masak nasi tu, jangan di buang air cucian beras. (kalau ada batang atau daun yang tak elok serta kuning~pi buang) masukkan dan rendam kan sawi jeruk kita didalam air beras, biarkan 2 atau 3 malam. check kan texture nya sampai jeruk sawi tadi menepati keinginan kita. bila dah siap masak, boleh masukkan sawi jeruk tu dalam peti sejuk dengan membuang sedikit air beras itu.begini lah rupanya sawi pahit asin kita. goreng dengan cili dan ikan bilis, makan dengan nasi bubur. enak sekali. ..kita suka yang crunchy gitu. so tak perlu rendam lama dalam air beras.
 photo 2f8032ac_zps0d5202e1.jpg
Tak teringin ker nak mencuba?

oh ..lupa nal bagi tau , jeruk sawi asin ini pun sedap di masak sup bersama ayam atau ikan.


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...