Friday, March 4, 2011

Bahulu Cermai

encik dahling nak makan Bahulu buatan sendiri, dah jemu makan roti katanya..dengan semangat berkobar kobar makcik luncur layar youtube n belajar while surfing . hasilnya. sungguh makcik nak mengalir airmata tengok telor dah terbuang 10 biji. kalau wat kek biasa...gebu gebu dah kek ku kan...membazir jer.

 photo IMG_4296_zpsa538a911.jpg
memula keluar..sungguh ler terlampau gebu dan bila makan terasa makan gula jer.

 photo IMG_4297_zpsa14d0f5b.jpg
then tambah 50g tepung lagi.. semangat dah merundum

 photo IMG_4306_zps98b130ce.jpg
last sekali letak lam paper cup..senang jer cerita..
mode: frust



here the recipes
Bahulu Cermai tuntung15@myresipi.com


Bahan-bahan ( Dalam 80 biji )
10 biji telur gred A
380gm gula pasir
1 tsp esen ros (kalau suka. Kak ogy omit nih sb nak dapatkan bau ori bahulu)
200gm tepung gandum
1/4 tsp baking powder

Cara-cara
1.Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.

2.Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.

3.Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan.

4.Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.

5.Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.

6.Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejab je. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung.

7.Update : Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika 'off' kan fan kat oven sbb kalo guna fan bahulu akan mengecut sedikit nanti.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...