Thursday, December 15, 2011

Dan Lagi

hari ini hari lapang sedunia..terlalu lapang hinggakan kejap kejap buka forum....kejap kejap buka periuk..pastu sambung balik surfing,  kemudian buka peti sejuk..sampai setengah hari ini makcik menghias rumah maya yelah kan sempena nak menyambut tahun baru 2012, harap harap tahun 2012 menjadi tahun terbaik untuk makcik dan keluarga....... rezeki pon murah dan sentiasa di rahmati ALLAH. AMIN.  yelah kan tahun lepas dan  tahun ini berbagai dugaan makcik terima..rasa hati ALLAH saja yang maha mengetahui..Alhamdulilah kehidupan masih mampu bertahan.
Tengahari tadi..bukan lah tengahari sangat dalam kol 3 .30 makcik makan tengahari.. hari ini buat pertama kali nya makcik makan tersangat sedap.. nasi panas dengan ikan kembong masin bersama sambal cili padi pedas pedas..waaduh.....dan tanpa rasa berdosa nya makcik makan bertambah meski pun makcik boleh membayang kan kalau pakcik berada didepan makcik harus makcik kena sedas 2 das atau 3 das.  belum lagi dengan segala fakta kesihatan nya...yes dengan penuh nikmat makan walaupun tanpa teman disamping makcik ..sungguh berselera dan memang rasa tak berdosa pun dikala mengadap ikan kembong masin yang sungguh nyum nyum nyumm mengalahkan lamb chop , black pepper steak atau kek cekelet ber chis itiew.

Dan mula rasa menyesal makan di kala kekenyangan sambil memegang perut dan memicit micit bahagian bahagian yang sudah membesar atau mengembang seperti dunlop pillow ketika  mengadap bella calamadidas. Melihat bentuk lengok perempuan mexico itu dimana sampai kemati pon tak kan dapat figura yang sebegitu lagi..(ek eleh..macam lah dulu tu kan berfigura sebegitu..huk ala) dan kemudian terdetik didalam fikiran macammana makcik boleh makan tak henggat dunia iyer. sebenarnya kan perkataan diet dengan makcik memang tak leh di pisahkan .ala ala adik beradik kembar dengan makcik..yang sorang sentiasa lupa daratan..yang sorang plak sentiasa beri peringatan. bila beringat mula lah membebel kat sini..kalau idak kat sini membebel kat forum plak..dengan semangat berkobar untuk berdiet, tuk menguruskan badan..nak berpuasa..kemudian mula check  segala information kat makanan makanan yang nak di beli..tapi bila teringin itu datang ..boleh pulak makan dengan rasa tak bersalah. Tak taw lah makcik nak cakap, makan untuk hidup atau hidup untuk makan.
Lepas itu mula lah makcik komplen muka dan besar, pipi dah tembam, tak muat tudung size L atau M padahal sengaja komplen supaya dapat rembat yang baru.. tapi diet pun iyer..lepas itu bila jer time isyarat gendang berbunyi masuk kat otak tanda nak craving tu kan..boleh jer tak henggat apa apa..apa nak jadi ngan makcik ini. sebenarnya masa anak dara timbang cuma 50kg..dan pernah sungguh besar - yang menakutkan ala ala si juma itu selepas melahirkan anak pertama..just imagine apa jer nak makan semua di bedal..dan sekarang makcik sungguh takut untuk jadi besar sebegitu lagi. besar healty tak apa lagi..nih sebab keturunan makcik ada kencing manis, darah tinggi dan jantung. kira package semua.. tu yang makcik risau.

ini menu tuk dinner..kekonon nya tak nak makan..memula nak cari nasi kerabu tapi orang tu tak berniaga malam ini so beli taufoo fa jer..then on the way nak balik terasa plak longgokan durian kat pasar malam tu melambai lambai makcik...eh..kata orang tua kalau nak makan..mesti beli yek..tak banyak sikit pon jadi lah kan..takut kempunan..so makcik beli kan 5 biji durian..malam ini makan taufoo fa dan satu biji durian..
 photo 199f860a_zps5a5c9602.jpg
dan makcik masih kalah dengan nafsu makan yang tak henti henti ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...